EPILOG

119 5 0
                                        

24 tahun kemudian

Daniel Imary menutup kembali diary papanya. Dalam tak sedar air matanya mengalir. Dia tidak pernah merasakan kasih sayang daripada orang tuanya. Lebih-lebih lagi mamanya. Orang tuanya pergi meninggalkannya dan tidak akan kembali pada waktu umurnya masih muda. Hanya diary yang ditinggalkan oleh papanya yang menjadi pengenalannya akan orang tuanya.

Diary itu yang dihadiahkan kepadanya tatkala dia berumur 13 tahun oleh Uncle Adamnya. Katanya dalam itu  banyak mengandungi kisah hidup orang tuanya.

Gambar perkahwinan Ivan dan Angel yang terletak di atas mejanya diambil. Diusapnya dengan penuh kerinduan. Rindu yang tiada penghujung dan yang sangat menyesakkan dadanya sehingga membuatkan dia sulit untuk bernafas. Gambar itu kemudiannya dibawa ke dalam pelukkan. Menbayangkan dia tengah memeluk kedua orang tuanya.

Tidak lama kemudian dia membawa kakinya kearah balkoni. Sesekali angin malam menerpa ke wajahnya. Dingin angin malam membuatkan dia dalam tak sedar menitiskan air mata. Dia kini tinggal di rumah peninggalan orang tuanya dan meneruskan pekerjaan yang ditinggalkan oleh orang tuanya.

Sesekali dia akan pergi ke bilik tidur orang tuanya yang dia biarkan tidak terusik. Membayangkan bahawa mereka ada disana walau dia tahu itu tidak akan mengurangkan kerinduan yang ada tapi setidaknya di sana masih ada jejak yang ditinggalkan oleh mereka.

Walau pun dia tidak pernah merasakan kasih sayang daripada papa dan mamanya, namun dia tidak sekali pun mempersoalkannya walau terkadang dia rindu untuk berbagi masalah dan berkongsi cerita dengan orang tuanya seperti mana yang dilakukan oleh teman-temannya. Kasih sayang yang dicurahkan oleh datuk dan neneknya bahkan tok ayah dan tokmanya itu tidak pernah berkurangan malah melimpah.

Bahkan Adam juga dianggapnya sebagai ayahnya sendiri begitu juga dengan aunty Natasha dan aunty Geishanya. Melalui mereka sedikit sebanyak dia mengetahui tentang orang tuanya selain daripada diary yang ditinggalkan oleh arwah papanya.

.
.
.
.

Daniel meluangkan masanya di tanah perkuburan pada pagi itu melawat orang tuanya.

“Mama, papa Imary datang.” Katanya sambil tangannya membersihkan kawasan pusara orang tuanya. Dia membuang dedaunan kering yang berada di atas pusara itu.

Menurut Adam tatkala Angel pergi meninggalkan Ivan, Ivan memutuskan untuk membeli dua lot tanah perkuburan sekali gus kerana apabila dia meninggal, dia ingin dikuburkan bersebelahan dengan pusara isterinya.

Tambah Adam lagi mama dan papanya gemar memanggilnya dengan nama Imary ketika dia masih dalam kandungan lagi kerana itu adalah gabungan daripada nama mereka berdua. Oleh sebeb itu Daniel merasakan bahawa nama itu sangat istimewa baginya dan dia hanya khaskan itu untuk orang tuanya sahaja.

“Imary dah berjaya sekarang. Imary dah dapat uruskan company yang mama dan papa tinggalkan.” Sebak kedengaran dihujung ceritanya.

“Mama, papa Imary rindu. Macam mana Imary nak hilangkan kerinduan ni?” Dia peluk pula batu nisan papanya. Dan dia lepaskan semua tangisnya disitu. Menghamburkan segala apa yang dia rasakan.

Setelah puas meluahkan rasa, dia bangkit
“Nanti Imary datang lagi.” Ujarnya sambil mengusap kedua batu nisan orang tuanya. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Meninggalkan sebentar kesedihan itu di belakangnya kerana dia tahu bahawa dia perlu kuat. Dia percaya itu juga yang diinginkan oleh kedua orang tuanya sekiranya mereka ada di sisi.

-THE END-

MEMORY OFFICIALLY SIGNING OFF 😘
THANKS KORANG YG SUDI MEMBACA KARYA YG TAK SEBERAPA NI 🙆🏼‍♀️

MEMORY (C)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon