Kereta berjenama Alza ungu itu berhenti betul-betul dihadapan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor.
"Alhamdulillah, dah sampai," ujar Encik Malik.
Aisha yang asyik merenung ke luar tingkap itu terhenti lamunannya. Terus pandangan dialihkan pada si ibu kemudian adik kembarnya.
"Rian, Rian bangun," kejut Aisha.
Aish sekadar menggumam perlahan. Budak ni memang, tidur mati. Dikejut-kejut tak bangun.
"Rian, Aish Arian, bangun lah," Aisha menggoncang bahu adiknya.
Akhirnya Aish terbangun. Matanya digosok beberapa kali. Mulut yang menguap ditutup.
"Bangun pun. Haishh, susah betul nak dikejut. Abang siapa lah ni," Aisha membuka pintu sambil mengomel.
Serentak Zulfahran dan Zulfahrin berpandangan antara satu sama lain.
"Abang Arin, ke ?" bisik Zulfahran pada adik bongsunya.
Zulfahrin mengangkat bahu. Bibirnya dicebikkan.
"Awak jangan ajar dia bukan-bukan, tak sia-sia kena sepak kang," Aish memberi amaran.
Zulfahran tersengih tidak bersalah. Kemudian dia terus keluar dari kereta.
Beberapa buah beg diangkat keluar dari kereta dan diletakkan di tepi. Semua ahli keluarga terus berkumpul untuk menghantar Aish dan Aisha.
"Ryna, Rian, semua barang dah completed kan ?" soal Puan Zulaika.
"Dah, Umi," keduanya menjawab serentak.
"Alhamdulillah, bagus lah,"
Aish terus menyalam Encik Malik dan memeluk tubuh tua itu seketika dan seterusnya ibu serta adik-adiknya.
Aisha pula turut melakukan perkara yang sama. Tetapi dia memeluk ibunya lebih lama.
"Ryna jangan sedih-sedih ye, sayang. Kuatkan semangat. Fokus belajar, tau," nasihat Puan Zulaika.
"Baik, terima kasih Umi," jujur ingin sahaja dia menangis di situ, tapi ditahan dahulu air matanya.
"Dah, pergi masuk. Nanti lambat, tak sempat kemas barang," Puan Zulaika meleraikan pelukan mereka.
Keduanya mengangguk serentak.
Aish dan Aisha menunggu sehingga kelibat kereta Encik Malik hilang dari pandangan. Setelah itu, keduanya berpandangan.
"Kakak okay ?" soal Aish.
"Okay jer, why not ?" Aisha membalas dan tertawa kecil.
Aish tahu itu tertawa yang dibuat-buat. Dia turut merasakan sedihnya. Bak kata pepatah, cubit paha kanan paha kiri pun terasa juga.
Teringat pula dahulu di mana Aish dan Aisha terpaksa berpisah sekolah. Aisha bersekolah di MRSM Perak sementara Aish di MRSM Selangor.
Hari sebelum daftar sekolah tu, memang banjir habis kereta. Dua-dua menangis sebab tak sanggup berpisah. Penat juga Encik Malik dan Puan Zulaika memujuk.
Sebab tu sekarang ni dua-dua masuk UiTM Selangor. Senang, dekat pun dekat dengan rumah. Takde lah terpisah jauh sangat.
"Kakak masuk dulu. Awak jangan lupa kemas barang. Assalamualaikum," ucapan Aisha mematikan lamunan Aish.
Aish memandang kelibat kakaknya hingga hilang dari pandangan. Lantas ia mengeluh perlahan.
'Boleh ke dia terima kakak seadanya ?' fikir Aish sendiri.
•••
"Assalamualaikum !" Sufi memberi salam dengan penuh keceriaan.
"Waalaikumussalam, sampai pun kau. Panjang umur," ujar Uzma yang sedang mengemas loker miliknya.
Sufi menayang sengihan.
"Sorry babe, jalan jammed tadi. Plus Mc'd penuh. Oh by the way, mana Izz dengan Sha ?" Sufi meletakkan bungkusan plastik Mc'd di atas meja.
"Diorang pergi jumpa Sir Hafiz kejap, Aisha nak hantar projek dia," Uzma sudah siap bersimpuh di meja.
"Amboi kau, laju betul," perli Sufi.
"Aku lapar. Tapi tu lah, tunggu Izz dengan Sha sekali," Uzma membuka phone miliknya.
Sufi mengangguk setuju. Sementara itu dia mengemas sedikit lokernya. Barang yang habis dibuang lalu diletakkan yang baru.
Clerkk
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam. Hah panjang umur korang dua," Uzma meletakkan phone di atas meja.
Aisha dan Izzra terus masuk ke dalam dan menerpa ke arah Uzma.
"Amboi, aku ni buat tak nampak pula," sindir Sufi sambil bercekak pinggang.
Keduanya tersengih tidak bersalah.
"Eh Sufi, sampai dah kau. Baru sampai, ke ?" Izzra menyoal.
Sufi mengangguk sebagai jawapan.
"Dah lah, jom makan dulu. Ni kebulur kawan kau tunggu korang dua," Sufi menunjuk ke arah Uzma
"Eleh, kau pun lapar, cakap lah," Uzma menjeling.
Kini mereka berempat duduk bersila di bawah sambil menikmati makanan yang dibawa oleh Sufi tadi.
"Sha," panggil Uzma.
"Emm ?" Aisha mengangkat wajah memandang sahabatnya.
"Macam mana dengan kerja kau ? So far okay ?" soal Uzma.
Suasana jadi sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi kipas yang berputar sahaja.
"Ermm, aku... okay kot. So far okay, takde problem," ujar Aisha berbohong.
Izzra, Uzma dan Sufi berpandangan. Dia tahu Aisha menipu, kerana mereka sudah berkawan lama. Dah kenal dah sikap Aisha ni macam mana sebenarnya.
"Okay, kalau ada problem, share tau. Kitorang tak nak kau hadap sorang-sorang," nasihat Uzma.
Aisha mengangguk sahaja. Kalau boleh dia sebenarnya malas mahu mengingat tentang 'bekas majikannya' lagi.
Sebolehnya dia nak lupakan dan mulakan hidup baru. Well, jodoh di tangan Tuhan. Mana tahu jodoh dia ada kat Universiti ni, ke ?
☁️ 𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐-
ВЫ ЧИТАЕТЕ
Duda Pujaan Dara [C]
Любовные романыBook 06 [completed]✅ Start : 4 September 2022 End : 4 Julai 2023 ☁️ ꀘꈤꂦꅐꈤ ꍏꌚ Encik Duda Hotszz ! ☁️ ♡︎ Isyraf × Aisha ♡︎ " Nak ngorat Encik Duda ni , boleh ? " Aisha Malika Eryna . Gadis ini baru berusia 19 tahun dan masih belajar di salah sebuah un...
![Duda Pujaan Dara [C]](https://img.wattpad.com/cover/305119456-64-k719277.jpg)