BAB 21 - ALTER

81 16 56
                                    

ARASH bangun. Dia berasa pusing dan sakit mata lalu melihat wajahnya di cermin, matanya bengkak. Dia melihat biliknya, ada sesuatu yang dia hairan. Lampu bilik dia padam, setahu dia, dia tidak menutupi lampu kelmarin. Dia mencapai tuala mandi dan melangkah keluar dari bilik untuk masuk ke bilik air. Bilik air rumah ini semestinya kongsi bersama.

Setelah itu, dia bersiap berpakaian untuk kelas pertama. Isaac kebetulan lalu di hadapan bilik Arash yang terbuka.

"Ash nak keluar ke?"

"Ha'ah."

"Kita pergi sekali lah."

"Okay."

--------------

ARASH dan Isaac berjalan bersama menuju ke bangunan kampus masing-masing.

Arash hairan abang Isaac tidak bertanya akan matanya yang bengkak. Rasanya bengkak mata ni terlihat jelas.

"Erm.. mata Ash tu kenapa? Ash menangis ke?" Tanya Andika pura-pura tidak tahu hal pagi itu. Hampir sahaja dia terlupa bertanya keadaan remaja itu.

"Erm.. tiada apa lah. Mungkin saya tak cukup tidur." Kata Arash. Tahu-tahu sahaja apa dia berfikir tadi.

"Ye ke ni? Sebab abang ada dengar Ash menangis."

Arash terdiam. Mungkin kerana dia rindukan kakaknya yang lama menghilang, Iqbal muncul. Dia mengeluh berat.

"Saya cuma.. rindu seseorang."

"Siapa?"

Arash diam lama. Wajahnya bertukar sedih, cepat-cepat dia menutup kesedihan dengan senyuman.

Andika perasan perubahan wajah Arash tadi. Dia sempat mengerling.

"Maaf Ash.. abang salah tanya ke?"

"Eh tak pe.. saya cuma rindu kakak saya. Saya dah lama tak jumpa dia."

"Ouh, kakak Ash kat mana sekarang?" Andika cuba bertanya tentang hal itu pada Arash, jika tidak bertanya, Arash pasti akan mengesyaki sesuatu tentang dia yang tidak banyak bertanya. Walaupun berat untuk mengetahui jawapannya, Andika terpaksa juga berlakon.

Arash senyum nipis ke muka abang Isaac, "Dia kerja jauh. Sibuk."

Andika terdiam. Dia tidak sampai hati melihat Arash yang kerinduan lama pada Ariana. Ingin sahaja dia mengatakan hal sebenar tetapi dilarang Ariana untuk tidak membuat adiknya resah.

"Ouh.. Ash sabar lah nanti jumpa jugak kan?" Senyum Andika, dalam hati siapa tahu.

Arash hanya senyum.

Mereka sudah sampai ke fakulti masing-masing. Isaac dalam bidang sains dan komputer. Arash pula pengurusan dan perniagaan. Mereka berpisah pergi ke arah kampus masing-masing.

Di kelas

Arash duduk di belakang sekali. Dia lebih selesa di bahagian belakang. Semua pelajar menunggu pensyarah untuk masuk. Sambil-sambil itu ada seorang pelajar menegur Arash.

"Hai. Awak Arash kan?" Tanya pelajar lelaki tersebut.

"Ha'ah. Saya kenal awak ke?"

"Tak. Tapi awak tau tak, awak dah mula famous?"

Arash hanya menggeleng, tanda tidak tahu.

"Ouh, mungkin awak tak perasan. Nanti ada lah tu fans awak tegur."

"Nama awak?" Tanya Arash.

"Saya Dion."

Arash tidak pernah dengar lagi nama itu.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now