Xavier genggam penumbuk.

Telefon yang dibawanya sekali dipegang dan Xavier telefon anak buahnya. "Aku nak kau cari Sofya Talina dan bawa dia ke mansion aku. Aku bodoh kena tipu dengan dia"

"Pfft ketua mafia kena tipu? Seriuslah?" Haiqarl Daniel yang berada di Malaysia itu tergelak apabila dengar si Xavier kena tipu dengan Sofya.

"Bini aku nampak Sofya peluk aku. Aku tak pasti balik bila dan kau cari je Sofya, tangkap dia"

"Hahaha yelah. Selamat memujuk perempuan" Haiqarl tamatkan panggilan.

Sampai je di bilik, Xavier masuk dengan keluhan panjang. Kena fikir cara pujuk perempuan.

Isabella sorokkan dirinya di bawah selimut. Dia tak bercakap dengan Xavier.

Xavier naik ke atas katil. Dia usap belakang Isabella, "sayang, dengarlah apa aku nak cakap ni"

Isabella diam tanpa bicara. "Itu bukan seperti apa sayang bayangkan. Tolonglah sayang"

"Saya nak balik esok"

"Kita baru sehari dekat sini sayang. Honeymoom kita seminggu tau"

"Saya nak tidur, goodnight" dalam suara Isabella ketika berbicara. Dia tidur membelakangkan Xavier.

Xavier baring di sebelah Isabella dan peluk pinggang isterinya. Isabella tolak tangan Xavier yang keras seperti batu.

"My wife, please listen this. I know sayang marah. Salah aku sebab tak beritahu sayang yang aku nak jumpa betina tu. Memang salah aku semua ni. Aku tak patut bagi dia peluk aku, dan langsung aku tak sangka dia akan cium aku. Maafkan aku sayang." Xavier usap rambut panjang Isabella.

Isabella masih diam tanpa bicara.

"Nur Isabella, whatever happen, just you the one that I love, no one will ever replace you, sayang. Aku akan tunaikan apa saja yang kau nak kalau tu je cara untuk kau maafkan aku" Xavier kucup rambut Isabella.

Isabella duduk sambil bersandar di katil. Dia pandang Xavier, "betul apa je?"

"Ye sayang, apa je sayang nak, aku tunaikan"

"Stop using aku kau. Saya tak suka"

"Jadi nak aku guna apa?"

"Hurm... Kalau saya awak panggil sayang, saya nak panggil awak hubby!"

"Jadi kau nak aku gelarkan diri aku hubbylah?"

"Tapi cliche sangat! Hurmmmmmm abanglah!'

"Tu aku tak suka, geli nak abang-abang. Lain"

"Awak panggil saya cinta dan saya panggil awak sayang, boleh?"

"Untuk cinta semua boleh" Xavier tarik Isabella ke dalam pelukkan. Nasib senang pujuk isterinya. Ingatkan kena gaduh sampai bertekak.

Awal-awal Xavier nak halang perkara itu. Dia tak nak naik tangan dekat Isabella. Tak nak naik suara terhadap Isabella.

"Jadi cinta dah maafkan sayang?" bisik Xavier. Isabella usap pipi suaminya dan mengangguk, "dah. Tapi janji sayang tak boleh benarkan mana-mana perempuan untuk sentuh sayang. Rosean je cinta benarkan"

"Okay cinta" Xavier dan Isabella baring semula. Mereka berpandangan antara satu sama lain dan tidur sambil membalas rasa cinta.

Skip

"You buat apa tu?" Rosean Kim yang baru saja tiba di tempat kerja Muhd Ikram iaitu di hospital, duduk di kerusi berhadapan meja kerja Ikram.

Bekal yang dibawanya diletakkan di atas meja kerja Ikram. Rosean menongkat dagu memerhati tunangnya.

"Buat kerjalah sayang, buat apa lagi?" Ikram senyum bila dia diperhati Rosean. Tak sangka dia akhirnya jatuh cinta dengan kawan Xavier iaitu adik iparnya.

Rosean sentiasa prihatin terhadap Ikram. Setiap hari ada je bekal yang dibawa Rosean. Jimat duit Ikram.

"Banyak lagi ke? I nak lapar" bibir Rosean muncung kehadapan. Dia lapar sangat hari ni.

Ikram letak pen di atas meja. Dia kemas barang-barang kerjanya dan disusun di tepi. "Okay jom kita makan. You masak apa harini?"

"I nak masak tapi..." jarinya yang terluka, ditunjukkan pada Ikram. Jari manis Rosean sudah dibalut plaster.

"Eh macam mana boleh luka ni sayang?"

"I potong sayur tadi dan tiba-tiba anak saudara I lari-lari dekat dapur dan langgar I. Jari I luka dan mommy ganti I masak. Jadi I tak masaklah"

"Kesian Rosean I ni"

Semakin lebar senyuman Rosean apabila Ikram gelarnya, 'Rosean I' . Antara satu panggilan kesukaan Rosean.

"Memandangkan sayang luka, I suapkan sayang okay?"

"Betul ke ni?"

"Ye sayang. Sini I suapkan" Ikram ambil bekal yang dibawa dan dibuka. Setelah membaca bismillah, Ikram suap Rosean dan mereka makan sambil berbual tentang apa yang berlaku pada hari tersebut.

Bersambung

( ✔ ) Xavier's CupcakeWo Geschichten leben. Entdecke jetzt