Part 3 -Nasi Goreng Membunuh-

643 32 18
                                    

------

"Aku lalu kat depan bilik manager, pastu aku terdengar Encik Jo Se-Ho kata dia nak bagi semua pekerja bonus . Sebab keuntungan kat pasaraya ni dah semakin meningkat!"  kata Kang Jun bersemangat . Yelah, sape yang tak bersemangat nak dapat bonus ? Duit tu ....

"Seriously??!" Kata Min Ae dan Hye Kyung serentak . Memang susah untuk diorang percayai kata-kata si Kang Jun ni .. 

First, sebab Kang Jun selalu jugak sebarkan berita-berita palsu dan tak masuk dek akal . That's why susah untuk Min Ae dan Hye Kyung percaya . Secondly, semua pekerja tahu bahawa bos besar pasaraya ni kedekut orang nya . Tangkai jering lah katakan . So, perlu ke mereka berdua percaya berita ni ?

Min Ae dan Hye Kyung saling berpandangan dan mengangkat bahu .

"Yah! Aku yakin cerita ni betul .. Aku dengar sendiri dari telinga aku" kata Kang Jun apabila melihat reaksi kedua rakan nya 

"Aku rasa telinga kau bermasalah kot pagi ni. Ish tak mungkin lah bos besar nak bagi kita semua bonus . Selama ni aku kerja kat sini tak pernah pun dia naikkan gaji . Apatah lagi dapat bonus" rintih Min Ae

"Kan ? Tu yang aku musykil ni .." Hye Kyung setuju 100% dengan Min Ae

"Lantak korang lah nak percaya atau tidak . Okay lah bye . Aku nak sebarkan berita ni kat orang lain pulak " kata Kang Jun sebelum meninggalkan Min Ae dan Hye Kyung

"Kau rasa betul ke apa yang Kang Jun cakap tu?" soal Hye Kyung . Aish -,- Hye Kyung ni tadi macam setuju je cakap Min Ae, tapi ni dia ragu-ragu pulak

"Entah lah .. Dahlah.. Sambung kerja cepat" arah Min Ae malas dia nak layan berita yang entah pasti atau tidak

"Tapi kan... Kalau betul lah kita dapat bonus.. Duit tu boleh lah kita beli tiket untuk tengok exo show case kan??" Kata Hye Kyung yang dah mula berangan dia dapat jumpa Do Kyung Soo .

"Haah kan?! Tak payah susah2 cari kerja part time . Arghh.. Luhan oppa.. " kata Min Ae . Dia pun mulalah dok berangan dapat jumpa Luhan

"Woi ! Kau pikir kau dibayar gaji untuk berangan ke?! Cepat buat kerja!" suara lantang itu telah menterbantutkan angan-angan  mereka berdua

---------

"Jadi, boleh saya tahu saya menghidap penyakit apa?" Kata Mr.Cho

"Encik Cho Min Hyun, encik menghidap penyakit leukimia .. Batuk berdarah tu adalah tanda-tanda pertama nya." Kata Doktor Han Jae Joon

(A/N : attention !! Actually, saya sebenarnya tak tau penyakit leukimia tu macam mana.. Malas nak search google . So, hentam jelah .Hehe dalam fanfic kan tiada yang mustahil ~ hoho)

Muka Mr.Cho atau nama penuhnya Cho Min Hyun, sungguh tenang dan rileks apabila mendapat tahu penyakit yang dihidapi nya . Dia memang sudah tua dan sewajarnya mendapat penyakit (← tell me kalau ayat ni kejam sangat or tak berperikemanusiaan )

"Saya harap encik cho kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi asid folik yang berlebihan kerana ianya akan membunuh sel-sel di dalam tisu encik . Dan tolong banyak kan minum air yang bersih sekurang-kurang nya 8 gelas sehari atau pun encik minum mineral bottle yang 200ml tu" panjang lebar penjelasan Doktor Han

(A/N : okay, sekali lagi . Bab yg asid folik blablabla tu pun hentam jugak . Hehe jangan save dalam otak ayat ni , takut nanti tercopy masa jawab exam sains xD )

"Baiklah doktor . Doktor, adakah penyakit ni boleh sembuh sepenuhnya ?" soal Mr.Cho . Mata nya memandang tepat ke mata Doktor Han yang sememang nya handsome tu :3

