Episod 24

13.9K 908 22
                                    

"My beautiful Medina, are you Okey?" Suara serak-serak basah yang lembut menyapa halwa telinga aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"My beautiful Medina, are you Okey?" Suara serak-serak basah yang lembut menyapa halwa telinga aku.

Aku angkat wajah dari memeluk lutut. Aku pandang wajah Elvis yang menarik senyum kecil memandangku.

"Are you okey, Medina?" Lembut Elvis bertanya. Rambutku yang terjuntai di depan mukaku diselak ke tepi. Ibu jarinya naik mengelap air mataku yang bersememeh di pipi.

Perlahan aku gelengkan kepala. Rasanya sudah begitu lama aku melepaskan tangisan bersendirian manakala Elvis berada di luar biliknya.

Dan kini dia ada di depan ku, masih setia menanti hingga aku merasa sedikit baik dari tadi. Apa yang berlaku di rumah mama tadi sememangnya menghancurkan hati aku. Sampai hati mama buat aku macam ni.

Dia lebih sanggup memilih jantan tak guna tu dari anak dia sendiri? Aku dah tak kenal siapa mama aku yang sekarang ni. Dia tak sayang aku lagi.

Sekarang aku cuma ada papa...

"Kau masih ada aku."

Aku tersentak mendengar kata-kata lelaki di hadapanku ini. Aku pandang mata beriris hijau miliknya. Cantik.

"Apa maksud awak?"

Aku hanya pandang tingkahnya yang mengambil tanganku lalu dipegang erat. Buku lima tanganku yang dia genggam, dia cium perlahan.

"Aku tak akan tinggalkan kau. Aku takkan buang kau, Medina." Ujarnya. Buku lima aku dicium lagi menambahkan warna keseganan di wajahku.

"Ta-tapi kenapa?" Tergagap-gagap aku ingin menghabiskan ayatku. Apa yang Elvis lakukan pada aku terasa begitu cepat. Seolah-olah pertemuan kami dari dulu hingga ke saat ini dirancang rapi diatas garis takdir.

"Sebab kau kekasih aku sampai bila-bila my beautiful Medina... Aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila." Suara serak-serak basah itu jelas kedengaran.

Entah itu kata-kata yang dia gunakan untuk balas soalan aku atau kata-kata penegasan yang aku adalah miliknya? Aku tak pasti tapi apa yang aku rasakan sekarang ni buat aku sebak walaupun ada terselit rasa keliru.

Sebak kerana ada orang yang masih sayang aku dekat dunia ni dan keliru kerana aku masih belum betul-betul mengenalnya.

"Te-terima kasih." Aku gigit bibir bawah bila kedua belah mataku kembali terasa panas. Aku terus saja humbankan diri ke dalam pelukan Elvis. Terasa hangat pelukannya. Dan salahkan kalau aku rasa yang aku selamat dan selesa dalam pelukannya?

"Apa yang jantan tak guna tu buat tak boleh dimaafkan. Disebabkan dia, hubungan kau dengan mama kau musnah." Bisik Elvis perlahan membuatkan aku tersentak.

Aku ketap bibir. Memeluknya makin erat. Apa yang Elvis katakan semuanya betul. Kalau tak disebabkan Ikram mesti hubungan aku dengan mama tak akan jadi macam ni!

"Dan kalau tak disebabkan lidah ular adik dia tu, mesti mama kau tak akan terhasut dengan kata-kata dia, kan?"

Aku mengangguk di bahunya. Elvis makin mengeratkan pelukannya. Tangannya mengusap belakang badanku. Lembut.

Elvis King | PBAKL2024Where stories live. Discover now