BAB 16 - REALITY OR DREAM?

72 17 35
                                    

Berbalik pada realiti.

"Tak! Tak! Jangan! Tolong Jangan!!" Arash terus menjerit-jerit seperti kerasukan.

"Ash! Arash! Bangun Arash!!" Jerit Zafran, dia menggoncangkan bahu Arash dengan kuat untuk menyedarkannya.

"Takk! Jangan!! Jangan bunuh akuuu!!" Arash menjerit tidak henti-henti.

"Arash?! Ash!!" Zafran mengejutkan lagi Arash. Kali ini semakin kuat dia menggoyangkan bahu Arash.

"Tak! Tak! Jangan!! Tolong!! Jangan!!"

"KHAIRUL ARASH INDERA!"

Arash terbangun, peluh basah di dahinya. Dia memandang Zafran takut.

"Ash! Kau ok tak ni?"

"Aku kat mana? Aku kat mana!"Arash marah memandang sekeliling.

"Kau kat rumah aku lah Ash! Kau kenapa? Kenapa ni Ash? Aku tak pernah tengok kau jadi macam ni?"

"B-bila m-masa aku k-at sini?" Arash memegang kepalanya yang pusing.

"Kau memang duduk sini lah Ash. Aku baru balik tadi, bibik aku dengar kau jerit-jerit dalam bilik. Dia bagitau aku tadi, jadi aku masuk bilik kau."

"T-tak, tak, aku b-bukan k-kat s-sini tadi! Kau.. kau buat apa kat aku?!Mengamuk Arash sambil melunyai rambut sendiri. Dia tidak mungkin sedang berimaginasi.

"Aku tak buat apa kat kau lah," kata Zafran jujur.

"Keluar! Tolong keluar! Keluar dari sini!" Nada ditekan.

"Ok ok aku keluar. Ash kau jangan buat benda tak sepatutnya." Zafran terus keluar dari bilik tetapi dia tetap risau jika Arash buat perkara yang tidak diingini.

Setelah pintu ditutup, Zafran tetap berdiri di luar bilik. Dia risau jika Arash membuat perkara tidak sepatutnya. Dia menekap telinganya ke pintu bilik Arash.

Tiada bunyi.

Senyap.

Zafran menguak perlahan pintu tersebut. Dia lihat kawannya yang sedang terlelap.

Dia menutup semula pintu bilik perlahan-lahan, lalu berlalu dari situ.

Arash memejamkan matanya dengan lingkungan air mata. Ketakutan dan menggigil sendiri di dalam selimut nya.

"K-kakak kakak kat m-mana? Ash takut," menangisnya dalam tidur.

----------------------------------------------------------

ZAFRAN memeriksa pintu bilik Arash terkatup rapat. Arash tidak keluar dari bilik dari petang tadi. Dia terus membawa makanan ke bilik Arash. Dia menguak dan melihat Arash masih lagi tidur di atas katil. Zafran mengejutkan Arash untuk makan.

"Ash bangun Ash, kau tak makan lagi ni.."

Zafran memandang muka Arash pucat. Dia panik.

"Eh, Ash.. bangun Ash, kau tak sihat ni."

Arash yang memeluk bantalnya sedang liat untuk bangun. Zafran terus mengejutkan Arash sehingga buat dia rimas.

"Tak nak!" Jerit Arash tidak suka diganggu waktu tidur nya.

Zafran terus mengejutkan Arash untuk bangun. Dia menekap di dahi Arash, sangat panas. Arash tetap tidak mahu bangun dari situ. Zafran terus mengejutkan lagi dengan tegas menyuruh dia bangun. Arash lantas menangis.

"I-Iqbal tak nak lah! Iqbal nak tido!!" Menangis Iqbal kerana diganggu oleh Zafran.

Zafran sudah tidak keruan melihat kawannya menangis. Sudah lama Iqbal tidak munculkan dirinya. Kali ini, Zafran cuba buat yang terbaik.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now