Bab 12

204 22 1
                                    

Raisha mengesat peluh. Duduk dilabuh di atas bangku. Penat joging setelah berbulan-bulan tak aktifkan diri dengan aktiviti riadah luar.

"Hey, Ica."

"Hey?" Firdaus labuh duduk di sebelah Raisha.

"You buat apa dekat sini?" soal Raisha sambil melilau pandang sekeliling.

"I nak tanya sesuatu boleh?"

Raisha angguk malas. Nak aje dia lari dari lelaki ini. Raisha tak berapa suka Firdaus, untuk bercakap apatah lagi. Dahlah playboy!

"I jumpa Ris dengan seorang lelaki mat salleh semalam." terbayang raut wajah itu. Sangat kacak, kacukan Italy-English jauh beza dengan dirinya yang kurus kering ini.

"Oh? Yeke?"

Raisha buat-buat terkejut. Reaksinya lagak tak tahu apa-apa. Padahal dalam hati bersyukur. Bukan apa, Dez lebih dipercayai berbanding si Firdaus. Playboy!

"You pernah nampak tak Ris bersama dengan lelaki lain?" Bersungguh raut wajah Raisha ditatap.

"Mungkin boyfriend baru Ris." Raisha gelak dalam hati.

"Habistu I apa?" Firdaus naik berang.

"Selama ni Ris mainkan perasaan I? Macam tu?"

"Eh? Hello? Bukan you ke yang mainkan perasaan Ris?" Nada Raisha sedikit kuat. Marah barangkali kawan baik sendiri dituduh sebegitu.

"Tak salah kan Ris nak jadi playgirl macam you? Sedangkan you yang ajar dia."

Setepek kena!

Panas semacam terasa sampai mukanya dah naik merah. Penumbuk digempal kuat. Senyum miring diukir,

"Oh? I yang ajar?" Penumbuk dah ready.

"Kenapa? You tak nak mengaku ke? Atau you nak mengaku diri you adalah malaikat?"

"Kau!"

"Fir!" laung Cristy kuat.

Penumbuk dijatuhkan, Raisha angkat alis. Sedikitpun tidak takut pada Firdaus.

'Benda dah rancang kan? Buat apa takut?'

"Ini perangai you yang sebenar?" Cristy menggeleng kecewa.

"I tak sangka boyfriend yang I sanjung perangai macam ni"

"Ris...."

Setapak mendekat,

Setapak juga seorang lelaki bertubuh tegap berdiri di depannya. Menghalang betul-betul dia dari merapati kekasih hatinya.

"Menyemaklah kau ni!"

Selamba,

Tubuh tegap itu ditolak lalu tangan Cristy ditarik mengikut langkahnya.

"Lepaslah! I benci you, you tahu tak?! You jahat! You curang!"

Pang!

"Kau atau aku yang curang!"

Pijar pipi Cristy. Berkaca mata, nafas ditahan sebaik mungkin. Celah mata perlahan bergayut air jernih. Tanpa dipinta, air itu kini mengalir ke dua belah pipi mulusnya.

"I'ii never forgive you no matter what!"

Tatkala ayat itu diungkap,

Pang!

Penampar paling kuat diberikan pada Firdaus sampai tubuhnya jatuh terjelepok bawah tanah.

"I am so used to being the bad boy."

The Dez (COMPLETE) ✅Where stories live. Discover now