Bab 4

22.3K 1K 35
                                    

MALAS betul! Hari ni subjek kelas terawal, subjek duda aku! Eee, kenapa dia ajar 3 subjek? Kalau setakat satu subjek tidak mengapa, ini kena hadap dia dalam 3 hari. Boleh terjeluak muntah tahu tak. Ini pun tak tahu perangai dia sebagai lecturer macam mana. Entah-entah cerewet gila.

Aku masuk ke dalam dewan lebih awal dalam 10 minit awal. Saja nak ambil tempat yang agak tersorok, tak nak dah duduk depan kalau Qais yang ajar. Duduk belakang lagi bagus kut. Nampak muka dia pun sipi-sipi. So, bolehlah pandang depan.

Mia pula berbual kejap dengan kawan baiknya, Zubaidah. Haa, yang sorang ini mulut becok lebih kurang Mia. Entah apa dorang berbual-bual, malas aku nak join. Bergosip saja. Semalam Zubaidah tu tak datang, katanya demam. Hari ni kemain ceria. Itu bila dah berjumpa empat mata, tak habis-habis berceletoh.

Kaki menapak ke satu persatu. Dilihat tempat duduk tiada orang. Awal sangat ke aku datang? Tapi, macam bau perfumes je. Perfumes siapa, eh? Lantaklah, mungkin ada orang berdiri kat mana-mana. Lebih baik aku buat hal sendiri. Baru nak jejak kaki di tangga, nak duduk bahagian belakang ada deheman kedengaran.

"Tak reti beri salam, main masuk je?"

Aku toleh. Menyirap darahku dengar. Dia rupanya kat depan tadi! Sejak bila perfumes dia lain? Mesti perfumes dia segudang, hari-hari tukar kan?

"Assalamualaikum, Dr..." Layankan jelah. Kau anggap dia lecturer saja, okey?

"Waalaikumussalam. Lain kali masuk tu beri salam. Jangan main serbu je. Sebagai pelajar, kena hormati lecturer. Faham?"

Aku kertap bibir. Menahan geram. Macam mana nak hormat kalau perangai dia suka sindir-sindir aku? Macamlah aku ni budak sekolah nak ditegur macam tu. Dah senyap semacam, manalah aku tahu ada manusia dalam ni. Dan aku datang awal kut, ada ke manusia yang rajin sangat datang kelas selain aku? Selalu lecturer datang tepat masa je sepanjang aku belajar sini.

"Baiklah, Dr... Maafkan kesilapan pelajarmu..." Sila jadi profesional ya, Laila... Sabarkan hati, anggap saja dia lecturer tua kerepot yang jenis cerewet. Okey?

Aku sambung langkah kaki tanpa toleh lagi. Manalah si Mia dan Bedah ni lambat sangat? Tahu tak aku ni dah berasap. Rasa nak jadi lembu, pi sondol orang je tahu!

"Eh, nak kemana? Tempat duduk depan ni berlambak kan. Duduk belakang buat apa? Kurang berkat ilmu tu," bebel Qais. Aku dah genggam penumbuk kemas-kemas. Ada saja dia nak tegur. Suka hati akulah nak duduk mana pun? Bukan pakai punggung dia pun. Aku buat dek je, dan duduk bahagian belakang sekali. Dari sudut pandangan mata aku sekarang, tubuh tinggi lampai Qais nampak sedikit kecil. Boleh tahan jauh jugak aku duduk. Pertama kali duduk paling belakang.

Qais kelihatan bercekak pinggang. Kenapalah lelaki itu cerewet sangat? Bila teringat kisah lama, memang banyak teguran aku terima dari dia sampailah aku merajuk. Apa pun aku buat dia nak betulkan. Pernah dia tegur aku sereka baju dia masih berkedut, sampai dia sendiri yang sereka semula dengan marah-marah. Padahal di mata aku, elok je baju tu. Terlampau perfectionist mungkin? Tak sesuai untuk aku yang kadang-kadang main hauk je. Simple dan tak nak merumitkan perkara. Senang.

"Biasa orang yang kurang pandai kena duduk depan. Biar senang hadam pelajaran yang lecturer ajar. Ini duduk belakang, satu habuk pun tak masuk otak nanti."

Memang betul dia cakap tu, tapi aku tak boleh terima bila dia masih nak tegur aku. Lagipun aku cuma belum dapat selesakan diri, belum mampu nak hadap dia depan mata. Lebih baik aku duduk belakang buat sementara waktu. Subjek yang dia ajar hari ni pun rasanya tidaklah rumit sangat. Kalau tak faham tanyalah Mia, budak tu pandai jugak berbanding aku. Tiada masalah pun.

Aku cek beg aku, baru nak keluarkan pensel box, perutku pula meragam lain macam. Alah, aku salah makan ke? Lekas aku bangun, dan turuni tangga.

"Nak pergi mana pulak tu? Kelas sekejap lagi nak bermula. Takkan nak menangis dalam bilik air sebab kena tegur dengan saya?"

Lecturer Itu Duda Aku! [EBOOK✓]Where stories live. Discover now