Bab 27 - FUTURE KING

75 17 93
                                    

DUNIA BUMI




ARASH.. ARASH.. ARASH..’





Arash terbangun dari mimpinya. Dia menoleh sekeliling di biliknya. Gelap.
Suasana malam. Kipas di siling mati.

Panas dan berpeluh.

Dia terjaga dari tidur.

Arash bangun dan melangkah keluar dari biliknya.

Pandangan gelap.

Hitam.

Remaja itu hairan. Bekalan elektrik putus ke?

Dia masuk kembali teraba-raba mencari telefon pintar di atas katil. Tangan merasa bentuk petak panjang.

Telefon miliknya.

Dia membuka dan menekan ikon 'flashlight.' Dia menyuluh biliknya yang gelap lalu melangkah keluar kembali menyuluh  ke arah pintu Hariz dan Raziq.

Pintu mereka tutup rapat. Mungkin mereka sudah dibuai mimpi, tidak sedar bekalan elektrik putus. Arash menyuluh ke pintu abang Isaac di sebelah yang tertutup rapat seraya kaki melangkah ke pintu tersebut.

Dia mengetuk pintu bilik abangnya.

Tok! Tok!

"Abang? Abang Isaac?"

Senyap.

Dia mengetuk lagi, mungkin abangnya tidur tidak sedar bunyi ketukan di luar.

"Abang?"

Tiada sahutan.

Arash memulas tombol pintu bilik abangnya.

Berkunci.

Hairan.

Selalunya setiap malam, abangnya tidak akan mengunci pintu jika dia terganggu tidur.

Di saat Arash perlukan abangnya, lelaki itu tiada. Keluhan kecil dilepaskan.

"Mana pula abang Isaac? Malam gini dia keluar pergi mana?" Arash mengomel sendirian. Lagipun dia memang takut gelap begini.

Arash menilik jam digital di telefon pintar, angka menunjukkan 12.00 pagi. Arash hairan abang Isaac tiada di bilik pada waktu begini.

Jantungnya berdebar kerana takut dengan pandangan kehitaman di sekeliling. Dia mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam biliknya.

Sedang dia melangkah ke biliknya,

tiba-tiba sekilas cahaya putih kelihatan di ruang tamu. Arash terkejut. Cahaya tadi hanya sekilas sahaja.

Dia mengemam bibir takut. Debaran kian laju. Apakah benda tadi yang masuk ke dalam rumah?

Kaki mengorak melangkah dengan perlahan ke ruang tamu untuk melihat ke luar pintu sliding. Nasib ruang tamu gelap, jadi memang tidak akan nampak dari dalam kelibat seseorang yang terjaga.

Arash menutup 'flashlight' dan tercari-cari cahaya itu.

Kelihatan dua susuk tubuh manusia yang tidak menampakkan wajahnya di sebalik semak samun itu. Arash hanya memerhati dari dalam dengan dahi berkerut.

"Rieyu-san, come on! They have called us. Everyone is there."

"Wait.. we need to see that boy."

"I don't think he want to see you."

Tiba-tiba cube empat segi di tangan Rieyu berbunyi dengan cahaya berwarna merah. Sebuah kampung di sana dalam bahaya dan memerlukan pertolongan.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now