"Tolong lah aku, Aleeya. Terima Heriz." Rayu Raysa. Dia juga sudah bangun dari duduk.

"Tapi kenapa?!" Suara Aleeya naik seoktaf.

"Sebab dia cintakan kau! Bukan aku!" Kuat suara Raysa menjawab. Terhinggut bahu Aleeya seketika. Matanya sudah berair sebelum menggeleng kepalanya perlahan.

"Raysa..."

Kuat tangisan Raysa.

Perlahan Aleeya mendekati Raysa yang sudah terduduk di atas lantai dengan telapak tangan menutup wajahnya. Sayu dia melihat keadaan gadis itu. Dipeluk erat tubuh genit itu. Tangisan mereka bersatu di segenap ruang tamu.

"Terima Heriz, Leeya. Please..." rayu Raysa lagi dalam tangisan. Walau apa pun jadi, gadis itu perlu menerima Heriz. Dia sudah janji dengan lelaki itu.

Aleeya menggeleng kepala perlahan.

"Untuk aku, Leeya. Please." Sayu suara Raysa. Dalam situasi ini pun, dia masih memikirkan tentang lelaki itu, perasaan lelaki itu. Betapa cintanya dia kepada Heriz...

•••

"Morning, Aleeya!" Buka sahaja pintu wajah tampan seseorang menyapa pandangannya. Dahinya berkerut seketika. Apa lelaki ni buat kat sini?

"Morning. Cari Raysa ke? Dia tengah bersiap." Dingin nada Aleeya. Sebenarnya, dia tak pernah berlembut dengan lelaki ini kerana dia sendiri tidak berminat untuk berkawan dengan mana-mana lelaki sekarang. Jadi, dia agak pelik apabila Raysa memberitahu bahawa lelaki itu sukakannya. Dia tak pernah memberi harapan pada lelaki itu walaupun sekali. Bagaimana Heriz boleh jatuh suka padanya?

"Eh tak! Saya nak jumpa awak." Balas Heriz mesra.

"For what?"

"Awak nak ke class ke?"

"Habistu? Takkan ke langit pula!" Kasar Aleeya membalas. Sejak dia tahu perasaan lelaki itu terhadapnya, dia semakin rasa menyampah untuk bercakap dengan Heriz.

Heriz ketawa kecil. Kelakarnya!

"Macam awal lagi je. Kita pergi breakfast nak?" Tawar Heriz. Dia anggap ini sebagai permulaan pada hubungan yang lebih serius. Membayangkannya pun sudah indah apatah lagi jika menjadi kenyataan.

"Sorry. Tak berminat." Terus kakinya laju melangkah masuk ke dalam kereta dan meluncur keluar dari kawasan rumah.

Heriz tergamam melihat kelakuan Aleeya. Waktu pertama kali mereke kenal, gadis itu kelihatan sopan tetapi tidak pula pada hari ini.

"Eh, Heriz! Buat apa datang sini?" Senyum Raysa mula melebar melihat gerangan lelaki itu.

Heriz memandang Raysa dengan wajah masam.

"Aku datang nak jumpa Aleeya tapi dia dah pergi." Kelihatan jelas wajahnya yang ditayang sayu.

"Tak pe lah Raysa, aku pergi dulu. Bye." Lemah langkahnya diatur ke kereta.

Raysa hanya melihat tanpa berniat untuk menghalang. Keluhan berat terlepas keluar dari bibirnya.

•••

"Manda..." seru seseorang.

Sepi.

"Manda!" Seru lagi tapi dengan nada yang lebih kuat dari tadi.

Terhinggut bahu gadis itu sebelum memalingkan wajah memandang gerangan yang memanggilnya.

"Ha apa?"

"Kau okay tak ni?" Dari tadi dia melihat gadis itu hanya termenung sahaja. Seharian. Seperti dihurung masalah.

"Okay je."

Aiman tahu ada yang tidak kena dengan gadis itu, tetapi dia memilih untuk tidak bertanya lebih. Mungkin Raysa perlukan masa. Belum sempat kakinya ingin melangkah dari situ, suara Raysa menyapa halwa telinganya. Terus dipusing kepalanya merenung gadis itu.

"Aku nak tanya boleh?"

Kening Aiman bertaut seketika sebelum mengangguk perlahan kepalanya.

"Apa kau buat bila orang yang kau suka, sukakan orang lain?"

Aiman terkelu. Dahinya tidak berhenti berkerut. Apa yang dimaksudkan gadis ini sebenarnya?

"Maksud kau?"

Raysa mengangkat kedua-dua bahu sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan Aiman.

"Aku tanya je." Sehabis baik raut wajah dineutralkan.

"Perasaan orang kita tak boleh kawal, Manda. Kalau dia sukakan orang lain, kita tak mampu buat apa-apa. Paksa lah macam mana sekalipun, bila melibatkan hati dan perasaan, tak ada siapa boleh ubah."

Raysa hanya diam mendengar. Apa yang diperkatakan Aiman lebih kurang sahaja seperti yang dikata oleh Aleeya. Dalam diam dia mengeluh perlahan.

"Kalau betul orang yang aku suka itu sukakan orang lain, doa adalah yang terbaik. Cinta tak semestinya memiliki kan? Allah lebih tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya."

"Tak guna pun kita berdendam. Itu semua boleh merosakkan hati sahaja. Tak perlulah kita nak membuang masa untuk perkara yang sia-sia. Jika Allah mengatakan bukan dia, maka bukan dia. Kita sebagai manusia kena terima dengan hati yang terbuka." Lembut Aiman memberi nasihat.

Raysa mengangguk perlahan sebelum mengukir senyum nipis. Air mata yang bertakung, sehabis baik cuba ditahan.

"Aku sentiasa ada untuk kau, Manda. Kalau kau rasa hendak meluah, aku boleh jadi pendengar setia untuk kau." Aiman mengukir senyum menampakkan kedua-dua lesung pipitnya yang dalam. Tidak dinafikan, Aiman mempunyai raut wajah yang tampan dan mampu membuatkan perempuan tertarik dengannya tetapi disebabkan sikapnya yang dingin, tiada seorang pun berani mendekati. Itulah Aiman Razeeq.

'We can't force friendship, just like we can't force love

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

'We can't force friendship, just like we can't force love.'

My Perfect LoveHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin