Gambar tersebut akhirnya tersebar di taman perumahan Adel. Akhirnya, sampai jua ke tangan Puan Merlyna. Amarahnya naik mendadak apabila orang berbual tentang Adel dan juga maruah keluarganya. Ada yang menekankan bahawa ibunya tidak pandai mendidik anak. Tambahan pula keluarga mereka mana pernah menjejakkan kaki ke surau taman. Sudah pasti mereka dilabel sebagai keluarga tak betul.

"Amboi bukan main jiran-jiran cakap aku ini agama atas kertas je." Semakin marah Puan Merlyna membaca mesej-mesej penduduk taman.

Akhirnya, dia pun menghubungi Adel untuk balik ke rumah. Adel pula yang tidak tahu bahawa ibunya sudah dapat gambar tersebut terus pulang memikirkan mungkin ada hal yang mustahak ingin diberitahu.

Syed mempelawa untuk menghantar Adel kerana dia pun ingin ke rumahnya yang lagi satu itu. Ketika kenderaan empat roda itu telah bertapak di hadapan rumah. Adel terus turun manakala Syed terus masuk ke rumah sebelah miliknya.

Di pintu masuk, Puan Merlyna sudah menunggu ketibaan Adel dengan tangan yang disilangkan. Wajahnya tegang. Dia memerhati setiap langkah gadis itu. Adel cuba untuk menyalam ibunya namun tangannya ditepis kasar.

Tudung yang dikenakan Adel itu dicengkam kuat oleh Puan Merlyna lalu dia mencampakkan anak gadisnya itu ke lantai ruang tamu itu. Adel terkejut lalu dia cuba untuk mengelakkan diri daripada dipukul namun tangan milik Puan Merlyna terlebih dahulu mendarat di wajahnya.

"Ibu, sakit! Apa salah Adel?" rintihnya kesakitan. Habis merah wajahnya ditampar oleh ibunya.

Puan Merlyna kemudian menendang perut milik Adel dengan kuat.

"Kau ini buat malu aku je! Kau tahu tak?" bentak Puan Merlyna.

"Ibu, Adel buat apa ibu?" Adel sampai merangkul kaki kanan Puan Merlyna lalu memeluk kuat kerana takut dipukul.

Semakin panas udara yang dirasakan Puan Merlyna. Dadanya naik turun kerana amarah yang menguasai dirinya.

"Kau pegang jantan keluar kelab malam buat apa hah? Kau ini tak malu ke satu taman bercerita fasal kau!" Nada suara yang lantang itu jelas terdengari.

Dada Adel mula sesak sebaik sahaja mendengar ucapan tersebut. Dia takut.

"Adel tak jejak situ! Adel cuma papah Syed sebab dia mabuk."

Tudungnya dicengkam sekali lagi sehingga terbuka dan menampakkan rambut hitamnya itu.

"Kau tahu tak aku malu! Kau tahu jiran-jiran cakap keluarga kita ini agama atas kertas je sebab kau!"

"Ibu! Ibu buat Adel macam seolah-olah Adel seorang je yang bersalah dan hina sangat! Ibu bawa lelaki tak ada ikatan duduk sini tak hina pula." Adel tidak tahan dengan hinaan ibunya hingga segala amarah yang terpendam di lubuk jiwa pun keluar sekali lagi.

Terbuntang mata Puan Merlyna mendengar anaknya yang cuba melawan dia. Rambut gadis itu ditarik kuat lalu dia mencampakkan gadis itu ke lantai balik semula dengan kuat.

"Kau tak payah nak nasihat aku eh! Kau itu bukannya masuk syurga pun sebab kau tahu? Syurga kau itu dekat sini!" Kaki milik Puan Merlyna itu memijak-mijak kepala anak gadisnya berkali-kali.

"Makan itu syurga kau!" katanya sambil memijak kuat.

Syed yang mendengar pertelingkahan tersebut keluar dari rumahnya dan berdiri di hadapan pintu rumah Puan Merlyna namun dia hanya melihat Adel disiksa di situ tanpa tindakan.

"Oh! Dekat sini ke rumah Adel?" soal Puan Khadijah.

Nadeem mengangguk.

"Eh ada Syed." Puan Khadijah menghalakan jari ke arah Syed yang tercegat di hadapan pintu rumah tersebut.

Nadeem turun dan Puan Khadijah pun melangkah keluar daripada kereta sambil memegang mangkuk tingkat. Mereka berdua mendengar raungan kesakitan Adel yang kuat. Nadeem kemudian menyergah masuk ke dalam rumah tersebut.

Syed pun terkejut dengan kehadiran Nadeem yang tiba-tiba muncul seolah-olah hero kepada Adellea Arelyne itu.

"Ya Allah!" Puan Khadijah segera mendapatkan Adel ke pangkuannya. Habis lebam wajah gadis itu dibuatnya.

Tudung yang berada di lantai itu diambil lalu Puan Khadijah memasangkan tudung itu untuk Adel dengan perlahan. Cecair hangat yang membasahi pipi itu diseka olehnya lalu tubuh gadis itu dipeluk rapat. Bahkan ibu orang lain sayang terhadap dirinya tetapi mengapa ibunya sendiri sanggup melukai anak sendiri?

"Kau siapa!" laung Puan Merlyna kepada Nadeem yang tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya.

Tidak sanggup Nadeem lihat Adel yang terbaring lemah longlai di dalam dakapan ibunya.

"Mak cik kenapa pukul anak mak cik! Mak cik tahu tak yang Adel suruh kami bawakan mak cik lauk untuk makan sebab dia risau kalau mak cik tak makan bila dia kerja." Nadeem sampai tidak sengaja meninggikan suara kerana dia pun marah apabila mendengar suara raungan kesakitan yang melampau meminta pertolongan ketika mereka tiba.

"Kau tak payah nak backup anak durhaka ini! Kau jantan mana pula? Berapa banyak jantan kau ada ini Adel? Buat malu muka aku je lah!"

Seluruh tubuh Adel menggeletar takut. Wajahnya berasa pedih akibat luka lalu tubuhnya pula sakit yang ngilu akibat tendangan bertubi-tubi daripada ibunya itu.

"Mak cik tahu kan bukan anak je boleh jadi durhaka tapi ibu bapa pun boleh jadi ibu bapa durhaka. Wallahualam. Saya harap mak cik hadamkan, saya minta izin untuk bawa Adel pergi buat rawatan." Mangkuk tingkat yang berisi beberapa lauk itu ditinggalkan di meja ruang tamu itu lalu Puan Khadijah memapah Adel masuk ke dalam kereta mereka. Nadeem pula melihat Syed dengan dingin.

"Silap besar kau Syed biarkan orang tersiksa sedangkan kau boleh tolong dia sebelum keadaan jadi parah," tegur Nadeem lalu bahu kanan Syed itu dilanggar kuat olehnya.

Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now