" Jadi papa setuju juga lah ye, bagi adik kerja. "

" Lebih kepada terpaksa. Setidaknya, adik tak ugut nak balik Penang dah. "

" Kalau dia ugut sekalipun, bukannya dia boleh balik. " Kata Amir sambil Tersenyum sinis di bibirnya.

" Tak juga, susah sikit kalau tok lang Mah masuk campur. Angah kena ingat, apa saja yang tok lang Mah katakan, Ayah yah dan papa akan patut. " Kata Amirul sambil mengingati pada Amir.

" Kuat juga peranan Tok lang Mah pada diorang ye, Along. Sampaikan Ayah pun patuh dengan Tok lang Mah. "

" Setahu Along, Tok lang Mah yang banyak jaga papa dan Ayah dulu. Boleh dikatakan ibu kedua mereka juga lah. Sebab tu, papa tak bantah apa yang Tok lang Mah katakan pada mereka berdua. " Ujar Amirul mengingati cerita Datuk Farid padanya.

" Macam tu....." Menganggukkan kepala Amir tanda dia mengerti.

" Tak apa lah kalau macam tu. Nanti along beritahu Angah, kalau dah dapat kata putus. Andai nanti mereka berdua setuju, biar angah sendiri yang cari kan tempat yang sesuai untuk adik kerja. " Uji Amir lalu dia bangun dari kerusi sambil dia perbetulkan baju kot nya.

" Nanti along akan inform kan pada angah nanti. "

" Ok lah....angah nak kena gerak dah ni. Angah minta maaf, tak dapat nak tolong Along pasal projek tu. Banyak lagi urusan dekat syarikat daddy Sofea tu. Terpaksa angah cover sementara Sofea jaga daddy dia. " Rasa bersalah Amir bila dia tak dapat hendak membantu abangnya.

" Tak apa, Along faham. Mari Along hantar Angah....." Amirul bangun dan menghantar Amir sampai ke pintu biliknya.

" Kalau perlu bantuan Along, beritahu saja. Insyaallah....Along akan bantu mana yang mampu. " Ujar Amirul..

" Terima kasih....angah pergi dulu, Assalamualaikum. " Terus Amir Beredar seraya dia bersalaman dengan Amirul.

***************************

Malam....

" Assalamualaikum...." pintu bilik tidur di buka dan terlihat seseorang lelaki masuk ke dalam bilik tidur itu.

" Waalaikumussalam...."

Ternyata itu Amirul yang baru saja pulang dari pejabat. Wajah kepenatan menghiasi di wajahnya tika ini.

" Sayang sihat....baby pian macam mana, banyak meragam tak hari ni. " Soal Amirul lalu. duduk di hujung katil.

" Alhamdulillah....sakit biasa je, baby pian tak banyak ragam hari ni. Anak dara bie pun sama, macam dia dah faham dah yang diri dia dah jadi kakak. " Cerita Aliya sambil dia duduk bersandar pada kepala katil.

" Alhamdulillah.....ceoat betul anak dara bie membesar. Dah mampu terima adik dia. Tapi kenapa bie tak nak dia pun, ke mana Fiya pergi. " Soal Amirul bila dia tak melihat kelibat anak dara nya.

" Mama papa bawa Fiya ke masjid hari jadi cucu Datuk Firduas. Rasa malam ni, mungkin Bie tak sempat nak jumpa dengan Fiya. Mama cakap mungkin diorang balik lewat sikit. " Ujar Aliya.

" Risau pulak bie, takut Fiya buat perangai dekat sana. Kesian dekat mama papa nanti. " Uji Amirul dengan nada kerisauan.

" Tak apa bie, jangan risau. sayang ada minta mama bawa bik Yayi sekali. Boleh dia tolong jaga Fiya, kalau Fiya merap ke apa. " Uji Aliya lalu dia menepuk-nepuk perlahan baby nya.

Mengangguk Amirul lalu dia memerhatikan gelagat bayi kecil nya sehingga terukir senyuman di wajahnya tanpa dia menyedari.

" Apa kata kalau bie pergi mandi dulu. Baby pian pun lama tunggu daddy dia balik. Tak sabar baby pian nak main dengan daddy dia. " Kata Aliya bila melihat suaminya terlalu leka memandang pada anak lelaki mereka.

Tersenyum malu Amirul, lalu dia bangun dan menuju ke bilik air. Dalam Aliya menjaga anak kecil nya, fikirannya sekan mula melayang-layang memikirkan tentang sesuatu.

Sudah lama Amirul memerhatikan gelagat Aliya itu. Sejak dia keluar dari bilik air tadi Aliya sedang termenung saja. seakan Aliya tidak perasan dengan kehadirannya saja.

" Sayang...." Amirul memanggil isterinya sambil menolak kecil bahu Aliya.

Tersentak Aliya bila bahu nya di tolak perlahan. Mengukir senyuman di bibirnya lalu dia menepuk semula pada baby nya.

Hairan Amirul melihat isterinya begitu. Lalu dia duduk dihadapan Aliya sambil mengelap rambutnya yang basah.

" Sayang.....kenapa ni. " Soal Amirul dengan hairan.

" Tak ada apa sebenarnya. "

" Dah tu, kenapa sayang termenung saja. Bie tengok dari tadi sayang termenung. Ada sesuatu yang patut bie tahu ke. " Soal Amirul lagi seakan mendesak saja Aliya untuk bercerita.

Tersenyum kecil Aliya seketika lalu dia bermain-main pada jari suaminya dengan lembut. Sambil dia menundukkan kepalanya.

" Sayang tak tahu, sama ada sayang patut cerita tentang hal ini ataupun tidak. Sebolehnya sayang tak nak bebankan bie dengan masalah ni. " Terang Aliya setelah dia terasa tenang saja tika itu.

" Pasal hal apa tu. Cerita saja lah, kan bie ni pendengar permasalahan sayang. Cerita lah...I want to know. " Ujar Amirul.

" Masalah ni kecil saja, mungkin Cuma Sayang yang overthinking sangat. " Perlahan-lahan Aliya cuba membuka cerita.

" Sayang....sama ada kecil ataupun besar. Bie sentiasa nak dengar apa saja masalah sayang. Yes....I know I rarely want to spend time with you all the time. But as much as possible, I still want to know what happened is my loved wife.. " uji Amirul lalu dia menggenggam erat tangan Aliya lalu dia membawa ke bibir untuk dikucup.

Terharu saja Aliya mendengar. Sungguh dia bertuah memiliki suami yang ingin tahu juga setiap permasalahan seorang isteri.

Melihat Amirul yang bersungguh ingin tahu permasalahan nya. Membuatkan Aliya terpaksa cerita juga.

" Pasal adik....." Terang Aliya tanpa berselindung.

Mengangguk kecil Amirul lalu dia membetulkan kedudukannya. Lalu dia meramas jari Aliya pulak.

" Cerita pada bie....apa masalah adik. "

Hati Yang disakiti जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें