MMM 4

1.1K 62 16
                                    

PAGI-PAGI dah bersemut. Wajah Aisyah tidak lekang dengan senyuman manis. Mata nya menatap susuk tubuh seseorang yang sedang khusyuk solat asar di hadapan nya.

Ryan perlahan-lahan mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Semenjak dua menjak ini Ryan asyik berkurung dalam bilik kerja sahaja. Mula nya semua di luar pemerhatian Aisyah. Suatu hari di mana dia tergerak hati untuk menyelinap masuk ke dalam bilik kerja atau lebih tepat bilik peribadi suami nya apabila lelaki itu duduk lama di dalam bilik nya. Masuk sahaja seperti mahu luruh cik jantung apabila mendengar suara alunan merdu suami nya membaca Al-Quran. Dia akui itu adalah detik yang terindah buat nya bersama Ryan.

" Jauh menung. " suara serak basah Ryan menyapa di halwa telinga. Lebar-lebar Aisyah senyum sebelum mendongak kan kepala ke atas.

" Ni nak apa? " Ryan yang habis melipat sejadah datang dekat dengan isterinya. Wajah jelita Aisyah di tenung.

" Nak kiss. Hehe. " Aisyah semakin dekat dengan Ryan yang berdiri di tepi katil. Pinggang Ryan di peluk. Dah habis solat boleh lah sentuh!

Ryan menggeleng kepala nya. Lantas dia hadiahkan ciuman hangat pada dahi bersih Aisyah. Makin melebar senyuman isteri kesayangannya itu.

" Hubby nampak hot lah dengan kain pelekat. Rambut pun agak messy! Aisyah suka! " Ryan menahan senyum. Isteri Ryan Rykal mana pernah tak comel. Baik kau setuju.

" Ye honey.. " Ryan menarik senyuman nipis. Kepala Aisyah di usap sayang sebelum beredar masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian.

Aisyah senyum suka. Macam nak peluk erat-erat sahaja suami nya itu. Tak nak bagi lepas.











RIUH rendah ruang tamu itu apabila di meriahkan dengan suara kanak-kanak bermain. Seronok Aryan, Ryanna dan Adrian bermain dengan Radhif dan yang lain.

Kaum wanita semua berada di dapur siapkan makanan untuk berbuka puasa. Manakala kaum lelaki melepak di halaman rumah.

" Long time no see brother. Enam sekawan, let's go- "

" Diam. " terdiam Syaril jadinya apabila Ryan terlebih dahulu memintas bicara nya. Syaril mencebik geram. Halamak dia ni. Ustaz tengok dia ni ustaz!

" Baru nak jadi budak tiktok. Potong kaki betul lah dia ni! " ujar Syaril menyampah. Punggung di hempas kuat pada sofa bermodenkan kayu itu.

" Poyo lah kau Ril... Asal tak ajak aku? " Jordan menyondol bahu sahabat nya itu. Kening di jongket beberapa kali. Syaril menarik senyuman sinis.

" Kau nak try tak? " Syaril berbisik perlahan di tepi telinga Jordan. Jordan pantas mengangguk dengan sengihan.

" Cun! Jom! " Syaril menarik tangan Jordan mengikut nya. Ketahui lah rakan-rakan. Dari sejak mereka perbodohkan musuh dahulu menggunakan tiktok, kitaorang ni pun dah terjebak sekali. Maaf lah. Abe Syaril dan abe Jordan sekarang nak bertiktok.

Ryan menggeleng perlahan. Puasa puasa ni pun nak bertiktok. Orang sekarang berebut rebut nak berdoa sebelum berbuka puasa. Lain pula yang di buat oleh mereka.

" Apa plan kau lepas ni? " Aarif mula membuka topik. Wajah adik ipar nya itu di pandang. Ryan menjongket bahu.

" Aku nak fokus pada Aisyah dan anak-anak saja sekarang. Pasal kerja kedua tu aku nak berhenti. " mudah, ringkas Ryan berucap. Memang betul. Walaupun Aisyah tidak memberitahu, namun dia tahu bahawa isterinya itu tidak suka jika dia libatkan diri dalam dunia Mafia tersebut.

" Baguslah. Aku pun dapat tengok betapa gembira nya Aisyah sekarang. Sejak dia tahu kau mula belajar soal agama ni, bukan main happy dia cerita dekat aku. " Ryan menunduk seraya menarik senyuman nipis. Masih segar di ingatan nya apabila Aisyah menangis nangis menerpa tubuh nya sewaktu dia membaca Al-Quran. Masa itu semua perasaan bercampur aduk. Gembira, sedih, malu. Gembira sebab dapat mengubah dirinya. Sedih kerana sebelum ini dia tidak pernah libatkan dirinya dalam hal agama. Dan malu apabila berhadapan dengan isterinya sedang diri dalam alpa dengan duniawi.

" Pasal musuh itu semua jangan risau. Aku dan Hyder akan handle. Aisyah sekarang lebih memerlukan diri kau. Lagipun, sekarang bulan puasa. Banyak kan lah luang masa dengan dia. " ujar Aarif lagi. Sekali sekala rambut nya di sebak ke belakang.

" Puasa kena full macam ni. " kedengaran sangat polos pada halwa telinga Aarif. Ketahui lah bahawa Ryan dahulu sering ponteng puasa.

" Bawa bawa lah diri tu bertaubat. Ganti puasa sebelum ni. "

" Aku puasa penuh lah ngok! "

" Yeke? Boleh percaya ke ni? " Ryan membaling bantal kecil di tepi nya pada Aarif. Malang sekali Aarif cepat bertindak dan orang dibelakang yang terkena.

Terhenti segala perbuatan Jordan dan Syaril yang sedang merakam itu. Kepala mereka disentuh sebelum memandang ke belakang. Tajam mata mereka. Kaki mengatur langkah laju mendekati Ryan.

Belum sempat mereka menghampiri, mereka terhenti di tengah jalan apabila Ryan mula berdiri. Tegak seperti menyanyikan lagu negaraku sahaja mereka di bawah terik panas itu. Berubah tak berubah. Aura mafia Ryan tetap ada!

" Apa? Nak balas balik? " Ryan menyoal. Riak wajah selamba di tayang. Kedua tangan dibawa masuk ke poket seluar.

" Mana ada! Nak ucap terima kasih sebab balingkan bantal tadi. Sedar diri juga lah kami. "

" Haah betul! Tiba-tiba ingat Tuhan. " sokong Jordan. Syaril dan Jordan pandang sama sendiri sebelum mengangguk pantas.

" Dah alang-alang tu. Imam kan lah maghrib hari ini. Boleh kan? " Aarif bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Menjadi penonton antara mereka bertiga.

" Siapa? Aku? Jordan? " Syaril menyoal. Aarif menarik senyuman sinis. Lalu tangan nya di tunjuk ke arah Syaril.

" Menari TikTok pandai. Imam kan makmum tak kan tak pandai? " sinis Aarif bersuara membuatkan Syaril termalu sendiri. Puncak hidung di garu.

" Jangan main-main lah dengan abe Syaril! Anak emak ni! " Syaril mendabik dada sebelum meluru masuk ke dalam rumah. Agak nya nak buka buku belajar cara imam kan orang.

Abe Syaril is busy now!










MATA semakin memberat. Terhinjut-hinjut kepala Aisyah di tepi Ryan. Kadang kepala isterinya berlaga dengan bahu Ryan. Sudah ditega untuk tidur namun Aisyah tetap berdegil mahu menunggu Ryan siap.

" Honey.. Pergi lah masuk tidur dulu. " lembut Ryan bersuara. Tangan nya naik mengusap wajah Aisyah. Memujuk isteri nya. Namun tetap gelengan menjadi jawapan.

Ryan mengeluh berat. Aisyah di baringkan pada peha nya. Selimut yang dilipat di atas sofa di tarik dan dilabuh kan pada tubuh Aisyah. Aisyah menarik senyuman nipis. Dia berpusing menghadap tubuh Ryan. Tangan berlingkar di pinggang Ryan.

" Aisyah tidur ek. " sempat Aisyah meminta izin. Ryan menarik senyuman nipis. Hanya menggumam menjadi jawapan. Rambut Aisyah di rapikan sebelum mengusapnya perlahan. Lalu kembali menghadap laptop nya di atas meja kayu tersebut.

Sebelah tangan menari di atas papan kekunci, satu lagi menepuk lembut peha isterinya. Kadang Aisyah menggumam sendiri lalu Ryan  labuhkan ciuman pantas pada dahi Aisyah membuatkan gadis kesayangannya itu senyum nipis dalam tidur nya.

" Daddy.. " Ryan mengangkat wajah nya. Kelihatan susuk anak bongsu nya Adrian menghampiri dirinya dengan menggosok sebelah mata. Lekas Ryan menarik tangan nya.

" Kenapa? " lembut suara Ryan menyoal. Sedikit berbisik. Takut kejutkan isterinya dari tidur.

Adrian naik ke sebelah peha Ryan. Leher Ryan di peluk membuatkan Ryan terpaksa rendahkan badan nya. Sedaya upaya Ryan menahan diri dari bergerak terlalu banyak. Takut-takut jika Aisyah bakal tersedar.

" Rian tak dapat tidur. Abang Yan dah lama tidur. Kakak Anna pun sama. Rian takut. Nak daddy mummy hug. " perlahan sahaja suara Adrian. Kadang tenggelam apabila wajah nya di tekup pada leher Ryan.

Ryan mengusap perlahan belakang badan anak bongsu lelaki nya itu. Bibir mengalunkan ayat kursi dengan perlahan membuatkan anak nya terlena di pangkuan.

Mendengar dengkuran halus dari bibir Adrian buatkan hati nya senang. Laptop di tutup. Jam dinding di pandang. Mata yang kian memberat di pejam rapat. Sambil menikmati detik indah malam nya itu.

Jangan esok tak bangun sahur sudah!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[SU] Vol 2 | My Mr. Mafia 2 Where stories live. Discover now