BAB 2🦋

100 15 4
                                    

"Woi! jauh termenung"Karl menepuk bahu Luth yang lagi tadi hanya termenung sambil senyum². Nasib baik aku tak angkut kau pergi hospital sakit jiwa.

"Teringat kat crush..."kata Luth.

Karl hanya meng 'O' kan sahaja patutlah asyik senyum sahaja.

"Untung la yang aku ni bila nak bagi hadiah ke mesti dia marah²"kata Karl tiba² dia teringat Atiqah.

"Ok la tu jual mahal kau kena la usaha tunjuk yang kau betul² suka dan sayang dia setulus hati"kata Luth.

"Hm"

"Dah la aku masuk dulu"kata Luth lalu dia menuju ke arah tangga dan masuk ke biliknya.

"Irsa mana aku punya telefon"tanya Atiqah.

"Cuba kau cari kat atas meja ke almari ke"kata Irsa.

"Aku dah cari tapi tak jumpa"kata Atiqah dia sudah cemas kerana dia mahu menelefon Ibunya.

"Jab aku tolong cari"kata Irsa.

Dan mereka pun memulakan sesi mencari telefon milik Atiqah.

"Nah aku jumpa kat dapur"kata Irsa lalu menghulurkan telefon Atiqah.

"Alhamdulillah...terima kasih Irsa"kata Atiqah lalu menelefon ibunya.

"Sama²"Irsa pun berlalu ke biliknya.

"Assalamualaikum ibu, ibu sihat?"tanya Atiqah rindu di hati membuak-buak tapi nak buat macam mana lagi keadaan tidak mengizinkan dia untuk pulang ke kampung terpaksa la dia tangguh dahulu.

"Waalaikumussalam...ibu sihat je kamu tu macam mana kat sana ok tak?ada apa-apa terjadi tak kat kamu?sakit ke apa² ke Hm?"tanya Puan Mariam sejujurnya dia pun rindukan anaknya tapi tak apa rindu ini di tahan dahulu dia faham keadaan anaknya.

"Alhamdulillah semuanya ok² je,Ibu ok je kan kat sana Atiqah minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat balik kat sana nanti lepas exam habis Atiqah janji! Yang Atiqah akan balik sana ok"kata Atiqah.

"Ikut suka kamu la sayang...kalau ada masa balik kalau tak ada tak apa ibu setia menunggu kepulangan kamu yang ibu nak kamu sihat² sahaja"kata Puan Mariam.

"Hmmm In Sya Allah hari Sabtu ni Atiqah akan balik Amsterdam jungak walau apa pun jadi Ibu tunggu tau"kata Atiqah.

Ye dia sudah bertekad untuk pulang ke rumah keluarganya walau apa pun jadi dia akan berusaha juga untuk balik ke Amsterdam pada hari Sabtu nanti. Demi mengubati rindu dihati dia akan balik juga.

"Ya Allah...sayang Ibu tak suruh kamu balik pun macam ibu cakap tadi balik bila dah free minggu ni kan kamu kena ulang kaji nanti seminggu lagi kamu dah exam"kata Puan Mariam. Bukannya dia tidak mahu anaknya balik cuma dia mahu anaknya berjaya itu sahaja.

"Tak ibu... Atiqah akan balik jungak ibu tunggu ye"kata Atiqah lalu meminta izin untuk meletakkan panggilan setelah lama mereka berbual.

"Kenapa muka masam je?"tanya Atiqah.

"Aku cuma rindu Ummi dan Abi dah lama aku tak ziarah kubur diorang kat kampung rasa rindu la pulak"kata Irsa sambil mengelap air matanya.

Ummi dan Abi Irsa telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu sewaktu umurnya 12 tahun dia anak tunggal tiada adik beradik membuat kan hidupnya sunyi.

"Jangan la sedih...aku kan ada nanti kau balik la rumah kau kat kampung hari Sabtu sebab aku nak balik Amsterdam takut kau sorang pulak sekurang-kurangnya dekat kampung tu ada nenek kau"kata Atiqah.

"Kau nak balik Amsterdam? Serius la"

"Ye aku akan balik sana hari sabtu ni aku dah beli tiket dah"kata Atiqah.

"Oooo bagus la tu kau pun dah 3 bulan tak balik mesti la rindu kan?"kata Irsa.

"Tapi rindu aku tak setanding dengan rindu kau kat Ummi dan Abi...aku pasti mesti mereka dah tenang dekat sana. Kau belajar rajin-rajin bangga kan diorang ingat kau datang dengan harapan dan bila kau pulang bawa la kejayaan aku pasti mesti diorang bangga dengan kau"kata Atiqah.

"Kau pun sama bangga kan family kau jadi contoh kakak yang baik faham?"

"Iya kawan ku sayang"kata Atiqah lalu tergelak kecil.

"Dah la jom makan"Irsa menarik tangan Atiqah ke dapur untuk menjamu selera.

"Assalamualaikum bidadari"Luth memberi salam kepada Irsa.

Irsa menoleh ke belakang "waalaikumussalam awak nak apa?ada apa² saya boleh bantu ke?"tanya Irsa.

"Hmm tak ada apa saja nak ajak awak lunch nak ikut tak?"tanya Luth.

"Ermmm maaf saya tak boleh nak ikut sebab saya nak keluar makan dengan Atiqah lagi pun tak eloklah makan berdua-duaan"kata Irsa.

"Oh yeke kalau macam tu tak apa lah maaf sebab dah ganggu awak. Nah...ambik la special untuk awak sorang je"kata Luth lalu menghulurkan satu kotak kecil je arah Irsa.

"Tak payah la awak dah banyak bagi saya hadiah"Irsa menolak pemberian Luth lembut. Segan juga apa bila hanya Luth sahaja yang memberinya barang tapi dia tidak.

"Tak apa ambik je tapi awak kena janji balik nanti baru bukak boleh?"tanya Luth dia tidak mahu gadis ini membuka sekarang kerana dia tahu mesti Irsa akan pulangkan semula apa bila melihat isinya.

"Ok... terima kasih sangat-sangat awak dah banyak sangat bagi hadiah terima kasih lagi sekali"kata Irsa lalu meminta izin untuk pergi dahulu.

"Sama² kasih...aku akan dapatkan kau dan aku janji akan jaga kau sampai hembusan nafas terakhir aku"kata Luth lalu beredar dari situ.

Jantung Irsa tidak berhenti berdegup kencang dari tadi dia juga tidak tahu kenapa tapi tiba² sahaja jantungnya berdegup sewaktu bertemu dengan Luth.

"Astaghfirullahalazim...kenapa tiba² jantung aku berdegup ni. Ini bermaksud yang aku memang dah jatuh cinta dekat dia?"kata Irsa.

Tampa membuang masa Irsa terus kan lagi perjalanan nya.

15 HARI CINTA KITA [C]Where stories live. Discover now