"Budak tu tak salah, Heriz. Kenapa dia yang jadi mangsa? Kenapa dia yang kau nak buang? Kenapa tak dendam bodoh kau tu yang kau patut padamkan?"

Seketika dia mendengus kasar. Tangan menggenggam kuat gelas itu. Hatinya mula berbolak-balik.

"Tu anak kau sendiri tau, darah daging kau sendiri!"

Kata-kata Fakhrul masih menghantui fikirannya kini.

Dia melepaskan keluhan kasar sebelum melangkah ke singki. Baru sahaja dia hendak membuang air tersebut, telefon pintarnya berdering minta diangkat.

Terus diletak di tepi gelas itu. Tangan menyeluk poket seluar untuk memgambil telefon.

"Helo?"

"Iya saya Heriz, tuan."

"Baik, saya datang sekarang." Terus dimatikan talian dan bergerak ke pintu rumah.

"Eh, Heriz! Nak ke mana?" Tanya Raysa apabila dia terlihat lelaki itu tergesa-gesa.

"Aku nak keluar jap. Ada hal. Kau duduk rumah hati-hati."

Raysa hanya mengangguk perlahan. Heriz terus keluar dari rumah dengan pintu yang dihempas sedikit kuat.

Raysa menggeleng kepala melihat kelakuan Heriz yang gelabah semacam. Tiba-tiba tekaknya terasa haus pula. Tadi dia meminta lelaki itu tolong mengambil airnya, mungkin Heriz lupa.

Terus kaki melangkah perlahan ke dapur. Baru sahaja dia hendak membuka peti ais, matanya tertancap ke arah gelas yang berisi air oren di atas meja. Terus dia tersenyum lebar.

"Mungkin itu air yang Heriz tuang untuk aku tapi tak sempat nak bagi." Diambil gelas itu sebelum diteguknya perlahan. Habis licin air itu.

"Alhamdulillah, lega!" Langkah terus dibawa ke singki. Gelas dicuci sehingga bersih.

"Eh, kejap! Aku belum solat lagi." Terus kaki laju melangkah ke bilik untuk menunaikan solat.

Wudhuk diambil penuh berhati-hati. Solat didirikan dengan begitu khusyuk sekali. Selesai sahaja solat, dia menadah tangan untuk membaca doa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-dosaku, dosa-dosa suamiku dan dosa-dosa seluruh umat Islam. Kau berkatilah perkahwinanku dan suamiku. Kau lembutkan lah hati dia untuk menerimaku dan anak kami ini, Ya Allah. Kau kuatkanlah hatiku untuk menempuh segala dugaan yang Kau berikan."

"Terima kasih Ya Allah atas anugerahMu ini. Terima kasih telah memberi ku peluang untuk menjadi seorang ibu, untuk membawa salah seorang hambaMu di dalam perut ku. Terima kasih sangat-sangat."

"Kau permudahkan lah urusan aku sepanjang aku mengandung dan melahirkan kelak. Kau berilah kesihatan yang baik padaku dan kandunganku, Ya Allah. Sesungguhnya aku sangat sayang pada anak yang bakal lahir ini."

"Hanya padaMu ku memohon dan hanya padaMu ku berserah. Amin ya rabbal alamin." Seketika senyumnya melebar di bibir.

Baru sahaja dia hendak bangun dari duduk, tiba-tiba perutnya terasa sakit. Terduduk semula dia. Raysa memegang perutnya.

"Ya Allah, sakitnya..." rintihnya perlahan.

"Baby, kenapa ni?" Soalnya perlahan. Tangan masih mengusap perutnya yang semakin mencengkam sakitnya.

Tiba-tiba kain telekungnya basah dengan darah merah pekat. Terus dibuka kainnya, darah merah itu mengalir banyak melalui peha dan betis Raysa.

"Ya Allah, kau selamatkan lah kandunganku..." rintihnya. Dia hendak mengambil telefon pintar di meja sisi katil namun dia tidak mampu bergerak kini. Perutnya terlampau sakit. Darah semakin banyak mengalir membasahi sejadah.

"Ya Allah..." rintihnya. Dia terbaring mengiring di atas sejadah.

"Heriz..." walaupun dia tahu lelaki itu tak ada, dia tetap memanggil nama itu. Walaupun lelaki itu sentiasa menyakitinya, nama itu yang meniti di bibirnya apabila dia berada di dalam kesukaran. Dia tetap memerlukan lelaki itu walaupun dilayan seperti sampah. Dia tetap ingin lelaki itu berada di sampingnya walaupun lelaki itu sentiasa menjauh darinya.

"Tolong saya, Heriz... anak kita..." dia tidak mampu berbuat apa-apa sekarang. Darah semakin banyak mengalir seiring dengan air mata.

"He... rizzz..." terus matanya tertutup sendiri. Pandangannya menjadi gelap dan kelam.

'Honest feelings and bad timing make the most painful combination

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Honest feelings and bad timing make the most painful combination.'

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now