Bab 57

455 12 6
                                    

"daddy,mummy panggil." Cikgu Asyraf yang leka bermain telefon dipanggil oleh Aralin

"okay kakak." Sebelum dia ke atas,sempat dia mengosok kepala anaknya itu.Selain daripada Nayra yang terkesan kerana kemalangan yang lalu,Aralin juga terkesan.Dia yang bersama Nayra selama Cikgu Asyraf digunakan oleh Cikgu Izyan.Dia lah yang menjaga adik adiknya ketika Nayra koma.

_____________________________

"yes sayang?ada apa panggil abang?"  Nayra sedang melipat baju di atas katil didekati oleh Cikgu Asyraf.Cikgu Asyraf terus meletakkan kepalanya ke riba Nayra

"ni mama tadi ada call,katanya nak ajak kita satu keluarga pergi bercuti.Nanti abang bagitaulah anak anak." Kata Nayra tanpa melihat suaminya,matanya leka melihat baju baju serta tangannya laju melipat baju.

"abang tak ajar tau cakap dengan orang tak tengok muka dia.Sayang ni okay ke tak?" Cikgu Asyraf terus bangun dan duduk bersila disebelah Nayra dan menarik tangan Nayra dengan perlahan supaya Nayra berhenti melipat baju

"ishh apa abang ni.Sayang nak lipat baju ni." Kali ni Nayra melihat muka Cikgu Asyraf dengan wajah tidak puas hati.Cikgu Asyraf terus memanggil Aralin.

"ye daddy?"

"Ara tolong lipat baju ni semua boleh? mummy letih dah.Nanti daddy bagi upah." Aralin hanya menunjuk isyarat okay dan terus mengambil bakul baju itu dan bawa ke biliknya.

"abang ni kenapa suruh Ara pula yang lipat.Tu kan baju abang.Pergi ambik balik."

"sayang ni yang kenapa.Marah sebab abang bercakap dengan Aisyah?" nada tegas yang membuatkan Nayra sedikit takut

"dah tahu lagi tanya buat apa." walaupun suaranya tidak terlalu kuat namun masih dapat ditangkap oleh Cikgu Asyraf

"princess dengar sini.Abang bercakap dengan Aisyah as a friend takde lebih dari tu.And abang pun cakap yang abang keluar dengan isteri bukan girlfriend ataupun sorang.Tapi dengan isteri.Kalau abang ada salah cakap,abang minta maaf.Sayang tidur dulu abang ada kerja sikit." Selesai berkata,Cikgu Asyraf terus bangun namun ditahan oleh Nayra.

"sorry." Kata maaf itu terkeluar bersama mata yang sudah berkaca.Cikgu Asyraf terus duduk dan tersenyum.

"sayang tak perlu minta maaf pun.Tak salah nak cemburu tapi janganlah sampai macam ni okay? abang tak suka." Cikgu Asyraf berkata sambil mengosok kepala Nayra.

"Sayang nak abang temankan sayang tidur ke?" Nayra mengangguk.Cikgu Asyraf tersenyum lalu membetulkan kedudukannya sama juga dengan Nayra.Nayra terus baring disebelah Cikgu Asyraf.

_____________________________

"aipp janggut jangan dimain sayangku.Morning." Cikgu Asyraf menahan tangan isterinya dari bermain dengan janggutnya tetapi mata masih tertutup.

"ehh abang dah bangun?" Nayra menarik tangannya dari pegangang cikgu Asyraf.Cikgu Asyraf pun membuka mata dan senyum.

"iye sayang."

"abang boleh tak esok kita pergi genting?" Nayra menyatakan hasratnya selepas melihat suaminya mula bergerak ke tandas.

"nak buat apa kat genting?" Cikgu Asyraf memandang Nayra dengan reaksi pelik.

"saja nak jalan jalan.Tapi sayang nak kita berdua je boleh?" Lagi pelik Cikgu Asyraf dibuatnya.Terbantut niatnya ingin mandi.Laju sahaja dia duduk di depan Nayra.

"kita berdua?Takkan sayang nak tinggal anak anak.Mummy ngan daddy pun nak rehat sayang.Nak hantar kat along? Dia pun ada keluarga sendiri.Kita bawa jelah diaorang ye?" Cikgu Asyraf membantah keras cadangan Nayra.Nayra hanya mengangguk senyap.

-------------------------------------------

Di ruang makan semua perasan akan perubahan Nayra.Dia hanya senyap dari tadi.Makanan dihadapannya pun dimain main dan tidak terusik.

"ngah kau alright tak?" Aniq memecahkan kesunyian namun Nayra tidak menyahut dengan panggilan Aniq.Cikgu Asyraf mencuit paha isterinya.Terus Nayra memandang Cikgu Asyraf.

"tu along tanya." Giliran Aniq dipandang oleh Nayra.Aniq hanya mengeleng sebelum mengulang pertanyaannya tadi.

"kau okay tak?Senyap je dari tadi." Nayra hanya mengangguk.Aniq mengangkat kening ke arah Cikgu Asyraf.Cikgu Asyraf hanya mampu mengangkat bahu.

"daddy,Asyraf nak minta izin boleh?" Cikgu Asyraf memandang Tuan Rosli.Tuan Rosli mengangguk.

"esok Asyraf nak bawa Nayra jalan jalan.Tapi anak anak Asyraf tinggal sini dulu boleh?"

"lahh daddy ingatkan minta izin apalah tadi.Boleh je nak tinggal cucu cucu dekat sini.Takdelah sunyi sangat.Aniq ngan Nadhirah pun malam ni balik.Jadi esok ada diaorang ni adalah teman daddy ngan mummy nak berborak." Cikgu Asyraf hanya memberikan senyuman.Namun bila dilihat muka anak anaknya,terutama Airil dan Auril.Mereka memberikan wajah yang masam mencuka.Dia tahu anak anaknya tidak berpuas hati.

_____________________________

"Ara dengan Lin meh dekat daddy kejap." Cikgu Asyraf memanggil anak perempuannya yang sedang belajar di ruang makan.Aralin dan Arlin laju bergerak ke Cikgu Asyraf.

"kenapa daddy?"

"esok tolong jagakan adik adik eh.Daddy nak bawa mummy keluar kejap.Malam kitaorang balik.Lepastu jangan nakal nakal duduk rumah.Tolong tokma okay?" Cikgu Asyraf menyampaikan pesanan ke anak perempuannya.Dia tahu mereka ini boleh diharapkan jika meminta pertolongan.





_____________________________

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GURU SUKAN KU SUAMI KUWhere stories live. Discover now