01;❤

20 7 2
                                    

Scftjm- 🐣


Di bawah awan yang redup, Minha mengulangkaji pelajaran bersama kawan sekelasnya. Changbin pelajar tahun 3 yang baru sahaja pindah ke Gwangju.

Changbin merupakan pelajar yang tinggi statusnya kerana  ayahnya adalah usahawan yang berjaya manakala ibunya  suri rumah sepanjang masa. Hari pertama Changbin di sekolah Suwan High School tiada seorang berani menegurnya kerana sikapnya yang agak berlagak. Sikap luarannya yang dingin membuatkan semua pelajar di situ takut hendak mendekatinya tetapi tidak untuk Minha.

Minha merupakan pejalar cemerlang di sekolah tersebut, tetapi dia bukanlah dari keluarga yang berada seperti kawannya yang lain. Minha juga merupakan seorang yang  periang, dia bersyukur dengan kehidupannya  yang sederhana. Kerana 'duit tidak menjaminkan kebahagiaan untuk anak zaman sekarang'.

Ibu Minha adalah suri rumah sepanjang masa, dan telah jatuh sakit sejak dua tahun lalu. Manakala, ayahnya mempunyai sebuah kedai runcit yang kecil. Abangnya pula telah keluar negeri melanjutkan pelajaran.

"Kau buat apa?" Sergah Changbin.

Membuatkan Minha sedikit terkejut,

"Woii, aku tengah study lah. Yang kau ni datang dari mana?" Ujar Minha. Mengangkat pembaris besi bersedia untuk memukul Changbin.

"Fuhh- selamat tak kena. HAHAHA- tekun sangat kau study." Perli Yongbok serentak menghirup air yang dipegang dari tadi.

"Haa- tak kena kau, tapi kena Changbin. Biar padan muka dia, siapa suruh datang sergah aku macam ni." Bebel Minha.

"Korang tak nak join ke? Exam dah nak dekat." Sampuk Yuna.

"Aku nak join!" Jerit Lee Know dari arah belakang.

Serentak mereka menoleh, hampir tersembur air di mulut Changbin dan Yongbok apabila melihat Lee Know berlari anak kearah mereka sambil menggendong anak anjing. Comel.

"Aku nak balik!" Jerit Minha cuba mengusik Lee Know sambil tergelak kecil.

"Yahh- janganlah. Penat tahu tak aku berlari dari kelas ke sini semata nak join korang study." Mulut dimuncungkan menandakan dia sedang merajuk.

Lee Know merupakan anak bongsu di dalam keluargannya.  Perangainya dari rumah tidak pernah tinggal. Yuna dan Lee Know berjiran, tetapi tidak serapat Minha dan Lee Know. Yuna juga merupakan salah satu daripada pelajar cemerlang tetapi tidak terkenal seperti Minha yang mulut seperti burung murai kerana Yuna seorang yang pendiam di kalangan mereka.

"Kau kutip anak anjing ni dari mana pula?" Soal Yongbok. Cuba mengambil anak anjing di tangan Lee Know tetapi tidak berjaya.

"Tepi longkang, kaki dia tersepit. Jadi aku ambil lah, nak bawa balik." Ujar Lee Know gagap. Tak cukup nafas kerana berlari.

"Aku balik dulu lah. Hari ni aku tak join sebab ayah aku kata nak pulang." Sampuk Changbin.

"Ye lah." Ujar mereka serentak.

"Esok jangan lupa bawakan souvenir dekat kami!" Jerit Lee Know.

Seperti biasa, setiap kali ayahnya pulang dari luar negeri. Ayahnya akan belikan souvenir untuk mereka.

"Haa- dah habis borak? Jom mula study." Ajak Yuna, yang dari tadi diam.

"Anak anjing ni nak letak mana?" Soal Lee Know polos.

"Bak sini, haihh. Kau ni kalau jadi adik aku hari-hari aku tarik telinga, biar tercabut telinga kau. Itu pun nak tanya alahai Lee Know oii." Bebel Minha.

"Mula dah nak bergaduh." Ujar Yuna, sambil tergelak kecil apabila melihat anak anjing bertukar tangan serentak kepala Lee Know di ketuk perlahan oleh Minha.

"Sebab itu kau tak ada adik. Kalau ada, aku rasa habis lunyai adik kau, kau kerjakan HAHAHA-" Ujar Yongbok.

"Better kau diam sebelum kau yang aku kerjakan sampai lunyai." Ujar Minha.

Meletus ketawa mereka memenuhi pondok tersebut.

Ada sahaja benda nak di gaduh. Itu belum bertemu dengan Changbin, kalau tidak sampai ke esok belum tentu habis satu topik.

Minha membelek telefon bimbit miliknya, seperti ada seseorang menghantar pesanan kepadanya.

To be continued..

𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now