Bab 10

184 25 0
                                    

"Aku tak faham dengan si Dez tu, apa masalah dia sebenarnya? Kenapa nak culik aku sedangkan aku tak buat salah apa-apa? Lagi satu, kau boleh aje balik dengan aku kan? Kenapa dia mengada-ada nak hantar kau balik?" bebel Raisha.

Cristy garu kepala tak gatal. Dari tadi Raisha mundar-mandir depan matanya. Kepala yang pening, makin teruk terasa. Semuanya gara-gara memikirkan cara untuk avoid diri dari Dez.

"Kau ni asyik bebel aje, aku penatlah...." adu Cristy sambil baring tubuh di atas sofa panjang.

"Kau okay tak?" Raisha labuh duduk di atas sofa single. Serba salah pulak lepas bebel panjang, dah tahu Cristy tak okay tapi tetap buat hal.

"Aku cakap tak okay pun kau bebel jugak...." malas Cristy melontarkan kata.

Raisha sengih tak bersalah. Kepala yang tak gatal digaru sebelum tangannya bekerja mengurut kepala Cristy.

"Aku minta maaf eh? Aku geram dengan si Dez tu aje."

"Kau ingat aku tak geram ke?" Alis diangkat.

"Aku dah fikir banyak kali cara untuk avoid dari dia. Tapi itulah...." Keluhan berat dilepaskan.

"Dez tetap ada di mana-mana. Penatlah macam ni...." Tangan dilekap ke dahi.

"Sabar Cris, kita sama-sama fikirkan cara tau. Jangan menyerah, okay?" Semangat Raisha melontarkan kata.

"Entahlah-"

Ting! Tong!

Hilang kata sambungan dari Cristy. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Raisha boleh agak siapa yang datang ke mari. Siapa lagi kalau bukan Dez?

"Jap, aku pergi bukak." Cristy menghalang.

"Takpe, biar aku aje yang bukakkan."

"Tapi-"

"Dez nak aku, Ica. Bukan kau."

Raisha angguk memikirkan ada betulnya jugak apa yang Cristy katakan. Cristy menghayun langkah menuju ke pintu utama. Buka saja pintu, terjengul raut wajah Dez. Jaket leather berwarna coklat bersama baju T-shirt berwarna putih disarung pada tubuh sasa itu sungguh memukau dirinya. Pening kepala tiba-tiba hilang lepas tengok Dez.

"Eat diner together?" Entah itu arahan atau pertanyaan Cristy tidak dapat meneka dengan nada suara lelaki itu.

"Tapi awak baru hantar saya balik kan? Takkan nak keluar pulak?" tempelak Cristy geram.

Jam dipergelangan tangan di check. Sudah menginjak angka lapan malam.

"Is 9.00 pm good for you?"

"Huh?"

"I'ii take that as a yes." Terbuntang mata Cristy.

"Tak, saya tak cakap apa-apa pun."

Gigi diketap kuat, Dez sama sekali tak hiraukan dia. Malah terus berjalan menuju ke kereta miliknya.

"Awak! Awak!" Pintu ditahan dari dibuka. Kelelahan, nafas ditarik panjang. Penat kaki pendeknya kejar kaki panjang Dez.

"Is there anything i can do to help?" soal Dez senada.

"Saya tak sedap badan, boleh tak kalau kita keluar lain kali?"

Muka Dez berkerut. Beberapa tapak diambil merapat, automatik Cristy mengundur. Tangannya ditarik, bulat mata Cristy kerana terpeluk Dez.

"Can't have a fever if you never check temperature."

Raut wajah Dez berubah setelah tangannya melekap pada dahi Cristy.

"You just got a high fever." beritahu Dez berbaur kerisauan.

The Dez (COMPLETE) ✅Où les histoires vivent. Découvrez maintenant