2. Panggilan Tidak Dikenali

Mulai dari awal
                                    

Dan sekiranya besok Mat Deris keluar dan berpindah dari bilik sewaannya itu, apakah yang akan berlaku? Kalaulah terjadi sesuatu perkara, apakah bentuk keganjilan itu?

Kerana pening memikirkan perkara aneh itu, Mat Deris lantas berdiri lalu berpesan kepada Jimmy Yee dan Munah: "Aku mahu keluar sebentar. Kepalaku terasa pening sangat!"

Kedua mereka hanya menganggukkan kepala masing-masing sambil memerhati ke arah Mat Deris yang keluar dengan langkah yang begitu lemah.

Mat Deris menuju ke arah kantin yang terletak di tingkat bawah. Dia memesan sebotol Coca Cola. Belum sempat pelayan kantin menghantarkan minuman yang dipesannya, tiba-tiba datang satu idea untuk menjejaki lelaki yang telah menelefonnya sebentar tadi.
Dia akan cuba membuat semakan di ibu sawat telefon dan siapalah tahu kalau-kalau pihak telekom dapat mengesan telefon yang telah digunakan oleh lelaki yang menghubunginya sebentar tadi.

Idea itu dianggap oleh Mat Deris sebagai satu-satunya cara paling baik dan berkesan untuk dia mengetahui siapakah lelaki itu sebenarnya. Untuk itu, Mat Deris segera meminta kebenaran daripada pengusaha kantin bagi menggunakan telefonnya.

"Boleh saya pinjam telefon sebentar, kak?" Tanya Mat Deris sambil tersenyum ke arah pengusaha kantin.

"Boleh... apa salahnya," balas pengusaha kantin yang berbadan gemuk itu.

Mat Deris segera menghubungi operator telefon.

"Operator...!" Satu suara yang lembut terdengar di telinga Mat Deris.

"Saya ada perkara penting untuk ditanyakan!"

"Apa halnya?" Tanya operator.

"Boleh tak saya mengetahui siapakah yang telah membuat panggilan ke nombor 6879211 sebentar tadi dan dari mana panggilan itu dibuat?"

Operator telefon itu mengulangi nombor telefon yang diberikan oleh Mat Deris kepadanya.

"Betulkah nombor itu?" Tanya operator telefon.

"Betul!"

"Tunggu sebentar!"

Perbualan mereka terhenti buat seketika. Ketika itu, tentu operator telefon itu sedang sibuk menyemak kembali panggilan yang dibuat ke atas nombor yang diberikan oleh Mat Deris itu. Oleh kerana dia tahu ketika itu operator tersebut sedang membuat semakan, Mat Deris masih begitu sabar menunggu.

Beberapa minit kemudian, operator telefon itu kembali bersuara:

"Pada hari ini masih belum ada telefon yang menghubungi nombor yang encik berikan itu," operator telefon itu memberitahu Mat Deris.

"Tak mungkin!" Mat Deris terkejut penuh kehairanan, "memang ada orang membuat panggilan kepada nombor yang saya berikan itu kira-kira sepuluh minit yang lalu!"

"Panggilan itu tidak tercatit pada komputer kami," balas operator telefon dalam suara yang begitu lembut. Suaranya ternyata begitu bersungguh-sungguh untuk meyakinkan Mat Deris.

"Panggilan itu sebenarnya aku yang menjawabnya," balas Mat Deris dalam suara antara percayandengan tidak, "cuma... ahhh! Terima kasih sajalah."

Mat Deris segera meletakkan gagang telefon di kantin itu tanpa mahu menceritakan peristiwa aneh yang dialaminya itu kepada mereka yang berada di kantin. Kepalanya kini menjadi semakin pening. Semakin bingung.

Kini fikiran Mat Deris bukan bertambah tenang, tetapi kian rumit dan menghimpit. Dari seorang pegawai yang berpendidikan tinggi dan hidup dalam dunia serba moden, kini dia terpaksa menghadapi dan mempercayai perkara karut yang memang tidak boleh dipercayai oleh sesiapa pun yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi.

Walaupun hati Mat Deris masih tidak mempercayai peristiwa yang dialaminya dengan sepenuh hatinya tetapi hatinya mula mengesyaki bahawa suara lelaki yang menelefonnya sebentar tadi
mungkin makhluk halus.

Lelaki bertubuh sasa dan tegap kasar yang muncul dalam mimpinya malam semalam mungkin merupakan roh kepada lelaki itu yang sering merayau-rayau di kawasan sekitar rumah yang disewanya. Untuk itu, Mat Deris berikhtiar untuk men-
cari jalan bagi mencegah roh tersebut dari terus mengganggu dirinya lagi.

Kini, satu nekad telah tertanam di dalam diri Mat Deris. Dia membulatkan hatinya untuk menyelesaikan peristiwa aneh yang sedang dihadapinya itu hingga selesai. Dia merasakan masalah yang sedang dihadapinya itu adalah merupakan satu masalah yang amat aneh dan luar biasa.

Mimpi yang dialami oleh Mat Deris pada malam semalam, cermin kecil berwarna merah dan panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi, kini meyakinkan hatinya untuk mempercayai..apa yang sedang dialaminya. Peristiwa yang dianggapnya sebagai peristiwa aneh kini benar-benar wujud. Dia berazam untuk membongkar peristiwa aneh itu hingga sampai ke akar umbinya. Walaupun ianya adalah merupakan peristiwa aneh yang pertama
dialami oleh Mat Deris tetapi ianya amat menarik minatnya untuk melihat sejauh mana peristiwa aneh itu akan dihadapinya.

Berkasih Dengan PontianakTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang