BAB 22 - CHELSEA

69 15 70
                                    

HARI ini adalah hari cuti.

Arash bangun, mandi dan pergi ke dapur untuk bersarapan. Zafran akan datang ke rumah asrama Arash kerana sudah memberitahu semalam bahawa dia dan Arash berjogging sama.

Zafran yang terlihat abang Isaac di luar hanya tersenyum. Isaac sedang baiki keretanya yang lusuh. Zafran melangkah masuk setelah melihat pintu rumah asrama dibiar terbuka oleh abang Isaac.

Dia memandang Arash yang masih belum bersiap dan sedang bersarapan di dapur. Dapur dan ruang tamu bersebelahan, ya.

Zafran berjalan ke arah kawannya itu.

"Eh Ash, kata nak jogging hari ni? Kenapa sarapan dulu?"

Arash yang sedang makan roti disapu mentega tidak sedar akan kehadiran Zafran yang sedang menegurnya.

"Zach?"

Tiada respon dari Arash.

Zafran mengerutkan dahi lalu memegang bahu kawannya yang sedang makan.

Arash terkejut. Dia menoleh ke belakang, memandang Zafran langsung wajahnya berubah.

"You? What are you doing here?" Tanya Arash seraya menyilangkan tangan.

Zafran kaku. Siapa ni? Minah Salleh semalam ke? Hadui..  Dia memusing lalu berjalan untuk mengelak perempuan tersebut tetapi baju belakangnya sempat dicapai oleh Arash. Zafran menoleh memandang Arash.

"Where are you going, young man?"

Zafran memejam mata, 'Patutnya aku tak tegur je dia. Kalau dah Arash dan Zach tak respon,' getus dia dalam hati.

Zafran menarik tangan Arash supaya dilepaskan pegangan itu lalu duduk di sofa membuka siaran di televisyen. Dia malas melayan minah tu.

"Hello? Are you listening what I said?"

"Zafran."

"What?" Soal Chelsea.

"My name is Zafran and call me An. Not young man," ucap Zafran menyindir, dia ingat aku tak pandai inggeris ke? Hmph!

Chelsea memusingkan bola mata,

"Ok. Zaf-ran." Dia menekan nama tersebut. Dia memandang lelaki itu kembali yang tidak melayannya.

"Zafran.."

"What? "

"You owe me something."

"What? I owe you? "

"Yes. You slap me that day, so you owe me."

Zafran gumam perlahan, "Apa lagi yang akan berlaku ni?"

"What do you want?"

Arash menilik dari atas bawah diri Zafran di hadapannya.

'Not bad,' kata Chelsea dalam hati seraya senyum.

"I want you treat me."

Zafran mengeluh. Sepatutnya pagi ini, jogging, sekarang lain pula jadi. Macam mana lah perempuan ni boleh muncul? Hairan. Arash dah lupa ke mereka keluar bersenam pagi ni?

"Can you speak Malay, Chelsea? Rimas lah pakai Inggeris ni. Aku tahu aku pandai, tapi aku malas nak speaking dengan kau." Bicara Zafran sambil memuji diri sendiri.

Senyuman Chelsea hanya sebentar. Raut wajah memandang tajam ke arah Zafran.

"Ok, takpe lah. Tak fahamkan? Sa-ya per-gi du-lu." Kata Zafran ucap satu persatu patah seperti mengejek Chelsea yang tidak bercakap Melayu.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now