~5 tahun kemudian~

97 9 0
                                    

Pejam celik, pejam celik sudah lima tahun berlalu dan alhamdulillah Irsa selamat melahirkan tiga bayi lelaki yang bernama.

Luth Irfan
Luth Iqram
Luth Iman.

Ye itulah nama mereka kesemua nama itu di beri oleh arwah nenek mereka Cahaya Amanda.

Puan Cahaya sudah meninggal 1 tahun yang lalu perit bagi Luth untuk menerima tapi dia hanya manusia biasa yang tiada kuasa.

"Daddy! Tengok Irfan"Bunga datang ke arah ayahnya lalu memeluk kaki ayahnya itu.

"Hiks…hiks…Irfan jahat! Rosakkan mainan bunga!"kata Bunga dia menolak adiknya.

"Bunga Ariessa!!"naik seoktaf suara Luth dia berlari kecil ke arah mereka.

"Kenapa buat macam tu! Dia kan kecik lagi! Bunga kan dah sepuluh tahun mana boleh main mainan, lagipun Bunga dah besar dah jadi kakak kena la mengalah dengan adik²!"kata Luth tegas dia mendukung Irfan masuk ke dalam rumah.

"Bunga…"Nu'aiman datang ke arah Bunga lalu mengusap belakang badan adiknya.

"Luth…daddy tak sayang Bunga hiks…"kata Bunga lalu berlari masuk ke dalam bilik.

"Bunga!"Nu'aiman mengejar adiknya dia mengetuk pintu bilik Bunga.

"Ariessa…bukan pintu ni hmm"Nu'aiman masih lagi memujuk adiknya.

Klik

Nu'aiman masuk ke dalam bilik Bunga dia menarik tangan adiknya duduk di atas katil.

"Ariessa…Ariessa tak boleh merajuk macam ni Daddy marah sebab daddy sayang, cuba cakap dengan Luth kenapa Ariessa tolak Irfan?"tanya Nu'aiman lembut dia duduk melutut di hadapan Bunga.

"Sebab Irfan rosak kan mainan Arie…Ariessa tak suka! Ariessa nak tok ma…nak balik rumah atok Hiks…hiks…"Bunga memeluk Nu'aiman dia menangis di atas bahu Nu'aiman.

"Shuuuuu jangan nangis, dengar ni Luth nak cakap"Nu'aiman mengangkat sedikit wajah adiknya dia menyelitkan rambut adiknya di telinga.

"Tok ma dah tak ada…dia dah pergi jauh dari kita dia tengok kita dari atas. Ariessa sanggup ke nak tengok Tok ma sakit je…Ariessa tak kesian ke dekat tok ma yang kena tanggung derita dunia,kita ikhlas kan je kita doa kan dia semoga dia tenang dekat sana, kita tak keseorangan kita ada banyak peneman dekat dunia kita ada daddy, mommy,adik²,Papa Qafeel dan semua lah. Ariessa masih sunyi ke? Apa yang tak cukup? Tuhan hanya ambil satu dari kita bukan semua…betul tak? Dah² Ariessa jangan sedih² pergi mandi jab lagi lepas solat kita menggaji lepastu makan mesti mommy masak sedap!"kata Nu'aiman.

"Mungkin betul cakap Luth tapi Ariessa tetap sedih kehilangan orang yang Ariessa sayang, kalau ada tok ma mesti daddy tak marah² selalu hiks…hiks…sakit tau kehilangan orang yang kita sayang. Daddy banyak berubah Luth...dia dah tak macam dulu itu dari segi pandangan Ariessa la…Ariessa. Nak. Papa. Qafeel.! Boleh tak nanti call Papa Qafeel Ariessa rindu"kata Bunga.

"Boleh sayang…dah pergi mandi"

Bunga mengaguk kepalanya lalu menuju ke bilik air.

Nu'aiman keluar dari bilik adiknya. Dia agak terkejut apa bila melihat Luth dan Irsa berada di tepi pintu.

"Daddy dengan Mommy buat apa kat depan pintu bilik Bunga?"tanya Nu'aiman.

"Tak ada apa-apa saja lalu"kata Luth lalu menarik tangan isterinya ke bilik mereka.

"Ouhhh"

Niat Luth sebenarnya mahu ke bilik anak perempuannya untuk meminta maaf kerana sudah meninggi kau suara dan menolak Bunga sampai terjatuh.

15 HARI CINTA KITA [C]Where stories live. Discover now