07;❤

9 4 0
                                    


Scftjm- 🐣

Satu tahun kemudian,

Semua students senior meraikan saat terakhir mereka di kampus tersebut, dimeriahkan lagi dengan students junior-junior.

Hari ini juga merupakan tahun terakhir untuk Yuna dan Minha, kerana mereka terpilih dan mereka akan sambung pelajaran di luar negara. Changbin dan Yongbok juga mendapat tawaran ke luar negara tetapi bukan berhampiran dengan negara dimana Minha, Yuna dan Lee Know akan belajar.

Pada asalnya, Lee Know tidak terpilih kerana keputusan ujiannya tidak begitu memuaskan. Namun, kerana tuahnya. Ada seorang pelajar yang terpilih ke sana menolak dan kebetulan Lee Know membuat permohonan untuk lanjutkan pelajarannya ke tempat sama seperti Minha dan Yuna.

"Congrats babe, bangga aku jadi kawan korang." Ucap Yongbok bangga dengan kawan-kawannya yang lain.

"Nanti kalau free datanglah tempat kami, kita boleh lepak. Goodluck untuk korang juga." Ujar Minha.

"Ye lah, korang juga. Nanti rindu lah." Ujar Yongbok dengan nada sayu.

"Alah, berapa bulan sahaja. Pergi practical sahaja kan. Nanti masing-masing dah ada kerja kita meet balik." Ujar Minha.

"Malam nanti kita celebrate sekali lagi nak tak? Kalau nak aku boleh bagitahu dekat cousin aku untuk tempah tempat duduk." Cadang Yongbok.

"Nak!" Serentak mereka, lalu tertawa.

"Cun." Sahut Yongbok.

Tanpa disedari Hyunjin sudah pun berada di situ seminit lalu, namun mereka berlima berpura-pura tidak nampak.

"Congrats." Ucap Hyunjin cuba untuk memulakan perbualannya.

"Thanks." Serentak mereka.

"Saya dengar awak dapat sambung belajar dekat Europe dengan Yuna, tahniah." Ujar Hyunjin.

Minha sekadar mengangguk kecil.

"Yuna tengok-tengokkan Minha untuk aku, boleh?" Pinta Hyunjin.

"Tak perlu." Ujar Yuna menyampah.

"Aku bertanggungjawab untuk jaga diorang berdua apabila berada di sana nanti. Jadi kau tak perlu risau, pandai lah aku jaga diorang." Sambung Lee Know.

Berkerut dahi Hyunjin, Lee Know juga ke sana? Kenapa tiada sesiapa yang cakap pasal benda ini kepadanya?

"Wait, kau ke sana kenapa?" Soal Hyunjin, tidak berpuas hati dengan Lee know.

"Belajar, dia pun dapat study dekat sana." Ujar Minha.

"Tambahan, kami satu kampus." Sambung Yuna.

"Bukannya kau—?" Hyunjin masih keliru.

"Tak, sekarang ni kenapa kau sibuk hal kitorang ni? Mana kau punya girlfriend yang kau kejarkan sangat dulu? Dah break up ke, huh?" Sampuk Changbin, menyampah.

Banyak pula soalan yang diajukan, walhal dia bukannya sesiapa lagi kepada Minha mahupun teman kepada mereka bertiga iaitu Changbin, Lee know dan Yongbok.

Hyunjin mengangguk kecil, mengakui yang dia sudah pun putuskan hubungannya dengan Lizy.

Bbuk!

Satu tumbukan keras menghala tepat di pipi milik Hyunjin.
Amarah Yongbok apabila mendengarkan pengakuan daripada mulut Hyunjin. Baginya, Hyunjin seakan memainkan hati perempuan lebih tepat adalah buaya darat yang mahukan apa yang dihajati sahaja selepas mendapatkannya ia akan ditinggalkan begitu sahaja. Seperti baju pakai buang sahaja bagi Hyunjin.

"Ini last warning daripada aku, lepas je kita tamat belajar dari campus ni aku tak nak kau tunjuk muka kau depan kami semua. Faham?! Kalau tidak, aku tak jamin kau akan dapat tengok matahari esok." Gertak Yongbok.

To be continued...

𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now