Episod 29

12.7K 881 93
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



It's kinda boring without the comments right? Don't forget to comment! I'll try to update more often than now 💜

××××

Aku rasa macam jantung aku mahu gugur bila aku dapat panggilan dari pihak hospital yang mereka mencari aku atas nama keluarga kepada Aida.

Apa yang mengejutkan aku bila aku sampai ke hospital ialah Aida dalam keadaan kritikal. Bahagian badan gadis itu seolah-olah ditoreh dengan pisau, wajah gadis itu lembam lembam dan Doktor beritahu yang Aida tak akan boleh bercakap sampai bila-bila lagi. Gadis itu sudah bisu sepenuhnya.

"Apa maksud Doktor yang dia tak akan boleh bercakap sampai bila-bila?" Tanyaku hairan. Yalah, selama ni elok saja dia maki hamun, fitnah dan hina aku takkanlah dah bisu?

"Lidah dia kena potong. Waktu petugas kami jumpa dia di hadapan hospital pagi tadi, memang darah banyak keluar dari mulut dia. Nampak macam lidah dia baru saja dipotong."

Aku kaget. Terbeliak mata aku pandang Doktor Emelda yang ada di hadapan aku sekarang ni. Penerangan yang dia berikan buat aku rasa jantung aku direntap. Terkejut.

"Ap-apa? Lidah dia kena potong?" Aku rasa kaki aku melemah tiba-tiba. Macam mana aku nak bayangkan benda yang mengerikan itu berlaku? Siapa yang tergamak buat sampai macam ni sekali?

Aku perasan yang Doktor Emelda mengerling ke arah Elvis yang berdiri di sebelahku namun tiada apa-apa yang keluar dari mulut wanita itu. Hanya diam menatap.

"Ya. Mungkin ada orang culik dia dan buat dia macam tu. Dia ada musuh ke?" Tanya Doktor Emelda buatkan aku gigit bibir bawah seketika.

Kalau musuh memang akulah orangnya tapi setahu aku musuh Aida bukan seorang tapi ramai. Maklumlah Aida ni jenis kaki Diva yang tak bertauliah di Universiti. Memang ramailah tak puas hati dengan dia dek mulut puaka dia tu.

Kalau kawan-kawan Universiti tahu apa yang jadi ni mesti ada yang bersorak. Mana taknya kalau lidah yang tajam buat fitnah tu sudah dipotong.

Kalau tanya aku, aku simpati pada Aida. Bukan kerana aku nak tunjuk baik tapi hukuman yang dia terima terlalu berat. Dipotong lidah? Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan Aida tika tu. Mesti dia menanggung kesakitan yang teramat hingga dia tak sedarkan diri sampai ke waktu ni.

"Kau kena buat laporan polis tentang hal ni." Ujar Elvis menyentakkan aku. Aku angguk kepala.

"Saya akan buat tapi saya rasa mesti susah untuk mendapatkan keterangan dari mangsa sendiri apatah lagi dia dalam keadaan trauma sekarang ni. Mungkin cik boleh beri dia masa." Sampuk Doktor Emelda.

Betul juga apa yang Doktor Emelda tu katakan. Tak ada gunanya juga aku buat laporan sekarang, mesti Aida tak akan dapat membantu apa-apa siasatan.

"Okeylah kalau macam tu. Doktor buatlah apa yang patut dan kalau dah sesuai waktunya untuk saya buat laporan polis, saya akan buat." Akur aku.
Mungkin ini yang terbaik. Biarlah pihak hospital menjalankan tugasan mereka sebelum aku buat laporan polis.

Elvis King | PBAKL2024Where stories live. Discover now