Bahang mula memanaskan diri. Hati aku terasa sakit bila ingatan tentang apa yang mereka buat pada aku menjelma semula bagaikan tayangan video dalam otak aku.

"Kau tak lupa yang disebabkan Ikram, mama dan papa kau bercerai,kan?" Soalan itu kedengaran perlahan namun cukup untuk membawa ia masuk ke dalam diriku dan membuahkan kebencian.

"Kalau tak disebabkan Aida, kau takkan dihina murah oleh mama sendiri." Elvis bersuara lagi. Halus saja suaranya berbisik antara dengar atau tidak tapi aku dapat menangkap dengan jelas setiap butir bicaranya.

"Mereka berdua rampas semuanya dari kau, kan? Sampai mama dan papa kau tinggalkan kau sendiri."

Air mata terus saja mengalir perlahan dari pelupuk mataku. Tidak lagi mampu menampung saat hati terasa bagaikan dicucuk-cucuk dengan belati. Kata-kata yang kedengaran lembut itu terasa cukup menyakitkan hingga merasukkan kesedihan dalam diri.

"Are you okey, My beautiful Medina?"

Aku menggeleng di bahunya lagi. Air mataku membasahi baju dibahagian bahunya namun dia tidak peduli. Dia hanya biarkan saja aku melepaskan tangisan.

"Sa-saya tak okey... Saya benci mereka! Saya tak nak tengok muka mereka lagi! Saya benci! Benci!"

Elvis renggang kan pelukan. Mata hijaunya menatapku sinis. Senyum senget terbit di bibirnya.

"Benci sangat?" Lembut dia bertanya. Jemarinya mengusap pipiku yang bersememeh dengan air mata. Lembut jemarinya bermain di situ.

Bibirku tercebik menahan tangisan. Aku angguk mengiyakan kata-katanya. Bagaikan anak kecil yang dipujuk oleh ayahnya, Elvis hanya mengukirkan senyuman padaku seolah-olah dia dapat membaca apa yang ada dalam benakku saat ini.

"Benci sampai saya harap mereka mati! Itu je yang akan puaskan hati saya! Itu je balasan yang layak untuk mereka! Saya benci!" Bentakku dan serentak itu juga tangisan aku pecah lagi.

Tak dipedulikan lagi rasa malu bila menangis di hadapan Elvis. Aku tak pedulikan lagi semua tu! Yang aku tahu sekarang ni, aku cuma ingin meluahkan rasa kesal dan sakit hati yang selama ini membelenggu diri.

Aku cuma mahu legakan rasa sesak dalam dada aku sekarang ni. Ya, aku bencikan mereka sepenuh hati aku! Apa yang Elvis katakan semuanya betul, sebab merekalah hidup aku jadi musnah macam ni! Aku benci! Benci! Benci!

"Shhh..." Elvis tarik aku semula ke dalam pelukannya. Rambutku diusap lembut seolah-olah memujukku supaya jangan menangis. Aku balas pelukannya erat.

Lama aku menangis dalam pelukannya sebelum dia merenggangkan pelukan. Mata hijaunya memandangku lama penuh dalam-dalam. Mata beriris hijau miliknya membuatkan aku terhipnotis dengan tatapan indahnya.

Kedua belah tangan Elvis naik menekup kedua-dua pipiku. Ibu jarinya mengusap lembut pipiku, menghapus air mata yang masih degil untuk berhenti.

"May God have mercy on them because I don't." Bisiknya perlahan. Mendatar dan juga kedengaran dingin di halwa telingaku. Senyuman di bibirnya juga sudah hilang, digantikan satu garisan yang menghapus senyumannya.

×××

Aku bangun pagi tu Elvis dah tiada di sebelahku. Aku pun tak sedar bila aku tertidur, yang aku ingat hanyalah aku menangis dalam pelukkan Elvis. Memikirkan hal itu aku rasa darah menyerbu ke muka! Argh! Malunya! Tak pasal-pasal saja Elvis tengok aku menangis macam orang gila!

"Bodohnya kau Medina! Tak malu betul!" Aku rasa macam nak menyorok bawah katil aje sekarang ni! Minta-mintalah Elvis keluar pergi kerja, memang malulah kalau aku tengok muka dia nanti! Tak boleh nak hadap dia! Huwa!

"Tapi aku menangis semalam sebab aku sedih sangat..." Suara aku mulai mengendur. Bila teringat dengan apa yang berlaku, air mata aku tiba-tiba saja bergenang.

Mama dah pilih hidupnya sendiri dan aku tak akan ganggu dia lagi. Aku tak tahu sama ada mama dah keluar dari rumah mewah itu atau belum. Tak tahu juga sama ada Ikhwan dan Aida ikut serta bersama mama atau tidak. Argh! Lantaklah! Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan mereka lagi!

Telefon yang berdering menyentakkan aku, terus saja aku capai telefonku yang ada di meja kecil di tepi katil. Nama papa terpampang di skrin telefon.

"Hello?"

"Dina dekat mana sekarang ni? Dina okey ke?" Suara cemas papa membuatkan aku berkerut dahi. Dah kenapa pula panik semacam suara papa ni?

"Dina okey, kenapa?" Tanyaku hairan. Yalah, rasanya aku tak ada pula mengadu apa-apa pada papa. Ada sesuatu yang berlaku diluar pengetahuan aku ke?

Jeda seketika. Papa seolah-olah teragak-agak untuk bersuara.

"Kenapa ni, papa?" Ulangku bila papa masih teragak-agak. Kedengaran keluhan berat dihujung talian.

"Mama dan Ikram accident."

Aku rasa jantung aku bagaikan direntap kasar. Telefon terus saja terjatuh ke katil yang aku duduki. Aku tak salah dengar, kan?




Jeng! Jeng! Jeng!




Elvis King | PBAKL2024On viuen les histories. Descobreix ara