07

121 25 6
                                    


Chaeyi bermain jarinya sejak tadi, berasa gemuruh dan malu terus menerus. Setiap kelakuan besar ataupun kecil Yang Jungwon itu membuatkan dia tidak senang duduk. Pipinya merah padam tanpa henti, bak direbus di dalam kuali.

Namanya disebut saja jantungnya sudah berdegup kencang dan bila-bila saja jantungnya bisa terkeluar. Senyuman kecil Jungwon juga terlihat begitu manis di matanya. Bahkan suara lelaki itu sudah cukup membuatkan dia gila.

Lelaki fiksyen yg dicintainya seperti orang tak waras selama ini akhirnya menjadi nyata dan dapat disentuh. Dirinya terlalu lemah untuk semua ini.

"Awak. Kita nak buat apa sekarang ni?" Soal Jungwon tanpa pengetahuan apa-apa.

"Ambil gambar perkahwinan kita" Jawab Chaeyi yg sedang menyibukkan dirinya dengan mengurus kamera.

Tak lama kemudian dia berlari anak ke arah Jungwon. "Aku dah letak pemasa tu. Tengok kamera nanti dia ambil gambar" Beritahunya.

Sesungguhnya situasi ini amat pelik dan janggal kepada watak fiksyen yg tiba-tiba menjadi manusia biasa. Jungwon masih tetap berdiri seperti tiang tidak berbayar sedangkan Chaeyi perlahan-lahan memeluk tangan kirinya.

Degupan jantung Yang Jungwon tiba-tiba menjadi pantas kerana tindakan si sang isteri. Dan dia menyukainya. Tersenyum kecil jejaka itu melihat isterinya di samping.

Ceklek! Gambar pertama sudah pun terhasil.

"Jum buat gaya macam ni pula" Pinta Chaeyi, dua jarinya sudah membuat bentuk hati. Meminta Jungwon untuk menyambungnya.

Anak mata Jungwon yg bulat itu menunjukkan jawapan yg jelas walaupun tanpa bersuara. Dia tidak faham dan tidak tahu apa yg dimaksudkan oleh Lee Chaeyi. Dia hanya diam menatap isterinya itu.

"Ish cepat lah buat"

Jungwon mengeluarkan semua jarinya kerana keliru. "Macam mana? Macam ni?" 4 jarinya diturunkan manakala jari tengahnya dibiarkan berdiri.

Terkejut Chaeyi dibuatnya. Laju dia bertindak memukul tangan lelaki.

"Eh, Kenapa?" Soal Jungwon hairan.

"Jangan buat macam tu. Tak bagus" Jelas Chaeyi singkat. Masih dalam keadaan terkejut.

Jungwon membuat muka tidak bersalah lalu memiringkan kepalanya serta tersenyum manis. "Boleh saya tahu kenapa?"

"Tak boleh. Maksud dia tak bagus. Haih, dah lah bukannya kau faham pun kau kan watak fiksyen"

Kali ini Jungwon menyandar pada dinding dan menayangkan senyuman nakalnya. Kepala ditundukkan sebentar lalu melepaskan tawa kecilnya. Dia mengangkat muka mempertemukan anak matanya kepada anak mata Lee Chaeyi semula. Dia menyilangkan kedua-dua tangannya di dada.

"Apa maksud awak saya tak faham, hm?"

Terkelu lidah Chaeyi mendengar ayat yg keluar daripada mulut suaminya sebentar tadi. Terasa darah naik ke pipi secara perlahan-lahan. Dapat dia rasakan pipinya membahang.

"Jum kita buat 'tu'" Sambung Jungwon lagi.

Jujur Chaeyi malu dan rasa seperti mahu melarikan diri sekarang. Entah bagaimana dia boleh terlupa yg dia sendiri mencipta watak fiksyen bernama 'Yang Jungwon' ini dan dia tidak pernah menulis watak ini untuk menjadi seseorang yg suci dan innocent.

Gila gila gila.

Gila gila gila

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
❝So I Got Married To A Fictional Character❞ + JungwonKde žijí příběhy. Začni objevovat