Goodbye.

422 33 2
                                    

" Saya sayangkan awak. Tapi saya terpaksa pergi. "

Luhan menitiskan air matanya. Pedih. Sakit. Orang yang mencintainya selama ini pergi meninggalkan dirinya. Taehyung menghampiri Luhan. Perit yang temannya tanggung sekarang turut dirasai. " Luhan, mari kita balik~ " sayu sahaja suara Taehyung.

Hujan turun semakin lebat. Namun Luhan masih tidak berganjak dari tempatnya. Ditatap batu nisan yang tertulis nama kekasihnya. Menyesal atas segala perbuatan yang pernah dilakukan pada Chorong. Naeun hanya memerhatikan mereka berdua dari jauh. Sakit. Benci. Luhan penyebab Chorong mati.

Imbas kembali...

" Awak jangan manja sangat boleh tak? Saya rimas lah. " Luhan menepis tangan Chorong. Hampir 2 tahun hubungan percintaan mereka. Kasih sayang, cinta yang selama ini wujud bersama mereka semakin menipis. Choong hanya menunduk. Butir² mutiara mulai membasahi pipi Chorong. " Awak dah berubah.. " sayu suara Chorong.

" Manada. "

" Ada. Awak dah xsayang sayang lagi ke? "

" Awak boleh tak jangan asyik ulang ayat tu. Saya rimas lah. Dah saya kata saya sayang awak, awak tak faham lagi ke? Aishh!! "

Luhan mengusutkan rambutnya. Taehyung yang dari tadi mendiamkan diri kini bersuara, " Yang kusut sangat kenapa? Betul apa yg dia kata, kau tu dah berubah. " air mineral diteguk Taehyung. " Abes betina ni yg manja sangat. Siapa yang tahan? " kata Luhan. Chorong terkesima dengan kata² Luhan. Betina?. Dia terus pergi meninggalkan mereka berdua.

" Kau panggil awek kau betina? Wahh indahnya bahasa. Kalau kau sayang dia, macam mana sekali pun dia, kau akan tetap layan dia. Ni tak. 'JANTAN' apa macam ni? "

" Yang kau pulak nak marah² ni pahal? Chorong okay je kau pulak yg lebih. "

" Chorong okay kau kata? Sampai nangis macam tu kau kata okay? Tak boleh ke kau layan dia elok² sebelum dia pergi tinggalkan dunia?! "

" Apa yang kau merepek? Bukannya esok pon dia mati. Lekk ahh. "

" Yahhh jinjja jiral! Cakap dengan org macam kau ni, xda guna! " Taehyung meninggalkan Luhan. Kurang dari 1 bulan masa yang tinggal untuk Chorong hidup. Penyakit breast cancer Chorong mencecah tahap kritikal. Bila² sahaja Chorong boleh pergi.

-

Hari demi hari berlalu.. Perangai Luhan semakin menjadi². Disco, mabuk, perempuan? Dari mana Luhan belajar semua tu? Chorong masih mampu tersenyum. Berlakon dihadapan Luhan seolah² tiada apa yang berlaku.

" Minta putus dengan dia. " tegas Naeun. Berang dengan kelakuan Luhan. Marah. Apa yang Luham lakukan sudah melampaui batas. Hendak sahaja dia memberitahu lelaki tak berguna itu tentang penyakit Chorong tetapi Chorong telah memesan supaya merahsiaan perkara ini daripada Luhan.

Chorong menggeleng. Senyum. " Aku masih cintakan dia. Biarlah hingga nafas yang terakhir aku. Aku nak dia jadi cinta pertama dan terakhir aku. " airmata mengalir deras dipipi Chorong.

Imbas kembali tamat.

" Ni surat untuk kau. " Taehyung memberi surat bersampul merah jambu pada Luhan yang asyik termenung. " Aku balik dulu. Janga lupa makan. " nasihat Taehyung sebelum meninggalkan rumah Luhan. " Terima kasih. " ucap Luhan perlahan.

Sampul surat berwarna merah jambu itu di buka. Wangi sangat.

' Hye Oppa! Oppa tahu tak hari ni hari apa? Hari ini hari kematian saya. Hari yang oppa tunggu kan selama ini. Jadi macam mana? Suka? Hahahahaha. Saya gurau je. Awak, sayang nak awak tahu yang saya sayangkan awak. Awak cinta pertama saya dan awaklah cinta terakhir saya. Mungkin awak tak bahagia dengan saya selama ni, tapi saya nak awak tahu saya bahagia sangat bersama dengan awak walaupun terkadang hati saya disakiti. Awak berubah. Awak dah tak macam dulu. Tapi xpa, semua orang akan berubah. Macam awak. Walaupun bukan pada kebaikan. Awak keluar dengan perempuan lain, saya tak kisah. Asalkan awak bahagia. Sebab saya tahu, masa saya dah hampir tamat. Jaga diri, jaga hati. Dan paling penting, jangan lupakan saya.

Ikhlas dari BEKAS TEMAN WANITA AWAK,
CHORONG♡ "

END

ONE SHOT FFWhere stories live. Discover now