2014

46 0 0
                                    




Kisah ini bermula pada tahun 2014, dimana pada tahun itu aku akan menduduki peperiksaan SPM. Boleh dikatakan hubungan aku dan keluarga aku mulai renggang. Aku merasakan sangat tersisih dari keluarga. Aku sengaja menjauh dari ibu, ayah dan adik adik.Aku jarang bercerita dan berborak dengan mereka, aku juga menyimpan semua masalahaku sendiri. Dalam fikiran aku, aku benci mereka dan mungkin, mereka juga membenci aku.Kerana itulah akhirnya lama kelamaan aku semakin menjauh sehingga di tahap aku tak suka melihat wajah mereka dan benci sekali untuk duduk semeja makan bersama keluarga.

Ibu aku sudah tentu melihat perubahan yang berlaku pada diri namun hanya berdiam. Ayah juga begitu. Sepanjang masa aku dirumah aku hanya duduk memencilkan diri di bilik.

Jika ditanya bagaimana personaliti aku, aku lebih kepada pemalu dan pendiam orangnya.Namun, ibu kata aku juga agak baran. Jika marah, habis patah meja dan kerusi kerana aku hentak dan lempar. Pernah juga aku hancurkan pintu bilik rumah. Semua kerana sikap panas baran aku ketika itu. Jika tidak dapat mencapai harta benda untuk melampiaskan kemarahan, badan ini sendiri menjadi mangsa. Muka dicakar, kepala dihantuk, dinding ditumbuk. Marah ini bagaikan tidak dapat dikawal, makin dipujuk makin mengamuk.

Kalau di sekolah aku hanya mahu berjumpa rakan. Aku hanya mahu bergelak tawa dan bersuka ria. Rasanya seperti masalah di rumah hilang dan tidak perlu difikirkan lagi.

Namun sejujurnya, aku rasa sangat teruk ketika itu. Dalam kelas aku tidur. Aku hilang minat untuk belajar.

Akhirnya keputusan SPM aku teruk, pada aku lah. Semua abjad aku bolot. Ada 4 A, ada 1B, 2 C, 1 D dan satu subjek gagal. Aku makin kecewa masa itu. Tambah pula mendengar khabar keputusan SPM kawan-kawan dan sepupu-sepupu sebaya aku semuanya cemerlang, lagi lah aku kecewa.

Namun, ketentuan Allah itu hebat, aku masih dapat masuk ke sebuah universiti tempatan walaupun bukan kos yang aku mahukan. Ketika itu aku berasa gembira kerana pada aku sekurang kurangnya aku tak perlu lagi tinggal dirumah.

SKIZOFRENIAWhere stories live. Discover now