BAB 28 - BATTLE FOR THE THRONE

77 15 102
                                    

Sambungan..

"Siapa dia?"

Lama Ariana menunggu jawapannya.

"RAJA NAGA"

Bulu roma Ariana tiba-tiba menaik. Dia tidak tahu mengapa. Mendengar sahaja nama itu perasaan yang lain muncul. Jantung berdegup kencang saat menanti lelaki itu akan muncul. Mengapa dia begitu berdebar mendengar nama itu? Adakah aku mengenal dia?

Dayang tadi terus masuk dan mendudukkan Ariana untuk dipersiapkan rambutnya.

Ariana memandang dayang di pantulan cermin hadapan. Dia ingin menanyakan sesuatu.

"Dayang."

"Ya?"

"Sini ada Raja Nagakah?"

"Raja Naga?"

Ariana memandang dayang tersebut. Dayang mengangkat pandangan seraya mengerutkan dahi memandang gadis muda itu. Tidak pernah dia mendengar nama Raja itu.

"Saya tidak pernah tahu ada Raja Naga. Yang saya tahu hanya Raja Ru, Raja Jau, Raja Ga dan Raja Ren. Itu sahaja."

[Author namakan Raja ikut warna hahah 😂. Malas nk fikir. Ok teruskan membaca.]

"Ouh.."

Lama mereka berdiam.

Dayang pula sedang menyiapkan rambut Ariana. Tiba-tiba dia teringat nama Ariana sebut tadi.

"Oh! Ariana mengatakan Naga kah?"

'Yalah, dari tadi orang kata Naga,' omel Ariana dalam hati.

Ariana mengangguk.

"Naga itu yang bakal lawan raja kah? Kenapa tidak cakap awal-awal?" Kata Dayang tergelak kecil.

Ariana hairan, mengapa panggil dia Naga sedangkan dia adalah seorang Raja?

"Bukankah dia Raja?"

"Bukan lah. Dia belum dapat gelaran Raja jika dia tidak menewaskan seorang Raja. Tetapi, mustahil dia dapat menewaskan Raja.. hahah.. tidak mungkin.." kata Dayang ketawa menyindir.

"Kenapa pula?"

Dayang menarik nafas dahulu dan menghembus perlahan.

"Ariana, tiada seorang pun pernah menang berlawan dengan Raja. Tidak pernah seorang pun. Raja itu kuat, dia memiliki kuasa yang orang biasa tidak ada. Mustahil ada yang boleh kalahkan Raja. " Jelas dayang.

"Pahlawan pun orang biasa juga. Dulu, mereka pernah berani ingin melawan Raja. Akhirnya mereka tewas di tangan Raja Kala. Raja Kala terkuat sekali dari raja-raja lain. Itu kerana semua takut akan Raja Kala." Sambung Dayang lagi.

Ariana hanya mendengar. Riak wajahnya bertukar sedih semula.

'Tiada peluang lah aku lepaskan diri.' Ariana berkata dalam hati.

'Ash.. akak sayang Ash tau. Maaf jika akak hilang selamanya dari hidup Ash.' kata Ariana dalam hati dengan wajahnya yang sedih.

Air mata Ariana jatuh ke pipi.

"Laa.. cik Ariana. Kenapa cik Ariana sedih? Soleknya sudah hancur. Saya kena buat semula lah ni." keluh Dayang.

---------------------

RAJA-RAJA telah sampai ke istana Raja Kala. Raja-raja itu yang disebutkan dayang tadi. Semuanya hadir dan duduk pada tempat masing-masing.

Mereka semua menunggu kedatangan Raja Kala. Raja Kala masuk dan duduk di tempat gah nya. Perlawanan ini diadakan sekali setahun dan ditempatkan di istana masing-masing secara bergilir-gilir. Dan.. sekarang, giliran tempat istana Raja Kala pula.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now