"Saya tak jamin kalau penyakit encik ni boleh sembuh sepenuhnya . Tapi setakat ni saya cuba untuk pulihkan penyakit encik dari melarat ke tahap yang lebih teruk" jelas Doktor Han tanpa teragak-agak

"Baik lah doktor"

"Okay, kalau tiada apa2 lagi . Encik Cho boleh keluar dan ambil ubat di kaunter dan makan mengikut dos yang saya dah bagi . "

"Baiklah . Terima kasih doktor" Mr.Cho bangun dan tunduk 30° dan keluar dari bilik tersebut dan meluru ke kaunter untuk mengambil ubat

------

Di dorm EXO,

"Huish, bosannya exo-k takde.. " rungut xiumin sambil menongkat dagunya di meja makan. 

"Hyung, makan lah.. ni saya masak" kata tao . Terhidang sepinggan nasi goreng di atas meja makan . Xiumin memandang pelik tao . Chen yang berada disebelah xiumin pun turut pelik melihat maknae exo-m tu .

"ni apa ni?" soal Xiumin . Dia masih lagi pelik, bukan apa . Selama dia duduk sebumbung dengan member-member exo, Tao tak pernah tolong D.o atau Lay memasak di dapur , inikan masak sendiri didapur ? eyy memang tak percaya lah

"Nasi goreng lah hyung .. makan lah saya masak ni" kata Tao . Riak wajahnya seperti nak sangat hyung2 rasa masakannya .

'psst, xiumin hyung .. confirm ke kita nak rasa nasi goreng ni ? entah-entah ada racun' bisik chen

'entah lah .. hyung pun tak tau..' bisik xiumin pulak

"Yah, pikir saya tak dengar ke ?? yah! hyung.. rasa lah" kata Tao seraya menyumbat sesudu nasi goreng kedalam mulut Xiumin , kemudia mulut Chen . Xiumin dan Chen terpaksa kunyah nasi goreng tu . Kalau ikutkan, mereka nak je ludah nasi goreng tu ke lantai, tapi teringat akan pesanan D.o agar tak kotorkan rumah .

"Jadi? sedap tak masakan saya ??" soal Tao dengan mata yang bersinar - sinar . Xiumin dan Chen hanya mampu tersenyum kelat sebelum berlari ke singki untuk meludah nasi goreng yang dimasak Tao xD

"Bluerkkk.. nasi goreng apa ni ? kau nak bagi kitorang mati ke?" kata Chen yang tengah mencari air dalam peti ais

"Eee.. nasi goreng kau dahlah pahit .. kau letak kopi ke ? bluerkk" soal Xiumin

"Alah hyung.. tak sedap ke? alah, saya baru je berangan-angan nak pandai masak macam D.o" rungut Tao hampir nak menangis

"Dahlah, takyah nak menangis sangat . Lebih baik kau basuh kuali d.o yang kau guna tu . Kalau d.o tau kau guna kuali dia.. habislah telinga kau akan capang macam chanyeol" kata Chen

"Hyung umin.. tolong basuh kan kuali .. byee" kata Tao sebelum berlari ke ruang tamu 

"Yah!! Tao-ah ! sampai hati mu kan ?! Chen.. tolong basuh chen " Kata Xiumin

"Sorry hyung, saya nak test vocal dalam bilik .. hehe" Chen memberi alasan sebelum meninggalkan Xiumin keseorangan didapur . Kerana terpaksa aku relakan, Xiumin pun basuh jelah kuali tu xD

---

Sejam selepas itu, Exo-k balik ke dorm mereka . Sehun terus meluru ke dapur kerana tekak nya dahaga teramat lah sangat .

"Eh, nasi goreng ? macam sedap je" kata Sehun sendirian . Dia pun mengambil sudu dan menyuap nasi goreng itu ke dalam mulutnya .. dan . . . .

'bluerkkkkkkk!'

_ToBeContinue_

Hello guys ! sorry sebab dah lama tak update ff ni . heheh sorry sorry sorry !

#Waiting for EXO LOVE ME RIGHT FULL MV#

#THE FIRST COMEBACK WITHOUT OUR BABY PANDA#

#I MISS KRIS HAN TAO#

#ALWAYSSUPPORTEXO#

#EXOK+EXOL+EXOM# 

IDOLKU SUAMIKU [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now