Part 1 - CINTA PERTAMA

4K 81 7
                                        

"The more you love me, the more I love you."

Dayna Areena yang keletihan akibat terlalu banyak menangis itu kembali celik apabila bermimpi dengan suara yang amat dirinduinya.

Sudah hampir sebulan dia tidak dapat berjumpa dengan empunya suara itu -Ameer Zafran.

Segala cara sudah diusahakan olehnya untuk berjumpa dengan si dia. Si dia yang datang membawa cinta namun pergi begitu sahaja.

Dayna mengenang kembali kenangan lelaki itu bersamanya satu tika dulu.

"Zafran ni kan, kalau tak mengusik Dayna sehari tak boleh kan?" ujarnya geram.

"Awak tu comel sangat kalau kena sakat Dayna. Mana lah Zafran tak suka haha tapi Dayna tak boleh nampak comel dengan orang lain tau! Zafran je boleh tengok sisi comel awak ni okay!" balas Zafran yang masih tak lekang dengan tawa kerana suka mengusik kekasih hatinya itu.

"Eleh biar lah orang lain dapat tengok pun, Zafran bukan sayang dekat orang pun! Suka kacau Dayna!" rajuk Dayna sambil memuncungkan bibir yang mungil serta memejamkan mata tanda protes terhadap Zafran.

"Amboiii siapa cakap orang tak sayang dekat dia? Awak tahu tak, bak kata orang tua-tua dulu..mengusik tu tanda sayang." sengih Zafran lagi.

"Yela tu, orang tua-tua mana tah yang dia dengar. Saya tak pernah dengar pun ayat dari orang tua-tua tu. Alasan lah tu." bidas Dayna kembali.

Zafran masih memerhatikan wajah kekasih hatinya itu dengan penuh kasih. Sesekali dia merasa seperti melayan budak sekolah rendah pula. Tak padan dengan umur mereka yang dah meningkat ke 21 tahun.

Mereka berkenalan di awal usia 17 tahun. Pada waktu itu, mereka berdua masih bersekolah menengah. Ketika itu lah mereka mula bercinta. Bak kata orang 'cinta monyet' tapi bagi Zafran, dia ikhlas dalam perhubungan mereka. Dia benar-benar mencintai dan menyayangi gadis itu.

"Memang lah Dayna tak pernah dengar sebab awak tu lagi tua dari orang tua-tua tu hahaha!!" sakat Zafran lagi sambil tergelak besar mengusik gadis itu yang sudah mula memerah mukanya menahan geram. Comelnya girlfriend aku!

"Ooooo dia nak kata kita ni lagi tua lah ye?? Biadap eh dia ni eyy geram!! Sini kau Ameer Zafran!!" marah Dayna sambil bersedia untuk mengejar Zafran yang sudah sedia jauh meninggalkannya di hadapan.

Petang di Tasik Titiwangsa itu penuh dengan tawa Zafran dan jeritan kecil dari Dayna kerana geram asyik disakat oleh lelaki itu.

Dayna kembali tersedar dari lamunan. Jam di dinding menunjukkan sudah menghampiri pukul 3 pagi. Dia melihat keadaan biliknya. Lampu bilik tidak tertutup sejak dia pulang dari kerja. Dirinya masih memakai telekung menandakan gadis itu terus tertidur selepas menunaikan solat Isyak.

"Sampai hati awak, Zafran.." sejurus itu juga air mata Dayna menurun laju di pipinya yang putih bersih itu.

Setelah puas menangisi nasib diri yang ditinggalkan kekasih hati, Dayna kembali ke bilik air untuk mengambil wudhuk bagi melakukan solat Tahajjud.

Dirinya kini amat menyedihkan. Segalanya rasa tidak tentu arah. Tinggal seorang diri di bumi Malaysia ini membuatkannya bingung pada siapa dia harus mengadu nasib diri. Mujur sahaja, kesedihannya tidak membuatkannya melupakan Tuhan Yang Esa.

Sedari kecil lagi, Dayna telah membiasakan diri untuk mengadu segala nasib yang menimpa dirinya kepada Maha Pencipta itu. Sudah menjadi lumrah untuknya kerana kedua orang tuanya dijemput Illahi ketika usianya 5 tahun.

Dayna mempunyai seorang kakak yang berusia 3 tahun lebih tua darinya. Tetapi kakaknya kini tinggal di London kerana mengikuti suaminya yang berkhidmat disana sekaligus bagi menamatkan pengajian PhD nya.

MEKAR KEMBALI KASIHKU (ON HOLD)Stories to obsess over. Discover now