Tangan yang berada di atas meja terus jatuh ke peha. Lemah. Dia seolah-olah tidak berdaya.

"Why? You look so sad? Bukan ke patutnya kau happy? You should be happy, honey." Tubuhnya dibangun dari duduk dan menghampiri Raysa. Sebelah tangan diletak di atas meja dan sebelah lagi di belakang kerusi gadis itu. Dagu Raysa dicengkam kasar.

Raysa hanya diam tidak membalas apa-apa pun.

"Look at me, honey." Keras nada Heriz.

Air mata yang penuh ditubir mata menyukarkannya untuk melihat sepasang mata tajam Heriz dengan jelas. Bibir digigit perlahan menahan tangis.

"Kita kahwin, okay?" Suaranya bertukar lembut.

Raysa sudah menggeleng kepalanya perlahan. Bukan dia tidak suka apabila dapat berkahwin dengan lelaki pujaan hatinya tetapi bukan dengan cara macam ni. Sungguh dia tak sanggup bayang kehidupannya selepas berkahwin.

"Why? Bukan kau nak kahwin dengan aku ke? Kenapa tak nak pula? Kau permainkan aku ke sekarang ni, Raysa Amanda?!" Kuat suaranya menengking.

"Tak..." perlahan Raysa membalas.

"Then?!"

Raysa hanya menggeleng kepala perlahan. Dia sudah tak tahu hendak membalas apa lagi.

"Aku sayangkan Aleeya."

"Sangat-sangat."

Raysa memejamkan matanya rapat. Tidak sanggup memanah sepasang mata yang hanya mengharapkan hati gadis lain.

"Sebab tu aku akan ikut permintaan Aleeya."

"Kita kahwin ya, honey?" Dagu Raysa dilepas kasar. Wajah Raysa yang dipaling ke tepi hanya dipandang jelek. Seketika dia mengemaskan pakaiannya sebelum meninggalkan Raysa sendirian.

Melihatkan tiada lagi figura itu, Raysa melepaskan tangisannya kuat. Dia sudah tidak peduli jika ada yang mendengar sekalipun.

•••

Pintu yang dibuka dari luar dipandang risau.

"Raysa." Tubuhnya laju menghampiri figura gadis itu.

"Kau dari mana ni? Aku call Aiman dia cakap kau dah keluar dari lunch tadi. Kau ke mana?" Bertalu-talu soalan Aleeya tetapi hanya sepi sebagai balasan. Tubuh yang duduk lemah di atas sofa dipandang risau.

"Kau kenapa ni, Raysa? Kau okay tak? Ni, dagu kau ni kenapa merah-merah?" Dagu Raysa disentuh lembut sebelum gadis itu memalingkan wajahnya ke tepi.

"Raysa..."

"Apa yang kau cuba buat sebenarnya, Leeya?" Lemah Raysa membuka mulut.

Aleeya hanya diam mengerut kening.

"Kau suruh Heriz kahwin dengan aku kan?" Raysa merenung wajah Aleeya sepi. Seolah tidak berperasaan.

Terus berubah riak wajah Aleeya.

"Kenapa? Heriz ada jumpa kau? Dia ke yang buat dagu kau merah-merah macam ni? Dia tu memang cari pasallah!" Aleeya sudah naik angin.

"Itu semua tak penting sekarang ni. Yang paling penting, kenapa kau buat macam tu, Leeya? Aku sanggup korbankan perasaan aku untuk kau, tapi ini ke balasan kau kat aku?" Lemah Raysa meluah.

"Raysa... aku buat semua ni untuk kau juga. Aku tahu kau sayang sangat dekat Heriz. Aku tak sanggup nak khianat kawan aku sendiri."

Raysa menundukkan wajah.

"Mana tahu Allah akan lembutkan hati Heriz bila kau dah kahwin dengan dia nanti. Takkan Heriz masih nak berdendam dengan kau lama-lama. Kau cubalah pikat hati dia lepas kahwin nanti, mana tahu dia akan terbuka pintu hati untuk kau."

Raysa hanya menggeleng kepala perlahan.

"Mustahil, Leeya. Hati dia keras. Aku kenal dia macam mana."

"Tapi lama-lama akan lembut juga. Cuma kau kena usaha lebih sikit sekarang ni. Dan permulaan usaha kau adalah sebuah perkahwinan. Itu sahaja caranya, Raysa."

"Fight for your love, Raysa. Jangan berhenti berjuang sebelum berusaha."

Raysa hanya memandang Aleeya sepi sebelum air matanya mengalir lesu ke pipi. Lagi.

'Tears have no weight

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Tears have no weight. But it carries heavy feelings.'

𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now