BAB 1

313 30 3
                                    

"LAYLA, bangun." Digerakkan tubuh rakannya yang masih lena di atas katil berkali-kali. Hampir putus segala urat tangannya mengejut Layla dari tadi. Pagi-pagi dah kena buat senaman jari.

"Hm," gumam Layla. Bergerak-gerak tubuhnya apabila tidur terganggu. Bantal peluk didakap dengan lebih erat.

"Weh, bangunlah. Dah pukul 10 ni. Kau kata Prof nak buat miting, kan." Masih belum berputus asa Dee mengejut rakan sebiliknya itu. Sedari tadi penggera telefon bimbit Layla berbunyi. Sekali gus menganggu Dee yang sedang belajar di meja studi. Meskipun mereka berada dalam jurusan yang sama, namun jadual kelas berbeza. Hari ini kelas Dee bermula jam 12.00 tengahari.

"Layla!" Geram punya fasal, disimbah secawan gelas air ke muka Layla.

Serta-merta Layla terjaga daripada lena dengan muka yang mamai.

"Dah pukul berapa ni?" Wajah Layla berubah cuak.

"Pukul 10." Hampir terjerit Dee memberitahu Laila.

"Whattt?" Dikerling jam di telefon bimbit, sungguh tak tipu. Ingatkan Dee sengaja nak buat prank.

Dengan sepantas kilat, Layla masuk ke bilik air. Tak sempat nak mandi, dia hanya menggosok gigi dan membasuh muka. Baju dan seluar yang tidak perlu digosok dicapai. Shawl yang tidak berkedut dililit ala kadar ke kepala.

"Kau ni, kan aku dah bagitahu. Kejut sejam sebelum pukul 10. Bukan tepat-tepat pukul 10." Sambil bersiap, mulut Laila tak henti-henti membebel.

"Eh, aku dah kejut. Kau tu yang tak reti nak bangun. Mimpi berjumpa putera Raja Gopal agaknya. Lena sampai tak ingat dunia," bidas Dee geram. Nasib sayang. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja disimbah sebaldi air ke muka Layla tadi.

Namun, Dee tetap bersimpati dengan nasib Layla yang terlewat hendak ke makmal. Jadi dia tolong masukkan barang-barang Layla ke dalam beg sandang yang sering diangkut ke hulur ke hilir.

"Lain kali kau jerit je sebelah telinga aku. Tak pun, kau simbah je la air banyak-banyak macam kau buat tadi," pesan Layla. Siap menyembur minyak wangi satu badan, dia mencapai beg sandang yang dihulur oleh Dee.

"Okey, beres. Lepas ni aku buat macam apa yang kau suruh." Hampir terbersin dan tersedak Dee, penangan bau Vanila yang mula memenuhi ruang antara zarah di dalam bilik mereka. Hampir setengah botol Layla sembur. Punyalah nak tutup baunya yang masam.

"Elok-elok pergi kelas tu. Jangan tergolek tengah jalan pula." Sempat Dee berpesan sebelum Layla hilang di balik pintu.

Dee geleng kepala. Kalut betul kawannya itu. Cepat-cepat dicapainya bantal Layla yang sudah basah, lalu dijemur di ampaian yang disimbahi cahaya mentari. Kipas siling juga dipasang paling kuat untuk mengeringkan cadar Layla yang bergenang air.

Manakala Layla, terkocoh-kocoh dia berjalan ke perhentian bas. Mengharapkan bas lalu di situ. Malangnya, nasib tak berapa baik pagi itu. Satu bas pun tak muncul. Maka Layla pun menapak dengan laju ke fakulti yang mengambil masa lebih kurang sepuluh minit.

Dalam perjalanan, dia hampir tersadung kerana ada seekor tikus melintas di hadapannya secara tiba-tiba.

"Dasar malaun punya tikus. Aku sumpah kau jadi batu belah batu bertangkup kang baru tahu." Terkumat-kamit mulut Layla membebel sendiri.

Setibanya di makmal, Prof Mansur sudah pun menanti dengan wajah yang bengis. Di sebelahnya, ada seorang jejaka yang tidak pernah dilihat oleh Layla.

Sengih macam kerrang busuk.

"Assalamualaikum." Penuh sopan santun Layla memberi salam.

"Kamu, Layla. Dah pukul berapa ni? Kenapa lambat? Ada anak kena jaga ke dekat rumah?" tembak Prof Mansur sedas sesudah menjawab salam Layla.

JEJAKA TERISTIMEWAWhere stories live. Discover now