ANAK

14 2 0
                                    

"Minjae, Renjun seperti yang sedia maklum. Ayah mahu Ryujin bernikah hujung minggu ini" Tuan Huang melihat anaknya sebelum membetulkan kotak suaranya. "Kamu..Apa belum ada perancangan untuk punya anak?" Soalan yang baru keluar dari ayah Renjun itu brjaya membuat sepasang suami isteri itu terdiam.

"Belum, Renjun belum sedia." Ucap lelaki itu sebelum jus oren di meja itu diambil dan dituang ke dalam cawannya dan lalu merangkul bahu Minjae. Minjae hanya mendiamkan diri membiarkan tangan Renjun di bahunya. Bagaimana tidak? Tidur saja masih asing asing, hari hari bergaduh. Tidak pernah berbaik walaupun sekejap. Apa yang ayahnya harapkan?

Ya... Kalau Renjun mahu anak, dia sedia. Itu sememangnya tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada Huang Renjun. Cuma dia sedar diri. Renjun tidak mencintainya. Hati suaminya itu masih milik orang lain, dan takkan pernah menjadi miliknya bahkan jika dia mati sekalipun. Perit sekali kenyataan bahawa suaminya masih lagi mencintai bekas kekasihnya yang kini telah bergelar kakak ipar suaminya itu.

"Kenapa begitu Renjun? Minjae bukannya tidak mahu jugakkan?-" Lucas bersuara.

"Aku yang tidak mahu, aku belum sedia"

Degg

Dengarkan sendiri?

Dia langsung tidak menjaga hati aku. Bukannya aku tidak tahu. Dia masih berharap pada perempuan itu. Dan itu yang membuatkan rasa kebencian aku pada Yeorim semakin mendalam. Aku mungkin bodoh kerana membenci orang yang salah. Tapi terserah, itu keputusanku. Aku yang patut putuskan siapa yang aku perlu sayang dan yang aku benci.

'Kamu langsung tidak menjaga hati isteri kamu Renjun." Ucap ibu Renjun kesal. Bagaimana dia boleh bertahan dengan percakapan Renjun tadi? Walau Renjun bukan anak kandungnya, dia tahu benar perangai anaknya seorang itu. Dia kasihan sama Minjae. Bukan dia tidak lihat perubahan wajah gadis itu tadi.

"Tidak apa eomma, Aku faham. Renjun kan orang yang sibuk." ucap Minjae. Rambutnya diselit sedikit ketepi telinganya sebelum dia menundukkan pandangannya.

"Erm Minjae kamu mahu keluar bersama aku dan Yeorim esok? Kami mahu membeli baju untuk hari itu nanti" Shuhua menyapa Minjae. Senyum gadis itu pudar. Kenapa bukan dia Bersama Shuhua saja? Kenapa perlu ada perempuan itu.

"Tapi Shua, aku sibuk esok. Tiada siapa yang boleh menghantar-"

"Aku. Aku hantar" Renjun mempelewa dirinya semangat. Dan itu cukup membuat Minjae kecewa.

Pasti dia mahu sebab ada Yeorim kan?

Seberapa bagus perempuan itu? Apa aku tidak cukup baik Renjun?

PERFECT HUSBAND |RENJUNWhere stories live. Discover now