20; ❤

5 1 0
                                    

Scftjm_

1 month ago.

Hyunjin yang masih tidak berpuas hati dengan bekas kekasihnya itu. Dia berniat untuk mencederakan teman lelaki bekas kekasihnya iaitu Leeknow dengan menggupah penjahat untuk melanggar Leeknow sehingga koma.

Leeknow yang baru sahaja pulang dari kerja, segera ke kedai bunga berhampiran untuk membeli hadiah kepada teman wanitanya itu. Seusai dia membeli bunga, dia segera bergegas keluar lalu melintas jalan sambil berlari anak kerana gembira.

Bump!!

Sebuah kereta mewah melanggarnya dengan deras. Tubuh Leeknow melambung jauh dari tempat kejadian, matanya berkedipan. Kabur pandangannya, lama-kelamaan penglihatannya menjadi gelap gelita.

Semua orang disitu terpaku dengan kejadian tersebut yang secara mengejut.

"Leeknow?? Lee Minho??!!! Bangun, jangan tutup mata awak!!! Jangan tinggalkan saya!!!" Suara yang terakhir dia dengari sebelum dia tidak sedarkan diri.

Ya, Minha juga berada di tempat kejadian. Minha ingin membuatkan kejutan untuk Leeknow, tetapi tidak disangka ini yang bakal dia terima. Minha dengan segera meminta tolong orang terdekat untuk mengangkat tubuh sasa Leeknow ke keretanya yang berhampiran. Kereta yang dibawa Minha dipandu laju, dia perlu selamatkan nyawa Leeknow.

"Tolong bertahan sayang! Tak lama lagi kita akan tiba di hospital dan mereka akan selamatkan awak sayang!" Ujarnya sendirian.

Setiba di wad kecemasan, Minha memanggil doktor bertugas yang berhampiran untuk meminta tolong. Seusai mereka menolak tubuh sasa Leeknow ke dalam wad kecemasan untuk rawatan lanjut, Minha tidak dibenarkan masuk.

"Tolong selamatkan dia, doktor. Saya merayu doktor!" Pintanya sebak.

Dari jauh, Hyunjin melihat setiap pergerakan Minha. Sejujurnya dia yang melanggar Leeknow kerana kebetulan dia terserempak dengan Leeknow jadi terlintas di fikirannya untuk melanggar Leeknow. Dia mula merasa bersalah akan perbuatannya tadi sehinggakan mencederakan orang yang tidak bersalah sama sekali.

"Kau buat apa dekat sini?" Terkejut Hyunjin dengan pertanyaan tersebut.

"Macam mana kau tahu Leeknow masuk hospital?" Soal Yeonjun lagi.

"Aku follow Minha tadi. Kau tu pula macam mana tahu aku dekat sini?" Ujarnya ringkas. Matanya masih tertacap tepat wajah Minha.

"Aku pun follow kau. Kau tak kesiankan diorang ke? Aku bukan nak masuk campur tapi ini demi keselamatan kau dan orang lain. Banyak kali dah aku pesan dekat kau, aku membebel dekat kau pun bukannya suka-suka tau. Tapi sebab aku tak nak kau tersilap langkah, Hyun." Nasihat Yeonjun.

Yeonjun tahu ini adalah punca Hyunjin. Dia yang melanggar Leeknow.

"Kalau kau rasa aku kawan baik kau, kau pergi lah minta maaf dekat diorang. Kau betulkan balik keadaan walau apa cara sekali pun. Aku percaya Leeknow pasti faham kenapa kau bertindak melulu macam tadi. Aku cau dulu, aku sayang kau bro." Sambung Yeonjun lalu beredar.

"Kalau diorang ambil tindakan ke atas aku?" Hyunjin mula bersuara.

"Aku yakin Leeknow akan cuba pertimbangkan perbuatan kau terhadap dia." Balas Yeonjun, terhenti langkahnya.

"Minha? Minha macam mana? Dia akan cuba pertimbangkan?" Soalnya lagi.

"Itu aku tak pasti, tapi sekurangnya kau sedar." Ujarnya.

Agak lama Hyunjin termenung memikirkan hal tersebut. Akhirnya dia mengambil langkah berani untuk berterus terang dengan Minha.

"Ehh- kau buat apa dekat sini? Kau sakit ke?" Soal Minha pelik.

"Ani–" Geleng keras Hyunjin.

"Actually– aku ada benda nak tell you." Ujarnya gugup.

"Bwo?"

"By the way, Leeknow macam mana?" Soalnya.

"Wait, macam mana kau tahu aku datang dengan Leeknow?" Soalnya pelik. Minha mengesat air mata di pipinya kasar.

"Aku follow kau." Ujar Hyunjin ringkas.

"Aku nak bagitahu kau yang actually aku adalah pelaku yang langgar Leeknow, tapi.. tapi aku tak sengaja. Aku rushing tadi then aku kejar traffic light hijau, so aku terlanggar Leeknow." Jelasnya.

"BWO?? KAU YANG LANGGAR LEEKNOW? THEN WHY KAU TAK DATANG TOLONG??" Soal Minha amarah.

"Sebab waktu aku berhenti kereta, aku ternampak kau. Jadi aku tak berani nak datang bersua muka dengan kau..."

"NOW? TAK MALU?" Sampuk Minha.

Clerk!!

Pintu kecemasan terbuka. Seorang doktor keluar menghampiri mereka.

"Waris Lee Minho?" Soal doktor tersebut.

"Saya! Macam mana dengan dia doktor? Dia tak apa-apa kan doktor? Dia dah sedar ke doktor?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada doktor tersebut.

To be continued...♡

𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now