~~~~~~~~~~~

Aish terkelu tatkala mengangkat baju yang diberi Zharil. Nightgown yang berwarna maroon itu dia pandang lama dengan masih memakai bathrobe. Seksi sangat ni. Kenapa Zahra perlu beli baju macam ni waktu dia dan Zharil tidur di hotel. Aish menggeleng kepalanya berkali-kali.

“Kenapa tak tukar baju lagi?” Soal Zharil yang sudah memakai set baju bewarna kelabu. Dia langsung tidak tahu baju apa yang Zahra belikan. Pandangannya kini terarah pada Aish yang sedang menggeleng kepala.

Baju yang berada dalam genggaman disembunyikan dibelakangnya apabila mata Zharil tertumpu pada nightgown itu. Zharil tidak boleh nampak baju ini. Malu! Dia sangat malu dengan Zharil sekarang. Zahra ni tak ada baju lain ke nak beli?

Pretty. It will suits you.” Dengan senyum sinis dia berkata. Tak salahkan seorang isteri menyenangkan hati seorang suami dengan memakai nightgown seperti itu.

“Dr ada baju lagi tak?” Dengan kepala yang menunduk dia bertanya. Dia tak akan pakai baju ni. Never!

~~~~~~~~~~~

Rumah Dato Daruz

So, macam mana? Apa comment Yad dan Zid?” Tanya Dato Daruz secara tiba-tiba ketika si kembar sedang berborak sesama sendiri di ruang tamu. Dato Daruz mengambil tempat di hadapan Ziyyad dan Zayyid. Dia pandang wajah anaknya dengan penuh harapan seperti dia memandang wajah Zharil ketika meminta anak sulungnya menggantikan tempatnya.

Dalam keadaan tidak bersedia, mereka berdua memandang Dato Daruz. “As for me, everything is good. Yad pun dah tau sangat selok belok syarikat tu.” Kata Ziyyad dengan penuh keyakinan.

“Hm. Zid pun dah tengok syarikat tu. Staff pun memang intelligent. Sangat teratur kertas kerja yang dorang buat.” Zayyid yakin dalam semua keputusan yang papanya buat. Dia sangat tidak ragu untuk bekerja dalam syarikat mereka yang dibangun papanya sendiri.

That’s good. Papa harap kamu berdua tak terburu-buru dalam membuat keputusan. Kalau tak tahu, tanya kat along atau staff yang dah lama kerja kat sana.” Bibir mengukir senyuman gembira. Sudah lama dia tunggu waktu ini tiba. Tiba masa untuk dia berehat dan melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang masing-masing.

~~~~~~~~~~~

Aish yang duduk di hujung katil dengan diselimuti selimut putih itu dipandang Zharil yang sedang berdiri. Dengan gaya tangan mencekak pinggang dia bergerak ke kiri dan ke kanan berulang kali. Kepala sedang memikirkan sesuatu namun dia sendiri tidak tahu apa.

Melihatkan Zharil yang bergerak ke kiri dan kanan seperti orang yang mempunyai masalah membuatkan Aish risau. Kalau tidak disebabkan nightgown yang dia pakai ini, sudah lama dia tarik Zharil untuk duduk.

“Dr ni kenapa? Dr ada masalah ke? Kalau ada, bagitau lah saya mana tahu saya boleh tolong.” Aish memecahkan kesunyian antara mereka.

Zharil memberhentikan gerakannya tatkala mendengar teguran Aish. Kini dia hanya berdiri dengan  gaya memeluk tubuh. Matanya mengunci anak mata Aish. Wajah tegang dia perlihatkan. Dia tidak tahu sama ada dia perlu lakukannya ataupun tidak. Kenapa susah sangat dia nak luah?!

“Apa pangang-pandang? Cucuk mata tu kang.” Sambil dua jari ditujukan pada Zharil. Badannya merasa seram sejuk melihat pandangan tajam Zharil. Lagi-lagi apabila Zharil melakarkan senyuman sinisnya.

Zharil membuka langkah mendekati Aish lalu duduk di hadapan Aish yang masih diselubung dengan selimut. Pandangannya tidak lari dari menatap wajah Aish yang kecil itu. Tangan naik menarik selimut dari kepala Aish perlahan.

Zharil DarrizHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin