Ivan termenung panjang di mejanya. Sesekali topi hitam yang dia gunakan untuk menutupi kepalanya dibetulkan. Dia teringat akan pertemuannya dengan Angel dua hari lepas.
Menepati janjinya, Angel datang membawa jawapan kepada Ivan yang sudah pun menyelesaikan rawatannya.
"So apa jawapan awak?" Tanya Ivan setelah lama gadisnya mendiamkan diri.
"Sebelum tu, awak bersedia ke dengan apa yang akan saya sampaikan?"
"I remembered that I said I only accept yes as an answer." Jawabnya.
"Tak. Bukan saya yang akan berikan jawapan tapi awak." Jelas kerutan timbul di dahi Ivan.
"Maksud awak?"
Seketika Angel menarik nafasnya mencari kekuatan. Dia berpaling sekejap pada sahabatnya yang hanya berada selang dua meja dari tempatnya. Menatap mata hitam milik Ivan, Angel menceritakan kisahnya bersama aliran air matanya.
Tergamam Ivan tatkala mendengar pengakuan Angel. Dia yang tadinya over excited kini hilang kata.
Melihat kebisuan Ivan, Angel bersuara,
"Takpa. Saya faham kalau awak tak nak teruskan. Saya jujur pun sebab saya tak nak awak rasa tertipu nanti." Selesai berkata Angel terus bangun dan keluar dari kafe itu diikuti oleh sahabatnya.
Bagaikan baru tersedar, Ivan tanpa sempat menghalang pemergian Angel. Dia hanya mampu melihat bayangan Angel yang kian menghilang.
Satu keluhan dia lepaskan.
"Wah! Berat masalah nampak." Entah sejak bila Adam sudah ada di biliknya pun dia tak tahu.
"Kau takda kerja?"
"Chill. Kerja aku dah siap la. Yang kau ni serupa ayam berak kapur dah kenapa? Dah tak macam rupa orang yang nak kawin je. Kena reject ke brother?" Serentak itu pen singgah tepat di dahinya.
"Sakit bodoh." Adam mengusap-usap keningnya.
Seketika idea gila terlintas di akalnya. Adam yang melihat senyuman Ivan merasakan bulu romanya berdiri.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Jangan rogol aku oiii. Aku masih teruna lagi ni." Ujarnya sambil memeluk tubuhnya. Kawan tak kawan belakang kira. Kalau macam-macam aku hempuk kepala dia nanti.
"Ceh! Aku gertak sikit dah takut." Ivan menjeling. "Ni Aku nak tanya kau pasal masalah kawan aku."
"Kau ada kawan lain ke selain aku?" Tersenyum senget bibir Adam.
"Kalau kau nak dengar, kau dengar, Kalau tak nak, kau keluar sekarang. Menyemak aje."
"Yalah-yalah aku dengarlah ni. Haa apa kes?"
Lancar saja Ivan menceritakan masalah 'kawannya' itu kepada Adam.
"Bagi aku simple je. Kalau kawan kau tu sayangkan bakal bini dia tu, dia terima je. Lagi pun itu bukan atas kerelaan dia kan. Kecik lagi dia masa tu. Kisah silam seseorang ada baiknya kita jangan ungkit. Sebab kita tak tau bagaimana dia melalui hari-hari gelapnya. Kita tak tau bagaimana dia cuba untuk survive di dunia ini berbekalkan memori pahit. Dia jujur pada kawan kau tu pun dah di kira bagus. Nanti takdalah berlakunya kes tuduh-menuduh kan?" Ada masanya otak Adam masih boleh dipakai.
Ivan yang mendengar juga terdiam. Nak kata tak sayang, dia sudah terlanjur sayang. Cinta? Itu malah sudah melimpah.
"Kau sampaikan pesan aku pada kawan kau tu, ada otak pakai jangan simpan je. Okaylah aku cau dulu. Hampeh kau ni aku datang nak lepak bukan dengar masalah." Ujar Adam lalu terus bangun dari duduknya.
"Anjing punya kawan. Kau perli aku ehh. Nanti kau aku potong gaji kau." Mentang-mentanglah bos kan?
Seketika dia memikirkan kembali kata-kata Adam. Tidak lama kemudian, kunci kereta dan handphonenya dicapai dan dia menapak keluar.
.
.
.
.
Angel hanya menanti ketibaan lelaki itu dengan sabar. Dia agak terkejut apabila menerima panggilan dari Ivan setelah dua minggu lelaki itu tidak menghubunginya.
"Sorry lambat." Suara itu berjaya menarik Angel ke dunia nyata.
"Takpa. Saya pun baru sampai."
Pelayan yang sampai mematikan perbualan mereka.
Angel hanya diam menanti bicara dari Ivan. Namun Ivan pula ralit menatap wajah gadis di hadapannya bagaikan tiada hari esok. Jujur dia katakana bahawa dia rindu dengan wajah itu.
"Knowing you was the best moment in my life. But to be in love with you was the greatest dream of mine." Angel kunci mulutnya tatkala mendengar bicara Ivan. Cik Jantung? Jangan risau tengah buat irama jedag jedug di sana.
"Be mine?" Ucap Ivan seraya mengelus jemari Angel yang ada di atas meja.
"I'm not an articulated person, but when I give you my entire life, it will be yours forever." Jawapan Angel membuahkan senyuman di wajah Ivan. It's a yes everybody! Bye aku kawin dulu!
.
.
.
.
okayyyy, i cau dulu😘
YOU ARE READING
MEMORY (C)
Romance"Sial. Kalau macam ni buat apa aku hidup. Baik mati je."- Ivan Zachary "Jadilah kuat untuk orang-orang yang tersayang."- Angel Imani "Kau ni biar betul, Ivan. Tu anak orang tu. Bukan anak patung. Masih ada mak bapak tu." - Adam Fakri "Sakit tu bukan...
