MMM 3

808 49 5
                                    

SYARIL mengukir senyuman manis memasuki perkarangan hospital. Di tangan nya terdapat sejambak bunga ros yang besar. Ketrampilan nya yang menawan mengenakan baju kemeja putih berseluar slack membuatkan banyak mata memandang nya.

Bertambah manis wajahnya apabila melihat susuk yang di cari-cari iaitu si tunang. Baru sahaja dia ingin bersuara terhidang di hadapan mata susuk lelaki lain yang sangat asing bagi nya cuba mendekati tunang nya.

" Ewah mamat ni. Tak nampak ke dekat jari tu dah bersarung? Kau jangan sampai aku nyanyikan lagu gatal dekat sini. " gumam Syaril. Ada karang yang makan penumbuk.

" Apa ni?! " Zahirah menipis kasar tangan lelaki tersebut. Mata nya melilau sekeliling. Takut-takut jika ada yang memerhatikan lagak mereka.

" Kau yang jaga aku kan? Semalam bukan main pujuk aku tidur. Kenapa pagi ni garang sangat, sayang? "

Syaril di belakang sudah panas punggung. Apa kau panggil? Sayang? Kepala botak kau! Namun begitu Syaril tetap bersabar. Dia mahu melihat reaksi Zahirah.

" Eh botak ni. Encik itu pesakit. Saya ni nurse. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga pesakit. Encik merawat dekat sini bukan percuma tapi berbayar. Kerana itu lah saya jalankan tanggungjawab saya justeru amanah saya sebagai seorang nurse. " bidas Zahirah. Jangan ingat dia seorang perempuan yang sanggup tunduk pada lelaki yang berpangkat. Sedangkan tunang nya sendiri tidak pernah melayan dia sebegini. Dan hormat dirinya sebagai seorang wanita.

" Ehem! " Syaril berdehem kuat. Kaca mata hitam sengaja di turunkan ke hidung. Matanya menikam tajam memandang lelaki botak tak sedar diri nak mampus tu.

" Kau.. Siapa? " soal nya. Melihat dari penampilan Syaril sudah dapat di analisis bahawa lelaki itu bukan sembarangan orang.

" Aku? " Syaril mengangkat tangan kanan nya. Menunjukkan cincin yang tersarung di jari nya. Berserta senyuman sinis.

" Tunang kepada gadis ini. Noor Zahirah Afisyah. " ternganga luas lelaki itu mendengar. Pantas sahaja dia berundur dan beransur pergi.

" Dah lah botak. Ada hati nak ngorat kesayangan aku. Hampeh! " Syaril berdecit. Zahirah yang melihat nya tertawa kecil.

" Awak buat apa dekat sini? " soal Zahirah. Melebar senyuman Syaril. Jumpa ayang lah. Aip! Jangan gedik! Kata lelaki sejati!

Syaril membetulkan kotak suara nya.

" Nah. Untuk kau. " Syaril menghulurkan sejambak bunga ros tersebut di hadapan Zahirah.

Belum apa-apa sudah di pukul nya lengan Syaril dengan fail di tangan wanita tersebut. Dingin sahaja muka Zahirah memandang Syaril.

" Membazir! Awak tau kita nak nikah dah. Kenapa kena membazir untuk benda tak faedah macam ni? "

" Shuh! Shuh! Awak terima saja boleh tak? Saya penat beli kot. "

" Siapa suruh beli? "

" Dah aku sayang kan kau. Nampak bunga ni teringat pin yang kau selalu pakai. Aku belikan lah. "

" Merepek betul alasan awak. Asal tak belikan pin sahaja? " gumam Zahirah. Marah-marah pun dia terima huluran Syaril. Bukan sekuntum tapi berkuntum kuntum. Satu bunga ros bukan nya murah. Lagi dengan hiasan nya.

" Tak habis pun duit aku belikan kau bunga ni. Bukan aku beri dekat orang lain. Bakal isteri aku juga. " ujar Syaril sekilas menjeling Zahirah. Jeling manja.

" Yelah! Terima kasih. Tapi lain kali tak mau dah. Nanti lepas nikah banyak benda nak guna duit. "

" Betul. Terutama barang anak. " sambung Syaril. Merona merah wajah Zahirah mendengar usikan Syaril. Di pukul lagi lengan Syaril dengan fail nya.

[SU] Vol 2 | My Mr. Mafia 2 Where stories live. Discover now