6

71 16 1
                                    

' Little bit about you can make me happy '

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Jihyun tunggu jap! Aku nak tanya sesuatu"

"Pasal homework tadi ke? Maaf. Aku taknak share jawapan aku dengan kau"

"Sebab kau tak siap lagi, kan?"

"Hehe!"

Juyeon dan Jihyun berjalan seiringan keluar daripada bilik kelab meninggalkan Hyunjae seorang di situ menutup pintu

Daripada jauh Hyunjae memerhatikan kedua dua orang itu. Mesra berbisik bisik lalu bertepuk tampar

"Jarang Juyeon nak bersembang dengan perempuan"

"Dia suka Jihyun ke?" Teka Hyunjae

Malas hendak berlama lama di situ, dia juga beredar tetapi menggunakan jalan yang berlainan. Lebih dekat dengan pagar dan tak mahu menggangguk dua orang itu

"Kau minat Hyunjae hyung, kan?"

Bisik Juyeon pada Jihyun. Terus terbeliak mata Jihyun mendengar soalan Juyeon itu

"Obvious sangat ke?" Soal Jihyun ingin tahu

"Tak. Tapi Narae ada tanya aku. Hyunjae hyung tu dah berpunya ke belum. Lepas tu dia cakaplah yang kau suka dia" Juyeon sambung berbisik

"Kau pahal bisik bisik ni?"

"Crush kau dekat belakang lagi. Kau nak aku cakap kuat kuat ke YANG KAU--" Laju tangan Jihyun menampar bahu Juyeon untuk mematikan suara Juyeon yang tiba tiba lantang

"Tak payahlah!!" Bentak Jihyun sebelum menoleh ke belakang

Hyunjae baru sahaja membuka langkah meninggalkan kawasan koridor menuju ke lorong yang berlainan

"Kau nak aku bagitahu ke kronologi hidup Hyunjae hyung daripada lahir sampai sekarang?" Soal Juyeon

"Boleh ke? Kau pandai simpan rahsia tak? Tolonglah jangan bagitahu Hyunjae sunbae yang aku suka kat dia" Juyeon mengangguk

"Tapi dengan syarat"

"Apa syaratnya?"

"Aku nak tahu pasal Narae" Jihyun berkerut memandang Juyeon tak percaya

Beberapa detik kemudian, sengihan sinis diukir

"Ohhhhh kau suka dia?" Juyeon menggeleng kepala

"Mana ada..." Dalih Juyeon. Serta merta telinga lelaki itu berona merah

"Erm betullah tu. Kau nak tahu pasal dia bukannya sebab apa pun. Sebab saja saja je kan?"

"Tch yela yela... Aku jaga rahsia kau, kau jaga rahsia aku. Deal?" Laju Jihyun mengangguk

"Deal!"

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐎𝐧 𝐘𝐨𝐮 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now