" Sebab tu kenapa Along letakkan bodyguard dekat Adik. because you very important to us. Dan Angah pun tak nak jadi apa-apa pada adik Angah. " Uji Amir yang ingin Amar sedar tentang hal itu.

***************************

" Why you tell him!!.... " Bentak Amirul sebaik saja dia masuk ke dalam Bilik pejabatnya. Tak sangka dia, bahawa Amir akan memberitahu Amar tentang hal itu.

" Dia berhak tahu lah, Along. "

" Ye Along tahu tu. Tapi, Along tak nak Adik takut bila tinggal dengan kita, Angah. " Kata Amirul dengan nada tak puas hati

" Tak mungkin adik akan takut lah, lagipun dia dah biasa benda yang berbahaya macam ni. Dia bukan macam Along kenal, believe me. " Uji Amir dengan yakin.

" Yes i kown that..but angah Nek Wan.... kenapa angah tak fikir yang adik takkan terluka dengan hal ni. " Geram Amirul bila Amir seakan tak kisah tentang hal itu saja.

" Apa yang Along Maksudkan ni..? Apa yang adik Terluka. "

" Angah dah lupa ke?. Yang arwah opah dengan Nek Wan tu kembar. Walaupun iras diorang tak sama, sedikit sebanyak tetap melukakan hati adik. " Jelas Amirul apa yang risaukan tika ini.

Tersentak Amir sekejap. Sungguh dia terlupakan tentang hal itu. Sememangnya arwah hajah Sakinah hampir persis seperti Puan Sri Zubaidah. Cuma wajah saja mereka tak serupa saja. sekali imbas ianya seakan serupa namun bila di dengan betul akan ada perbezaan nya.

" Shit...." Carut Amir terhadap diri nya.

" Sorry.... Angah terlupa tentang tu. Tapi Adik asyik fikir Along sengaja letakkan bodyguard dekat dia. Hanya sebab takut dia lari. kalau dia fikir angah yang buat semua tu x pa lah juga. " Terang Amir dengan rasa bersalah.

" Pasal hal tu, dah banyak kali dah Along cakap. Dia tak percaya juga, Along pun malas nak ambil kesah pasal lah tu. Entah siapa yang letak Along pun tak tahu, Janji adik selamat bila dia dekat luar, sudah. " Kata Amirul sambil duduk menyandar di kerusi.

" So apa plan Along pasal adik. " Soal Amir yang duduk di hadapan Amirul.

" Tengah tunggu keputusan dari Pak ngah dan mak ngah dulu. "

" Nak ke ibu dia bagi. "

Mengeluh kecil Amirul sambil menggelengkan kepalanya lalu dia menggaru kulit kepalanya dengan kasar.

" Entah lah, tapi Liya ada cakap dengan Along. Kalau kita tak ikat adik dengan cara tu. Susah dia nak duduk lama dengan kita, ini saja caranya. " Uji Amirul dengan nada kesal.

" Boleh je kan, kita masukkan dia ke kolej. Takkan kita tak boleh ikat adik dengan cara tu. "

" Kalau lah semudah yang angah katakan kan. tak perlu Along bersusah-payah nak layan mogok Adik angah tu. " Kata Amirul dengan geram.

" Tak rasa sayang ke dengan masa depan dia. Kerja tu boleh cari nanti. "

" Like what I said, dia lebih suka kerja dari nak belajar. Pujuk macam mana sekali pun, dia tetap nak juga kerja. " Uji Amirul dengan nada kesal.

" Takkan papa tak cuba halang. papa tak kata apa ke ?. " Soal Amir dengan tak puas hati.

" Masalahnya, nak ke adik dengar cakap papa. Nak dengar adik panggil papa pun susah, tambah nak suruh adik dengar cakap papa. Memang tak lah angah. Nasib dengan mama dia dah berbalik, at least ada perubahan dengan adik. " Uji Amirul yang faham sangat dengan sikap Amar itu.

" Jadi adik benci dengan papa lagi ke Along.

" Benci tu Along tak pasti. Tapi Lebih kepada adik masih tak boleh nak terima papa lagi. " Kata Amirul.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now