Bab-37: Ancestor

Comincia dall'inizio
                                    

"Apa?" Camylia terkejut. Mengapa seseorang yang ceria seperti Erina ingin bertindak untuk melarikan diri daripada Istananya?

"Boleh kah kau terangkan pada aku? Apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Camylia. Lily mengeluh perlahan. Dia merasakan dirinya gagal sebagai penjaga Erina.

"Begini. Dua hari yang lepas Erina dijkdohkan dengan seorang Putera daripada Kerajaan Kegelapan. Erina tidak mahukannya. Kami tidak tahu bila dan bagaimana Erina menyelinap keluar melarikan dirinya," ujar Lily dengan gelisah.

"Mereka kata Putera tersebut sangat kejam dan tidak berhati perut. Tiada siapa pernah melihat wajah Putera tersebut. Dan tiada siapa pun tahu dimana Putera itu berada sekarang." Lily menyambung lagi.

Camylia menggepalkan tangannya. Sudah kenapa Kerajaan gelap itu mahukan Erina?

"Mari cari Erina bersama-sama." Lily mengangguk lalu mengikuti Camylia daripada belakang.

Satu hari yang lepas....

Erina perlahan-lahan menyelinap keluar daripada Istana dengan menggunakan jalan bawah tanah. Pintu keluar daripada jalan tersebut terletak di tengah hutan.

Erina berjalan dengan perlahan di tengah-tengah hutan. Hanya cahaya bulan dan bintang berserta cengkerik sahaja yang menemaninya.

Tidak sehingga dia mendengar satu hembusan nafas yang kuat. Erina mencari sumber bunyian tersebut. Bunyi hembusan tersebut membawanya ke pintu gua yang gelap.

Tanpa bersoal banyak, Erina memasuki gua tersebut.

"Hello? Ada sesiapa kah di dalam gua ini?" soal Erina. Suaranya bergema beberapa kali.

Langkah Erina terhenti dihadapan satu gergasi bersisik dan bersayap. Wajahnya kelihatan bengis.

"Apa kau lakukan disini? Ini bukan tempat kau," katanya.

"Awak... Siapa?" soal Erina yang menghiraukan soalan dari gergasi itu.

"Aku Naga. Kau mahu jadi makanan aku? Tidak selera aku lihat kau yang bertulang." Naga itu menghembuskan nafasnya dengan kuat.

"Hey, Naga. Aku pun tak hingin lah menjadi jamuan kau. Fikir aku tiada masa depan kah?" Erina melipat kedua tangannya ke dada. Cara percakapannya juga berubah.

"Huff! Bagaimana kau menjumpai tempat ini?" soal Naga itu kembali.

"Takdir mungkin," jawab Erina, laju.

Naga itu berpaling ke arah Erina. "Karl. Nama aku Karl."

Erina terdiam seketika. "Aku Rin."

Suasana persekitaran sunyi untuk beberapa minit.

"Kau tidak mahu pulang?" soal Karl si Naga. Erina menggeleng.

"Aku tidak mahu. Ayahnda mahu jodohkan aku dengan putera dari kegelapan. Aku marah mereka. Aku jahat sebagai anak yang baik." Erina menundukkan kepalanya.

Karl mendepakan sayapnya menarik Erina mendekati kepadanya.

"Mengapa? Bukankah berkahwin dengan Putera itu impian kesemua gadis?" soal Karl. Erina sekali lagi menggeleng.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora