"Bukan sekali taubat, esok buat lagi. Selamanya, saat masih menghirup nafas di muka bumi fana ini sama-sama berusaha mengejar cinta yang hakiki dan abadi. Cinta duniawi sekadar singgahan sementara, tetapi cinta Dia insya-Allah buat selamanya. Berdoalah, terima dengan lapang dada. Moga titik takdir yang dibawa kepada kita bertemu hari ini pun, atau akan datang juga, ada hikmahnya tanpa kita sedari mahupun tidak. Assalammualaikum..."

DINIHARI

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

DINIHARI. Hanya ditemani sinaran rembulan, menongkah arus sungai tika ini beralun tenang berbanding biasa. Taburan gemintang di dada langit, indah bergemerlapan memukau mata. Serayu sepoi-sepoi bahasa turut mengelumuni segenap epidermis hingga ke tulang sulbi, Syaf memeluk tubuh sendiri. Dalam masa sama, helaian rambut jatuh ditiup menutup pandangan. Kelopak mata masih kuyu, jiwa disapa sentosa dan hatinya tenteram menikmati semuanya.

Seawal begini, hampir kesemua masih diulit kantuk berat. Mereka dikejutkan seawal tiga pagi, bertahajud dan bersiap di hujung jeti memisahkan dua kawasan. Tepat jam lima suku pagi, semua harus berada di kampung bersebelahan. Di situlah program mereka akan dimulakan.

Tugas Syaf adalah sebagai pembekal bahan binaan mentah, membantu sebagai wakil dari segi pembangunan infrastruktur syarikat ke sini. Dia akan mencatit dan melaporkan penambahbaikan yang perlu kepada pihak atasan. Hal ini demi memastikan penduduk sini dapat rasai pengalaman melakukan urusan dengan lebih selesa. Misalnya, pusat pendidikan seperti madrasah dan sekolah yang memerlukan kelengkapan lebih baik agar para pelajar dan guru mudah dalam melaksanakan jihad yang satu ini.

Setiap kumpulan peserta sampai ke dasar semberang melalui alur sungai, berbaris menanti arahan seterusnya di jeti. Kira-kira dua puluh lima minit perjalanan, mereka terpaksa bergilir-gilir menaiki bot enjin yang sememangnya terhad.

Aufa berdiri bersebelahan Fizi. Dia bersilang tangan, memerhati dan mengawasi pergerakan peserta agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Fizi pula sekadar senyum sumbing, ketat sangat muka kawan dia ni. Tidak mahu menggangu, Fizi mengambil tugasnya seperti biasa.

"Syukurlah, semua sudah ada di sini. Cuba cek rakan sebelah korang, mana tahu ada yang tertinggal dalam bot tak sedarkan diri. Mabuk sungai atau larut dalam kenangan memori lalu ke..." lelucon Fizi seraya mengernyit nakal. Ekor mata menjeling Aufa yang sudah mendengus geram, mengena. Nanti-nantilah dia korek rahsia.

Syaf pula sudah terkedu. Yang lain pula sekadar menyambut dengan hilaian tawa, memasang reaksi gembira. Tidak sabar untuk teruskan misi. Sudahnya, dia berdiam diri. Agak pedih ulu hati, menusuk terus ke kalbu. Benarkah dia lakukan ini?

Sekadar membuntuti yang lain mulai melangkah, Syaf menerawang jauh memikirkan sesuatu. Perjalanan yang riuh-redah dengan bualan pengenalan diri masing-masing, nampaknya baru hari ini mereka berkesempatan berkenalan.

"Kau pula, bro?" tegur lelaki sebaya dengannya. Syaf memalingkan muka, mengerjap teliti penampilan gerangan lelaki berkaca mata itu. Pinggir bibir larik senyum, manis. Syaf membalas kekok, janggal pula apabila orang hadapan turut memandang padanya. Seakan menanti.

Penawar Kasih Pawana | CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin