Mata aku pejamkan, tangan menggenggam kuat, merasakan sendiri kuku mencengkam telapak tanganku. Janganlah aku menangis di hadapan mereka sekarang.

Dapat aku rasakan bayang-bayang omma berlalu pergi meninggalkan ruang tamu ini.

"Appa minta maaf.. Kamu berdua faham kan omma macam mana.. Nanti elok baliklah tu, ikutkan sangat perasaan. Appa minta maaf bagi pihak omma ya, Haneul? Jangan dibawa masuk ke hati apa omma kamu cakap tadi.." Pujuk appa sebelum dirinya turut sama melangkah pergi, memberi ruang aku berdua dengan Taehyung tatkala air mataku mengalir di luar kudratku untuk terus menahan.

Dengan mata yang terpejam dan tangan yang mengesat perlahan air mata sendiri, aku menangis. Semakin deras air mata yang mengalir tika Taehyung menarik lembut bahuku, membawaku ke dalam pelukannya. Atas kepalaku dikucup lembut sebelum dagunya direhatkan di situ.

"Kalau aku tahu jadi macam ni, aku tak akan bawa kau ke sini Haneul.. Maafkan aku.." Bisiknya perlahan. Tangannya mengusap lembut belakang kepalaku, memujukku.

"Kuatlah Haneul.. Aku selalu ada untuk kau.." Pujuknya lagi sebelum dirasakan kucupan hangatnya di sisi kepalaku. Dengan tubuhku masih di dalam pelukannya, tubuhku dilayangkan lembut ke kiri dan kanan berkali-kali, cuba menenangkan aku yang sedang menangis semahu-mahunya tanpa suara di bahunya.

.
.
.

"Sayang, lama lagi ke?"

Air mata yang mengalir di pipi aku kesat. Kepala aku dongakkan, cuba menahan diri dari terus menangis. Lantas aku bangun dari terus duduk di atas mangkuk tandas sebelum objek di tangan aku baling ke dalam tong sampah. Pili air di sinki aku buka lalu air aku ratakan ke wajahku beberapa kali.

"Haneul.. Jangan buat aku risau macam ni.."

Terdengar lagi suara Taehyung memanggil namaku lembut.

Pili air aku matikan. Langkah aku atur ke muka pintu tandas sebelum daun pintu itu aku buka perlahan. Terjengul wajah Taehyung di hadapan aku, menunggu aku dengan riak jelas bimbangkan aku.

Kepala aku dongakkan, membalas tatapan matanya yang sarat dengan rasa peduli tentangku itu dengan senyuman halus.

"Sorry lambat, sakit perut." Tuturku memberi alasan dengan senyuman masih terbias di bibir. Namun dia hanya diam, menilik setiap inci riak wajahku tika ini sebelum berakhir lama pada sepasang mataku.

"Dahlah, aku nak tidur dulu. Ngantuk."

Tubuhnya yang tinggi lampai itu aku tolak lembut ke tepi sebelum langkah aku atur melepasinya yang masih kaku di ambang pintu itu.

Langsung tak aku hiraukan dia yang masuk ke dalam tandas sementelah aku mula merangkak naik ke atas katil. Baru saja aku hendak merebahkan tubuh ke atas katil, dirinya sudah melangkah keluar semula dari dalam tandas. Kini aku hanya duduk tegak di atas, memerhatinya yang mengatur langkah perlahan menghampiri aku.

"Stop doing that."

Terkebil-kebil perlahan aku tika dia tiba-tiba saja memberi amaran tegas itu pada aku namun masih cuba berlembut denganku. Riak wajahnya jelas marahkan aku.

"Buat apa?" Soalku perlahan.

"Lepas ni jangan nak check apa-apa. Ikutkan sangat cakap omma kenapa?"

Berderau darah aku sebelum hati diterpa rasa hiba. Pastinya dia nampak sendiri keputusan negatif pada pregnancy test yang baru aku lakukan tadi. Pregnancy test yang omma berikan pada aku tadi. Memang beberapa bulan ini Taehyung melarang aku membeli alat uji kehamilan itu, dengan alasan tak mahu melihat aku kecewa setiap kali aku membuat ujian itu.

"Aku cuma harapkan, akan ada berita gembira untuk kau.." Tuturku perlahan dengan tubir mata yang mula dirasakan kembali sarat dengan air mata.

Dapat aku lihat sepasang matanya menatapku pilu, tidak sanggup melihat air mataku gugur di hadapannya.

Perlahan dia mengambil tempat duduk di hadapan aku sebelum tangan aku ditarik lembut lalu digenggam kemas.

"Aku dah cakap kan, aku tak nak semua tu.. Cukup aku ada kau Haneul.."

"Tipu.." Perlahan aku bersuara dengan air mata dirasakan mula mengalir perlahan membasahi pipi.

"Kau cakap macam tu sebab kau tak nak aku sedih.." Di hujung kata tangisan tak dapat aku tahan, deras air mata yang mengalir memaksa aku memejamkan mata, tak mampu untuk terus menatap sepasang matanya yang tampak sayu melihat aku sekarang.

Tanpa kata aku ditarik ke dalam pelukannya.

"Memang aku tak nak kau sedih tapi aku tak tipu kau, Haneul.. Aku betul-betul tak kisah asalkan aku ada kau, itu dah lebih dari cukup untuk aku.. Meningkat tua dengan kau, habiskan sisa hidup aku dengan kau, jaga kau sampai ke akhir hayat aku, luangkan masa tua aku dengan kau, hanya itu yang aku mahukan dalam hidup aku, Haneul.."

Tuturnya perlahan di telingaku. Tangannya mengusap lembut belakang kepalaku, melayangkan perlahan dan lembut tubuhku ke sisi dan kanan kami dengan bibirnya sesekali menyinggah lembut sisi kepalaku.

"Mereka tak akan pernah faham yang kita dah cukup bahagia walaupun hanya berdua, kan?" Perlahan dia menyoal buatkan dada diruntum rasa sebak.

"Sakitnya hati bila melihat ada yang menunding jari pada kau dan orang itu ibu aku sendiri.. Kenapa bila jadi macam ni hanya kau yang dipersalahkan? Bukankah dia juga seorang wanita, seorang ibu, patutnya dia lebih tahu.."

Air mata mengalir deras membasahi pipi, setitis demi setitis gugur di bahu suamiku. Dia yang memahamiku, dia yang selalu memihak padaku..

"Kalau kau lupa, kalau kau rasa kecewa dan rasa bersalah pada aku, ingatlah.. Kau dah hadiahkan dua cahaya mata untuk aku sebelum ini.. Kau tetap seorang ibu pada anak-anak aku di mata aku,.. Terima kasih sebab bagi aku merasakan sendiri menjadi seorang ayah.."

Lembut dia bersuara, mengingatkan aku, membawa aku kembali pada memori indah kami dulu. Kehadiran yang dirasakan singkat namun cukup membahagiakan.

"Aku tak pernah halang kau untuk menangis tapi tolonglah, jangan menangis sendiri di belakang aku macam tadi.." Perlahan dia meminta buatkan hati dirasakan hiba, disentuh dengan rasa kasihnya yang begitu mendalam buatku.

"Walaupun aku tak suka melihat air mata kau mengalir tapi sekurang-kurangnya biarlah ada aku untuk menyeka air mata kau, biarlah ada aku untuk tenangkan kau.. Biarlah aku bawa separuh bebanan kau pergi dengan aku.."

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now