Bab 6

23.3K 1K 193
                                    

PANG!

Menggigil tanganku, terlepas pula tamparan kat muka Qais. Berkerut dahi Qais sambil pegang pipinya yang sedikit memerah kerana aku.

Mata Qais renung aku tajam.

"Apa kau buat ni, Laila?"

"Menjauhlah! Siapa suruh dekat-dekat!" Aku tolak dada dia dan memboloskan diri. Qais meraba pipinya, muka tengah tahan sakit.

"Berani betul tampar lecturer? Nak markah kena tolak ke exam nanti?" Qais sandarkan badan di pintu.

Ingat aku takut? Rasa lega juga dapat tampar dia buat kali pertama. Masa jadi suami aku tak berani, sekarang dah jadi bekas... Mulalah aku berani.

"Nak tolak, silakan... Itu bermakna Dr jenis tak profesional. Babitkan hal peribadi dengan hal kerja." Sedas aku campak ke mukanya.

"Berani ya sekarang. Well done, Laila."
Qais berikan pandangan mengejeknya. Dipandang aku atas bawah kemudian tergeleng kecil.

"Fesyen makcik-makcik. Lipstick merah. Nak pergi mall ke, cik Laila?" Dagunya yang ada sejemput janggut dibelai-belai, dengan matanya tidak lepas pandang wajahku.

"Ini ke perangai seorang lecturer? Ejek pelajar macam ni? Nak saya rakam dan beritahu semua pelajar yang awak kaki sindir orang?"

Aku tak terasa hati pun. Biarlah macam makcik pun, bukan aku curi duit dia pun beli pakaian ni. Cukup sempurna dah dengan baju kurung kain kapas san tudung labuh lepasi dada. Bibir jelah merah. Bukan ke merah menandakan keberanian? Aku nak jadi berani. Berani lumat dan cincang makhluk bernama Qais Ukasy!

"Pandai menjawab... hm, rehat nanti dengan siapa?" Seakan menukar topik. Tahu dah dia bimbang aku buat betul-betul, kan? Mesti dia risau aku jatuhkan reputasi dia. Eleh, pengecut!

"Kenapa sibuk nak tahu?"

"Nak ajak kau makan..." Senada tanpa ada keikhlasan.

"Buang tebiat agaknya. Dah lah, saya nak keluar." Aku mara dekati pintu, dah bersedia nak rempuh pintu. Dia masih lagi tercegat dengan gaya yang buat aku loyar anak tekak. Rasanya Qais yang sekarang lagi menyakitkan daripada Qais yang dulu.

"Masih marah dan berdendam dengan aku pasal masa lalu kita?"

Aku mendengus. Soalan tu tak perlu kut nak tanya, dah terang lagi bersuluh aku marah. Dendam itu tidak adalah. Cuma benci kalau nampak muka dia. Kenangan diceraikan masih tersisa, bila teringat sakitnya tak terperi. Rasa terhina sangat-sangat.

"Boleh tak Dr buat tak kenal aje saya. Malaslah nak bercakap tentang masa lalu bodoh tu."

Riak Qais ternyata berubah tegang, dia mendengus sebelum melangkah menjauhi pintu. Dia duduk dan kekal beriak serius. Tiada kesinisan yang terpeta namun ada marah yang terjalur di raut wajahnya. Marah pulak? Pelik je dia ni...

"Keluar!"

Kena halau pulak, macamlah aku nak sangat duduk sini.

"Lain kali tak payah panggil kat sini kalau nak buang masa saya. Saya ni bakal pelajar cemerlang, tak hingin saya nak bercakap dengan duda bongkak macam Dr! Huh!"

Aku sempat jeling dia sebelum keluar. Kenapalah dia jadi lecturer aku? Kalau bukan, dah lama aku maki dia lebih pedas.






"ASAL Dr kacak tu asyik marah kakak kau je, Mia? Lepas tu aku nampak asyik muka kak Lai je dia tengok. Ada something ke yang aku tak tau?" Zubaidah bertanya rancak. Hampir tersembur air kelapa yang aku sedut, hati sudah tak senang. Aku kerling Mia, beri amaran jangan pecahkan tembelang.

Lecturer Itu Duda Aku! [EBOOK✓]Место, где живут истории. Откройте их для себя