"Ini ke yang nama siapa itu..."

"Ha! Adellea Arelyne yang suka kau sampai satu kampus tahu itu? Teruja semacam je dia panggil kau," bisik Wan

Nadeem mengedipkan matanya beberapa kali lalu menggeleng. Rinne dilihat dari atas hingga bawah. Biar betul, dah kenapa pula gadis itu terlebih excited sampai orang lain memikirkan bahawa dia Adel.

"Adel mana?" soal Nadeem kepada Rinne.

"Oh! Adel dia dekat kereta." Rinne tersengih.

"Kenapa dia tak turun? Tak nampak pun tadi," tanya Nadeem lagi.

"Dia takut dengan bunyi ombak. Kejap lagi dah siap dia turunlah sambil pakai headphone dia itu."

Nadeem mengangguk faham. Syed pula curi-curi dengar penjelasan Rinne lalu dia pun pergi menolong Aryna.

"Isy, sibuk je Si Syed itu!" Perlahan Rinne berkata.

Dia pun tidak suka dengan lelaki itu kerana selalu mengacau Adel di mana-mana.

Setelah selesai, Rinne meminta Nadeem untuk memanggil Adel. Pada mulanya, Nadeem menolak namun dia terpaksa menolong kerana Rinne dan rakan-rakan yang lain sibuk memasak. Hanya ada beberapa orang lelaki yang lain termasuk Syed yang hanya duduk termenung. Tak akan dia mahu menyuruh Syed pula yang panggil Adel. Bahaya sungguh bahaya!

Pintu cermin kereta itu diketuk beberapa kali. Adel yang terjaga dan mamai itu membuka pintu kereta. Matanya yang terbuka kecil itu masih tidak perasan dengan wajah lelaki yang berada di hadapannya itu. Setelah dibuka luas habis terbeliak biji matanya melihat Muhammad Nadeem Amsyar berada di hadapannya itu.

Adel berteriak kecil. Nadeem pun terkejut sehingga mengundur ke belakang.

"Nadeem Amsyar!" teriaknya.

"K-kenapa?" jawab Nadeem dengan mata yang terkebil-kebil.

Adel mengedipkan matanya dengan laju berkali-kali.

"Kenapa awak datang!" Kesalnya apabila teringat deal yang diadakan olehnya dengan Rinne.

Nadeem kemudian menyilangkan tangannya.

"Saya datang pun salah." Nadeem kesal.

Adel menghembus nafas beberapa kali untuk menenangkan diri.

"Rinne suruh turun. Makanan dah nak siap, kerusi pun dah susun."

Adel mengangguk lalu dia pun memegang headphone itu lalu dipasangkan. Ternyata bateri headphone itu sudah habis ketika dia tidur sambil memasang lagu. Dahinya ditepuk.

"Headphone habis bateri." Bibirnya sudah muncung.

Nadeem menggaru kepalanya. Kemudian satu selendang yang panjang daripada kereta Rinne diambil oleh Nadeem lalu dia lilitkan sedikit pada pergelangan tangannya.

"Lilit sikit dekat tangan awak," ucap Nadeem sambil menghulurkan kain tersebut.

Adel hairan.

"Kenapa pula?"

"Awak takut dengar bunyi ombak lepas itu headphone awak habis bateri. Nanti awak jalan turun tangga je dah dengar bunyi ombak lepas itu awak jatuh tergolek sebab terkejut macam mana? Saya yang susah," bebel Nadeem.

Adel tersengih kecil lalu kain itu pun dililit pada pergelangan tangan kirinya. Nadeem membawa Adel turun ke tangga menuju pantai. Kain itu dipegang erat.

Bunyi ombak yang kuat itu membuat Adel memejam mata ketakutan. Kaki mereka sudah menjejaki pasir pantai tersebut.

"Kalau awak takut, pegang je kain itu kuat-kuat," pesan Nadeem.

Adel genggam erat kain tersebut sambil Nadeem bawa dia dengan langkah yang perlahan. Nady memanggil Hans untuk melihat mereka dari jauh.

"Isy, Nadeem ini dah kenapa."

Aryna, Wan dan Fir pun melihat dari jauh.

"Comelnya mereka berdua! Sentuhan halal orang kata." Aryna sedikit teruja melihat mereka berdua.

Rinne hairan lalu dia pun menoleh dan melihat Nadeem yang sedang membawa Adel. Oleh disebabkan mereka berdua tidak boleh berpegangan tangan, idea itu pun muncul di kepala Nadeem.

"Kenapa kain itu macam familiar je." Rinne melihat mereka dengan terperinci.

"Wah! Itu ke rupanya Adellea Arelyne?" bisik Wan.

Fir pun mengangguk.

"Tak sangka Nadeem rupanya boleh tahan sweet!" puji Fir.

Nady mendengus lalu menggulingkan biji matanya menyampah melihat mereka. Lalu dia lihat Syed yang menahan geram.

"Kesiannya kau, Syed." Sengaja dia memanaskan hati lelaki tersebut.

Adel menghembus nafas berkali-kali untuk menenangkan dadanya menghadap bunyi ombak yang mengingatkan dia tentang masa remajanya ketika tangannya dipegang oleh lelaki bukan mahram sehingga dia pun takut untuk ke situ lagi.

Namun pada hari ini, dia tahu lelaki yang baik itu wujud. Nadeem bukti bahawa lelaki yang baik tidak akan berani menyentuh yang bukan mahram. Semua rasa takut itu terhapus lalu matanya hanya tertumpu ke arah Nadeem yang berada di hadapannya.

Bunyi ombak yang bising tadi sudah pun tenggelam dengan suara Nadeem yang berkali-kali bertanya apakah Adel takut? Adakah Adel baik-baik sahaja? Persoalan yang keluar itu membuat Adel tersenyum dan rasa selamat ketika berada di sisi lelaki tersebut.

Setelah tiba, Rinne terus bercekak pinggang manakala Adel terkaku dengan matanya yang masih tertumpu ke arah Nadeem. Nadeem melambaikan tangannya ke kiri dan kanan berkali-kali.

"Awak nak pengsan ke?" tanya Nadeem cemas.

Mata Adel tidak berkelip-kelip daripada tadi namun bibirnya tersenyum kelihatan seperti tidak takut sudah dengan bunyi ombak.

"NADEEM! ADEL! Korang buat apa dengan selendang yang aku dah gosok itu hah!" jerit Rinne.

Akhirnya, Adel tersedar lalu matanya membulat, Nadeem pun sama.

Gulp! Akhirnya, Rinne mengejar mereka berdua dengan membawa sepit makanan ingin memukul mereka berdua. Mereka pun berlari di pantai itu sambil tertawa riang.

"Nadeem yang renyukkan tudung itu!" tutur Adel ingin lari daripada kesalahan.

"Adel yang habiskan bateri headphone dia sampai dia takut nak turun!" kata Nadeem pula.

"Ah tak ada, tak ada! Korang berdua sama je! Aku lepuk guna sepit ini habislah korang!" Semakin laju pula Rinne mengejar.

"Kejarlah Nadeem!" rintih Adel yang sudah penat berlari.

"Tak baiknya awak letakkan semua kesalahan dekat saya," adu Nadeem.

"Kan lelaki selalu bersalah, salah-salah memilih siapa yang tulus untuk dirinya." Sempat lagi Adel mengeluarkan ayat-ayat novelnya yang cliché itu.

Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now