HUJAN

16 2 0
                                    

"Terima kasih Yeorim." Eomma Lucas menguntumkan senyuman manis buat perempuan itu selepas Yeorim menghidang kopi dan sedikit kuih muih padanya. Kemudian tangannya naik mengusap rambut perempuan itu lembut.

"Junrim mana?" Sambung Eomma. Dia melirik ke arah suami isteri itu seblum Yeorim membalas pertanyaannya.

"Dia dirumah eomma Yeorim, eomma bilang dia rindu sama Junrim" Jawab gadis itu sebelum tersenyum kecil.

"Minjeong, Haechan tadi kamu kemana?" Kali ini giliran Appa bertanya pada Haechan dan isterinya, Minjeong.

"Check-up." Balas Haechan sepatah sebelum dia sambung bermain telefon.

Ayahnya mengangguk perlahan.

"Bagaimana keadaan baby kamu sekarang?" soal Appa. Minjeong tersenyum manis, mengusap perutnya lembut sambil dia bersandar dibahu Haechan.

"Syukurlah semua baik baik saja." Balasnya. Ayah membalas dengan senyuman tipis sambil dia mengangguk kecil.

Kemudian mereka semua meneruskan perbualan sesama sendiri tanpa menghiraukan dia. Siapa dia?

Dia aku, Huang Minjae.

Yang duduk di hujung sofa sambil memerhatikan mereka semua bercerita tentang hal masing masing. Sedangkan aku dipulau. Termasuk Renjun. Dia turut melupakan aku.

Apa yang kau harapkan pada Renjun? Dia sibuk bercerita dengan keluarga terkadang aku perasan dia melirik gadis itu. Dan apabila mata mereka bertemu, mereka akan saling melemparkan senyuman manis. Melupakan bahawa ada isteri dan suami masing masing yang duduk disisi mereka.

Cemburu? Aku sedar diri.

Aku mahu pulang.

Sekarang aku rasa mahu menangis.

Kenapa aku rasa beramai itu lebih terasa kekosongan berbanding keseorangan?

Akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar dari rumah. Aku berjalan di sekitar rumah banglo itu sambil menghirup Udara segar.

Lihat? Tiada siapa mencari aku. Mahupun bertanya aku mahu kemana.

Aku iri dengan Yeorim, dengan Minjeong. Manakala aku? Sebaliknya. Mereka disayangi. Aku mahu semua itu. Mahu merasa apa yang mereka rasa. Kenapa mereka boleh aku tidak? Hanya kerana aku tidak mengandung? Aku tidak punya anak? Kerana itu?

Aku jadi sedih.

Renjun...

Dia langsung tidak perdulikan aku.

Jadi ini rasanya bila dipinggirkan?

Langit malam aku perhati sambil berdiri di taman sebelah rumah. Malam ini sepertinya mahu hujan. Cuaca malam ini begitu sejuk hingga hidung aku berubah kemerahan.

Air hujan jatuh setitis ke wajahku. Ah, Aku suka perasaan ini. Hujan, dia seakan memahami perasaan aku.

Terima kasih Tuhan

"Hujan itu seperti tantangan hidup."

Badanku reflex berputar kebalakang. Pandangannya dipenuhi dengan seorang lelaki yang berbaju hitam, topi hitam, seluar hitam, kasutnya juga hitam kecuali rambutnya, biru gelap.

"Tidak perlu berdoa agar hujan cepat berhenti."

"Tapi cukup berdoa agar payung kita bertambah kuat.." Sambungnya.

"Tapi, bermain hujan juga bisa membuatmu jatuh sakit. Bahkan orang yang menyukai hujan pon akan berteduh ketika hujan turun. Itu menunjukkan bahawa hal yang kita sukai pun bisa menyakiti kita. Jadi cepat masuk rumah sekarang" Ucapnya. Aku terdiam memikirkan ucapannya tadi.

Itu menunjukkan bahawa hal yang kita sukai pun bisa menyakiti kita.

hal yang kita sukai

bisa menyakiti kita.

"Hoi, pekak?!" soalnya.

Aku menggeleng.

Hujan semakin lebat, aku hanya biarkan jasadku membatu disitu sambil memerhati dia.

Kakinya berlari menuju kearah aku, tanganku dipegangnya erat. Kemudian dia membawa aku berlari meredah hujan berteduh dibawah pokok.

"Gara gara kau, aku turut basah." Dia berdecit kasar . Wajahku dijelingnya tajam.

Aku tidak berbuat apa apa selain membatu melihat dia yang sedang mengibas ngibas pakaiannya.

"H-hey.. Aku tak marah kau la, kenapa kau menangis?

PERFECT HUSBAND |RENJUNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang