"Jangan cabar aku, Raysa." Heriz memberi amaran.

"Ya, saya sedang cabar awak, Heriz Zayyan. Sentuh saya."

"Kau akan menyesal." Terus tubuhnya laju menghampiri Raysa lantas bibir gadis itu dipagut kasar. Terundur ke belakang gadis itu sehingga ke dinding. Dengan kudrat yang ada, Raysa diangkat gaya bridal style. Bibirnya masih menindih bibir gadis itu. Sampai sahaja di katil, tubuh itu dihempas perlahan.

Maka, bermulalah lembaran baru dalam hidup Raysa Amanda. Bukan sahaja malam dan bintang menjadi saksi penyatuan mereka, namun air mata juga menjadi peneman yang setia untuk seorang Raysa Amanda.

•••

Cahaya yang menembusi koridor bilik hotel itu menyilaukan pandangan Raysa membuatkan wanita itu terbangun dari tidur. Mata dibuka perlahan-lahan. Tubuh yang tanpa seutas benang ditutupi dengan selimut tebal. Seketika matanya menghala ke sebelah. Kosong.

Baru sahaja dia ingin bangun dari pembaringannya, bahagiaan kewanitaannya terasa sakit. Terus pandangannya jatuh pada cadar-cadar yang penuh dengan tompokan-tompokan darah. Raysa mengeluh perlahan. Tiba-tiba pintu bilik dibuka perlahan oleh seseorang.

Terlihat lelaki itu masuk dengan pakaian santainya, mungkin baru lepas joging di sekitar kawasan hotel. Mata lelaki itu terus memandang Raysa yang juga sedang memandangnya.

"Dah bangun?"

Raysa hanya menggumam perlahan.

"Aku ada beli makanan untuk kau ni. Sekarang dah pukul 12 tengah hari, aku tahu kau tak nak turun makan."

"Okay." Perlahan-lahan Raysa bangkit dari katil dengan selimut yang melilit tubuhnya.

"Oh, before that..." tangannya menyeluk poket seluar mengeluarkan dompet.

Raysa mengerut kening melihat kelakuan lelaki itu.

Heriz perlahan-lahan menghampiri Raysa. 5 keping duit kertas bernilai RM 100 dihulur kepada wanita itu.

Raysa memandang Heriz meminta penjelasan.

"Ini upah untuk kau sebab dah layan aku semalam. To be honest, aku puas, Raysa. Layanan kau memang tiptop." Senyum sinis ditayang kepada wanita itu sebelum sebelah matanya dikenyit.

Dang!

Untuk keseribu kali, hati Raysa rasa sakit sesakit-sakitnya. Lebih sakit dari sebelum ini. Lebih hancur dari sebelum ini. Dadanya mula berombak ganas menahan amarah. Air mata sudah bertakung penuh di tubir mata.

"Saya bukan pelacur, Heriz!" Duit yang dihulur Heriz diambil dan dicampak kasar ke muka lelaki itu. Heriz hanya menayang wajah sinis.

"Ish, Raysa... pelacur tu macam teruk sangat lah."

"Perempuan simpanan suits you more, honey."

Pipi Heriz ditampar kuat. Terteleng wajah lelaki itu. Terkedu dia seketika.

"Saya layan awak semalam atas sebab tanggungjawab, Heriz. Saya isteri awak, bukan pelacur mahupun perempuan simpanan! Awak jaga sikit mulut awak ya!" Perit sungguh hatinya tika ini. Jujur dia melayan lelaki itu semalam atas sebab tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tetapi lelaki itu menganggap dia adalah pelacur, siapa sahaja tidak sakit?

Heriz ketawa sinis. Matanya memandang Raysa penuh amarah. Rambut wanita itu ditarik kasar membuatkan kepala Raysa terdongak. Sebelah tangan Raysa memegang rambutnya, sebelah lagi memegang selimut yang menyelimuti tubuhnya.

"Berani kau tampar aku, Raysa? Sentuh aku pun kau perlukan kebenaran, inikan pula tampar? Kau nak mati ke?!" Heriz menengking di wajah Raysa. Wanita itu jangan cakaplah, sudah menangis teruk.

"Kau memang cari pasal, Raysa! Kau memang menempah maut!" Pipi kanan wanita itu ditampar kuat sehingga terjatuh Raysa ke lantai. Tangannya masih utuh menyelimut tubuhnya.

"Kau tak payah nak tutup badan kau lah! Aku dah nampak semua! Tak payah nak acah-acah suci! Kau tu dah kotor!" Ditarik kasar selimut itu sehingga tubuh Raysa kini tiada sebarang benang pun.

"Heriz, bagi balik! Saya merayu!" Menangis wanita itu dikaki Heriz. Tangannya tergapai-gapai ingin mencapai selimut di belakang lelaki itu yang telah dicampak oleh Heriz.

"Pandai pula kau merayu!"

"Saya minta maaf, Heriz. Saya janji saya takkan buat macam tu lagi." Merayunya lagi.

Heriz tersenyum sinis.

"Aku boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat."

Raysa hanya menunggu bicara seterusnya dari Heriz.

"Aku nak kau layan aku sekarang."

Raysa meneguk kasar liurnya. Hati mula berdebar-debar. Bagaimana dia ingin melayan lelaki itu sekarang jika bahagian kewanitaannya sudah sakit yang amat. Malam semalam sudah berapa kali tubuhnya dikerjakan lelaki itu tetapi sekarang lelaki itu meminta dia melayannya lagi.

"Boleh ke tak?!" Tengking Heriz.

Laju Raysa mengangguk. "Boleh..."

"Good. That's my girl." Terus tubuh Raysa diangkat dan dihempas kasar di atas katil.

Jika semalam dia menyentuh wanita itu dengan penuh kelembutan tetapi kali ini, dia menyentuh Raysa seperti wanita itu seorang binatang, sangat kasar layanannya. Raysa hanya mampu menjerit dan mengalirkan air mata sahaja.

'I'm trying

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'I'm trying. I'm trying really hard but I can't pretend it doesn't hurt when it really does.'

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now