Tak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan?
Cover by me
V tersenyum lagi membaca komen positif dari peminatnya.
"Malam ni saya tak main game. Saya cuma akan buka beberapa soalan dan saya akan jawab semua soalan yang awak semua bagi."
123Jin: Saya ikut bersedih diatas kepergian omma awak. Teruskan semangat.
"Nae. Terima kasih. Gwenchana, saya dah boleh terima hakikat."
LingYu._: Betul ke awak ada hubungan dengan E.Jin_?
"Yes."
Sonji98: Bila nak live stream game?
"Next live, saya akan buat. The first game is PUBG. Get ready."
Jay96: Buat vlog banyak-banyak dengan kawan-kawan kau lagi. Kalau boleh more screen time dekat yeoja rambut hitam yang ada bangs tu. She's cute walaupun kurang senyum.
Kill.it: Setuju! Semua kawan yeoja dia visual. Bro @Jay96, selera kita sama.
Im_peanut: Aku yang yeoja pun jeles dengan kecantikan diaorang. Tapi aku yakin mereka semua ada pasangan.
Jay96: Jinjja? Haraplah girl with bangs tu single.
V terdiam buat sesaat apabil ruang komen mula dipenuhi dengan perbualan antara mereka. Entah kenapa tiba-tiba hatinya pedih bila orang dimaksudkan oleh dua peminatnya itu adalah Chorong.
Dia akui, memang dia jarang rakam Chorong semasa percutian tersebut. Masuk dalam video pun bila semua tengah berkumpul je.
Tapi selepas itu, soalan lain mula memenuhi ruang komen dan dia masih setia menjawab soalan yang telah diberikan dan berharap sangat Chorong akan melihat atau meninggal komen di sana. Tetapi nihil, Chorong tidak ada sebagai penontonnya. Mungkin dirinya dah kena blok dan itu berjaya membuatnya kecewa.
Tetapi hakikatnya, Chorong melihat live streaming dari V cuma dia menggunakan akaun yang lain. Niat dia nak tonton pun hanya untuk melihat keadaan namja itu sekarang.
Apa yang dia perasan adalah warna rambut V telah berubah dan sedikit panjang dari sebelumnya. Pipi pun dah sedikit berisi. Tapi yang membuatnya terkesan dan perasan adalah headphone yang digunakan oleh V dan juga gelang silver yang masih dipakai di tangan kanannya.
Soalan-soalan tentang dirinya pun dia baca dengan sangat baik. Dapat screen time sikit pun masih boleh dikenali kan.
"Kim Taehyung? Awak pun suka tengok live dia? Kata tak suka main game. Tapi tengok live gamers."
Katanya berjaya membuatkan Chorong terkejut. Dia kenal? Dia kenal Kim Taehyung?
"Awak kenal dia?" Soal Chorong.
"Mestilah. Saya peminat dia. Tapi dah lama dia menghilang. Nasib baiklah dia buat comeback. Awak tahu, skill game dia memang power! Saya hampir ikut jejak dia untuk buat channel sendiri."
Damn.
"Kenapa tak buat?"
"Tak naklah. Benda ni melalaikan saya. Saya takut nanti tak dapat fokus belajar. Oh ya, awak tak jawab soalan saya lagi."
"Bila masa awak bertanya?"
"Awak tengok live dia tu, sebab dia handsome je ke? Kalau diberi pilihan, awak pilih saya ke dia?" Soal Jaehyun mengejut lagi.
"Live ni je yang paling banyak orang tonton. Saya tengok je lah. Oh about the visual, of course I will Choose you."
"Yes! Thats my girl!!" Riang Jaehyun sambil mengacak rambut Chorong sebab terlalu geram dengan muka Chorong yang comel ketika menjawab soalannya.
"Disebabkan awak pilih saya. Off that phone and focus on me." Perintah Jaehyun.
Chorong mengikut perintahnya dengan baik dan membuatkan Jaehyun tersenyum lagi.
"Kita makan dulu, lepas tu kita pergi date di tempat kegemaran awak. Okey sayang?"
"Okey" balas Chorong ringkas tetapi dengan senyuman manis.
Mereka berdua pun makan dengan penuh selera sekali. Setelah 1 tahun berada di tempat orang, akhirnya Chorong mendapat kebahagiannya sendiri. Dia dapat melupakan V dengan cara menerima Jaehyun sebagai kekasihnya.
Walaupun mereka berdua sibuk dengan kolej, tetapi tetap ada masa untuk keluar berdua dan masa lapamg tersebut digunakan dengan sebaik mungkin.
Dia akui, bercinta dengan Jaehyun lebih indah berbanding bercinta dengan seseorang yang bernama Kim Taehyung.
Walaupun Jaehyun lebih muda darinya, dia cukup matang untuk menyelesaikan masalah. Bercakap dengan baik bukannya bergaduh dan menuduh orang.
Sikap dia betul-betul berbeza dengan V itu membuatkan dia nyaman berada di sisi Jaehyun selama 1 tahun ini.
Melihat dari live V tadi, dia yakin bahawa namja tu dah move darinya dan bahagia dengan Heejin. Mendengar dari berita kawan-kawan dia pun, V mula tersenyum seperti biasa, rajin ke kolej dan boleh terima kenyataan. Dia anggap V menjadi seperti itu disebabkan oleh hadirnya Heejin dalam hidup V.
"Oh ya, kalau awak berminat nak tengok live macam tu, awak boleh tengok live streaming Heejin. Dia gamer jugak tapi seorang perempuan. Dia pun ada buat content lain macam tutorial make up jugak. Awak tengoklah."
Kata Jaehyun di sela makannya. Chorong menggeleng kecil sahaja. Macam manalah namja depan dia boleh tahu nama dua orang ni? Popular sangat mereka berdua sampai di China pun orang kenal?
"Jangan salah faham. Kenapa bahasa Korea saya masih fasih, sebab inilah. Sebab saya suka tengok video dorang."
"Saya tak cakap apa pun."
"Raut muka awak mengatakan segalanya."
"Merepek."
"Hehe. Mianhae.."
..tbc..
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.