Episod 52

14.5K 1K 112
                                    

Laju pula saya update hari ni dah kali ke empat eh? Hmm, tapi semangat macam makin pudar dah ahhaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laju pula saya update hari ni dah kali ke empat eh? Hmm, tapi semangat macam makin pudar dah ahhaha. Selamat membaca 💜 Jangan lupa komen 💜

×××

Aku kerling jam yang sudah menunjukkan pukul 2 pagi, keadaan diluar sana senyap sunyi dan aku tahu inilah masanya untuk aku keluar dari sini.

Perlahan-lahan aku langkahkan kaki keluar dari bilik, laluan yang aku guna untuk turun tangga sebelum ni sunyi sepi. Dek kerana aku tak nak bunyi lif akan menganggu sesiapa saja yang kebetulan ada di situ, aku buat keputusan untuk turun menggunakan tangga.

Mata aku meliar ke sana dan ke sini. Suasana dalam mansion waktu ni tampak suram ditemani cahaya yang malap dari lampu lilin yang diatur sepanjang dinding. Masih juga dapat melihat dalam keadaan dengan jelas.

"Kau tak akan selamanya dapat kurung Medina di sini, Elvis."

Kaki aku terhenti saat melepasi sebuah bilik di lantai dua. Aku terus mengintip dari celah pintu yang sedikit renggang.

Ada Eldrien dan Elvis sedang berbual di mejam. Keduanya saling menghadap antara satu sama lain.

"Why not?"

"She's ain't supposed to be here, you know that. Nyawa dia boleh terancam kalau musuh tahu yang kau pentingkan dia." Eldrien bersuara lagi.

Aku lihat wajah Elvis hanya kekal tenang. Sedikit pun dia tampak tak terganggu dengan apa yang dia dah buat.

"Tak akan ada sesiapa yang berani sentuh dia. Aku akan pastikan dia selamat dengan aku."

"Kau yakin? Kau lupa apa yang dah jadi pada Xandra? Pada Dyla?"

"Medina bukan mereka berdua dan aku tak akan buat Medina jadi mereka berdua. Dia bukan perempuan yang lemah."

"Tapi dia benci kau. Makin lama kau kurung dia dekat sini, makin bertambah kebencian dia pada kau."

"Aku tak kesah asalkan dia sentiasa ada di sini aku. Aku tak peduli kalau dia nak benci aku atau tak."

Aku mencebik bibir. Terus menarik diri dari terus mengintip dan mendengar perbualan antara Eldrien dan Elvis.

Sementara mereka leka berbual ni lebih baik aku keluar dari sini. Aku buka langkah perlahan-lahan turun ke anak tangga tingkat terakhir. Sunyi.

Yes! Selamat. Aku kerling ke arah pintu utama yang tertutup rapat. Kalau aku buka, agak-agak berbunyi ke tak ya? Argh! Cuba sajalah.

Krekk....

Aku memejamkan mata bila pintu aku buka perlahan-lahan. Tak banyak pun aku buka, sikit saja, muat-muat untuk aku lalu.

Lepas saja dari pintu utama, aku berlari perlahan-lahan ke pintu pagar. Aku tak nak ada sesiapa yang perasan akan kehadiran aku. Di pintu gerbang tu ada satu pintu pagar yang kecil untuk tuan rumah saja yang lalu tanpa membuka pintu gerbang.

Elvis King | PBAKL2024Where stories live. Discover now