Date Of Birth

508 32 0
                                    

Cast :- Xi Luhan , Kim JunMyeon .

Quotes :- First and last met .

Genre :- Angst

Aku baharu sahaja menerima berita bahawa aku mempunyai pasangan kembar . Dan aku juga baru tahu yang aku masih mempunyai ibu bapa . Aku tak tahu sama ada ini berita gembira atau tidak . Bermacam soalan bermain di benak fikiranku . Kenapa mereka tak pernah cari aku ? Apakah aku pernah menjadi malapetaka pada mereka ?

Sakit . Hati aku sakit bila memikirkan semuanya . Pakcik Yang , dia lah yang menjaga aku dari kecil dengan penuh kasih sayang . Kenapa ibu bapa aku sendiri tidak mahu menjaga aku ? Sekali lagi , mungkin aku ini hanyalah malapetaka bagi mereka . Ini betul tak adil bagiku .

“ Luhan , apa yang kamu menungkan tu ? " , tanya Pakcik Yang kepadaku . Pakcik Yang duduk disebelahku .

“ Lue cuma terfikir , kenapa mereka buat macam tu pada Lue ? Lue nak juga rasakan kasih sayang ibu bapa kandung Lue . " , jawabku perlahan . Entah mengapa tiba-tiba aku menjadi sebak memikirkan hal ini .

   “ Kenapa Lue cakap macam tu ? Lue tak suka ya tinggal bersama appa ? "

   “ Bukan begitu appa , Lue cuma rasa yang Lue tak berharga buat mereka . "

   “Lue nak cari mereka ? "

   “ Nak tu nak . Tapi tak mungkin Lue akan meninggalkan appa disini dalam keadaan appa tak sihat . "

Aku memeluk tubuh appa erat . Secara tidak sedar , air mata ku keluar dengan deras . Pakcik Yang membalas pelukanku .

“ Kalau Lue mahu mencari mereka , appa izinkan . Tentang kesihatan appa , Lue jangan bimbang . Tahu lah appa nanti macam mana nak menjaga diri appa .. " , kata Pakcik Yang perlahan . Aku tahu , dia sukar mahu melepaskan aku pergi walaupun aku sudah berusia 18 tahun .

“ Tapi appa .. "

“ Appa tahu apa yang ada di dalam hati Lue . Jangan tahan lama-lama , takut nanti bertambah perit . Esok atau lusa , Lue dah boleh berangkat ke kota Seoul . " , ujar Pakcik Yang perlahan . Riak wajahnya menjadi mendung , tetapi dia tetap tersenyum .

Hari yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba juga . Appa menghantar aku ke stesen bas . Bermacam nasihat yang dia berikan pada aku . Dan aku juga telah berjanji pada dia , aku akan ikut semua perintahnya . Tibalah masanya untuk aku bertolak . Wajah tua itu kelihatan muram dan sedih membuatkan hatiku menjadi sebak . Tapi , aku harus gagah kan diri . Tujuan aku ke bandar untuk mencari keluarga aku . Aku akhirkan pertemuan aku bersama Appa dengan pelukan erat . Ini lah masanya , untuk berjumpa dengan adik kembarku .

Setelah berada hampir 5 jam didalam bas ekspres , akhirnya aku sampai di destinasi aku . Aku mulai pergi mencari rumah kawan rapat appa yang berada di kota Seoul ini untuk menyewa bilik .

Mujurlah rumahnya senang ditemui . Pakcik Lee kawan rapat appa telah menyewakan bilik dirumahnya dengan percuma . Pakcik Lee dan Makcik Lee sangat baik hati . Mereka mempunyai sifat yang ramah dan penuh dengan sopan santun . Aku meminta izin mereka untuk masuk ke bilik untuk merehatkan badan .

Aku merebahkan tubuhku di atas katil . Ibu bapa dan adik kembarku mulai bermain dibenak fikiran aku . Debaran untuk menemui mereka semakin menjadi-jadi . Kerana terlalu letih , aku tertidur ketika memikirkan semuanya itu . Pakcik Lee mengejutku untuk makan malam , tapi apakan daya , rasa penat telah menguasai diri ku . Aku membuka mata untuk beberapa saat kemudian aku menutup mataku semula . Akhirnya , aku tidur tanpa makan .

“ Lue dah bangun ? Marilah bersarapan bersama kami :) . " , Makcik Lee mempelawa aku . Pakcik Lee yang baharu sahaja keluar dari dapur turut mempelawa aku makan . Aku tersenyum malu . Aku terharu dengan mereka .

ONE SHOT FFWhere stories live. Discover now