"Iya. Dalam setengah jam macam tu mereka sampai kamu pun sampai, "

"Ouh. Okeylah kalau macam tu, "

"Eh Qays bila sampai? "Tegur Datin Hanna yang baru sahaja muncul di ruang dapur. Terkejut juga dia tengok ada Qays sekali. Bukan senang menantunya itu nak balik ke sini sebaik sahaja melanjutkan pelajarannya.

"Baru je mummy. Babah mana? "

"Babah dia keluar kejap katanya ada appoinment tadi. Tapi, dia lunch dekat rumah hari ni, "terang Datin Hanna. Sedikit sebanyak dia lega Qays berada di sini. Kasihan Aira. Dia tahu anaknya itu rindukan Qays.

"Ha ni naiklah atas dulu rehat-rehat. Aira pun ada tu ha dekat atas. Entah buat apa pun tak tahulah. Naiklah dulu jumpa Aira. Biar mummy dengan umi yang masak, "dengar sahaja itu, Qays menggaru lehernya yang tidak gatal. Liur ditelan kesat.

"Betul jugak cakap mak mertua kamu tu. Naiklah dulu rehat-rehat. Bolehlah luang masa dengan isteri Qays tu, "tambah Puan Mariam pula. Akhirnya Qays akur sahaja. Dengan rasa perasaan yang bercampur, Qays naik juga ke biliknya bersama Aira. Berdebar lain macam sebab dia jarang sekali pulang ke sini setelah menyambung pengajian.

Rindu?

Gila tak rindu! Tapi perasaan itu hanya ditahan sahaja kerana takut dia akan bertambah sakit dengan kebenaran yang patut diterima. Dia bukan pengemis cinta. Anak tangga dipijaknya satu demi satu.













PERLAHAN-LAHAN pintu bilik Aira Qays tolak. Matanya meliar memandang keadaan sekeliling bilik. Sunyi. Tadi cakap Aira ada dalam bilik tapi mana Aira sekarang ni? Qays tutup rapat pintu bilik mereka. Beg galasnya dibuang daripada belakang sebelum diletakkan ke atas sofa yang terdapat di dalam bilik.

Aira yang baru sahaja siap mandi. Terus sahaja dia melilit tuala ke badannya. Selepas sahaja dia bertudung, nak pakai pakaian yang terdedah di luar daripada bilik terasa sangat asing untuk dirinya. Cuma dalam bilik sahaja dia boleh seksi-seksi macam ni.

Selesai melilit tuala ke badan, Aira terus keluar dari bilik air. Bunyi pintu bilik air yang terbuka mengalih perhatian Qays untuk menoleh. Terkejut Aira melihat gerangan yang berada di dalam biliknya sekarang ini. Kelam kabut dia berlari semula ke dalam bilik air. Entah kenapa rasa malu menyerbu ke muka padahal sebelum ni dia sudah seksi lebih daripada ini di hadapan Qays.

"Bb—bila awak balik? "Tanya Aira dari sebalik pintu. Qays yang sememangnya terkejut dengan keadaan itu memang statik di sofa. Liur ditelan. Sudah lama dia tidak memandang Aira dengan keadaan Aira yang seksi macam tu. Memang betul menguji tahap keimanan dirinya.

"Baru je, "balas Qays pendek.

"Ermm... Boleh tak aw—awak keluar dulu? Saya nak pp—pakai baju, "

Qays tergelak kecil. Sejak bila Aira ada perasaan malu? Qays bangun bergerak ke arah bilik air. Dia tahu Aira ada di sebalik pintu sahaja.

"Kenapa pula saya kena keluar? "Soal Qays sengaja mahu mendengar jawapan Aira.

"Aw—awak tahukan saya tengah pakai apa sekarang ni? "

"Dulu okey je. Lebih daripada tu pun dah pernah pakai kan? "Perli Qays.

"Saya malulah. Please awak, tolong keluar dulu, "Aira sendiri pelik dengan diri sendiri kalau dulu dialah manusia yang paling suka seksi. Dengan crop top, seluar pendeknya lagi. Teruknya dia dulu.

Aira dengar Qays ketawa sinis.

"Sejak bila awak ada perasaan malu? Dengan suami sendiri pun nak kedekut, "tanpa bercakap lebih banyak lagi, Qays terus keluar dari bilik tanpa memberitahu Aira. Tapi bunyi pintu yang tertutup dapat Aira tahu bahawa Qays sudah pun keluar.

Dengan perlahan pintu bilik air kembali dibuka. Fuh! Kus semangat dia. Laju almari pakaian dituju untuk mencari baju.

Aira menarik senyum segaris. Dah lama dia tak jumpa lelaki itu. Kalau dulu, itulah lelaki yang paling dia benci tapi sekarang lelaki itulah yang setiap hari dia tunggu kehadirannya. Dan, sekarang Qays ada di sini dapatlah dia melepaskan rasa rindunya terhadap Qays.

"Malu konon padahal sebelum ni lagi teruk daripada tu okey je. Sekarang tiba-tiba nak rasa malu? Huh, nonsense! "Gumam Qays sendirian. Keluhan berat dilepaskan.














Don't forget to vote and comment too.. Sorry guys lama tak update i lost my idea.. Maaf sangat kalau chapter terlalu bosan dan hambar...

Thanks yang selalu support story saya yg ini.. Love you guys so much❤tambah ii yang selalu tinggal comment.. I really appreciate it.. Kdg dengan komen saja pun boleh naikkan semangat saya nak sambung menulis.. Muehehehe🙈❤

TBC

29/7/2022

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now